✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
" SEE? Kau bodoh," ujar Astra, sengaja ingin menyakitkan hati Arjuna lagi.
Tetapi, balasan Arjuna yang tidak dapat dijangka membuatkan mereka semua terdiam. Ingatnya Arjuna bertambah geram, namun demikian lelaki itu ketawa dengan kuat. Persis orang gila.
" Aku rasa, kau lebih bodoh," iris Arjuna menikam tepat ke dalam iris Astra.
Astra diam. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk. Dia mengangkat wajah dan memandang seseorang yang tiba-tiba masuk ke ruang itu. Tambahan, mereka dapat melihat lelaki bertopeng itu melemparkan sesuatu ke arah mereka.
Astra tatap lama benda tersebut sebelum matanya membulat. Ianya bom!
" Adzrael!!! " jerit Astra kuat. Kerana Adzrael berada sangat dekat dengan bom yang baru dicampak.
Aidyn dan yang lain cepat-cepat melarikan diri bagi menyelamatkan diri sendiri. Sedang yang lain berundur, Astra pula maju. Adzrael yang masih menyekat pergerakan Arjuna ditarik kasar agar menghindar dari bom yang dibaling. Dan, dengan kesempatan itu, Arjuna meloloskan diri dan berlindung sebalik lelaki bertopeng.
BOOM!!
Bergema bunyi tersebut di segenap arah. Hasil daripada letupan tersebut, sebahagian lantai tingkat tersebut runtuh. Barang-barang yang tersusun kemas kini berselerakan di mana-mana.
Tubuh Adzrael dan Astra tercampak sedikit jauh memandangkan mereka berada agak dekat dengan lokasi letupan. Debu-debu mula memenuhi tempat tersebut sehingga membuatkan pandangan mereka terhalang.
Adzrael terbatuk-batuk. Sesak nafasnya kerana terhidu bau bom tadi. Tubuhnya terasa sedikit sakit kerana terhempas ke lantai. Mujurlah ada Astra, jika tidak pasti dia sudah mati.
Teringat akan Astra, Adzrael berpaling. Memerhati sekeliling.
" Zandae! " panggil Adzrael dengan kuat. Dia bangkit dan mencari lokasi Astra.
" Sini! " Astra melaung. Dia menyepak kayu yang terhempap pada kaki. Agak sakit badannya kerana letupan tadi.
" Kau okay? " Adzrael menyoal sebaik sahaja tiba di hadapan Astra.
Astra mengangguk sekali. Meskipun tubuhnya terasa agak lain.
" Bodoh! Kalau kau mati tadi? " Adzrael mendengus marah.
Astra senyum dan menggeleng kecil.
" Daripada kau mati, baik aku yang mati," ujarnya." Mana yang lain? " Adzrael menggeleng, tidak tahu.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...