✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
KAKI melangkah masuk ke dalam restoran mewah yang telah menjadi tempat perjumpaan antara Alpha dan klien baharunya, iaitu seorang wanita yang bernama Veronica.
" Sorry for being late," pinta Alpha sopan walaupun wajah tak menunjukkan sebarang reaksi.
Veronica yang sedang duduk di kerusi terpegun buat beberapa saat. Dia seperti sedang berada di dalam dunia sendiri. Oh, ini manusia atau bidadara? Tampan.
" No, it's okay,"
Veronica membetulkan rambut panjangnya yang agak terselak ke hadapan. Bajunya yang terdedah turut diteliti agar tak mempunyai sebarang kotoran.
Adzriel yang berada di sebelah Adzriel memutar bola mata. Menyampah betul dengan kelakuan wanita seperti Veronica. Seksi, mencucuk mata sucinya.
" I am Veronica," dia hulurkan tangan untuk berjabat dengan Alpha.
" Call me Zayden. And, I don't touch woman," tolak Alpha secara lembut.
" Ouh," Veronica tarik semula tangannya.
" So, shall we start? " soal Alpha apabila perasan akan tatapan mata Veronica. Bukan apa, dia tak selesa jika wanita selain isterinya pandang dia begitu.
Veronica angguk setuju.
Perbincangan mereka bermula pada saat itu. Mereka berdua fokus. Tetapi, Veronica bukannya fokus pada perbincangan mereka melainkan dia fokus meneliti wajah Alpha.
Beberapa minit berlalu, perbincangan akhirnya tamat.
Selesai mengucapkan kata-kata penamat dan sebagainya, Alpha dan Adzrael bangun untuk segera beredar dari situ. Manakala Veronica, masih lagi duduk di kerusi.
Seketika, senyuman senget terbit di bibir merah tersebut.
" Handsome. Right, Andy? " Veronica kerling PA nya yang berada di sebelah.Andy mengangguk sekali.
✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
Sekian lama mengambil cuti kahwin, akhirnya Avrin bekerja semula di klinik haiwannya. Pukul 8 malam barulah dia pulang ke rumah. Itupun suaminya masih belum pulang.
Dia sudah selesai mandi pun, tidak kedengaran bunyi kereta sang suami. Avrin capai novel yang berada di atas meja sebelum ia baca sambil menunggu kepulangan sang suami.
Masin hati mengata, pintu dikuak dari luar. Terpampang satu figura yang sedang melangkah ke arahnya dengan wajah yang kepenatan.
" Hai abang. Penat ya? " tegur Avrin lalu meletakkan semula novel ke atas meja. Dia ingin bangun tetapi dihalang Alpha.
Alpha naik di atas katil dan terus merebahkan kepala di atas riba Avrin. Tanpa berkata apa, jejaka itu menutup kelopak mata dengan rapat. Penat. Entah kenapa hari ini begitu memenatkan baginya.
Avrin juga kembali diam. Tangan mulus itu mengusap rambut suaminya dengan lembut.
" Sayang penat? " soal Alpha perlahan.
Avrin geleng laju.
" Kerja Cas sikit hari ni. Abang tu yang penat," balas Avrin lembut." Hm," Alpha mengeluh kecil.
Avrin ketawa. Apa mengeluh ni?
" Kenapa mengeluh ni? " soal Avrin.
Alpha diam.
Tetapi, diam itu tak kekal lama. Jejaka itu bersuara jua.
" Flower.. "
" Hm? " sahut Avrin perlahan.
Alpha buka kelopak mata dan menatap iris coklat cair milik isterinya. Tangan mulus yang berada di rambutnya dicapai lalu diletakkan di atas dada. Tangan tersebut dipegang Alpha dengan erat.
" Janji dengan abang, boleh? "
Avrin menjongket kening. Tiba-tiba je?
" Apa? "
" Janji yang Cas akan sentiasa percayakan abang. Tak kira apa yang jadi, Cas akan percayakan abang," Alpha utarakan hujah dengan serius.
Avrin senyap sebelum mengangguk kecil.
" Cas janji,"Tangan itu semakin digenggam erat.
" Cas sayang abang? " soalnya tiba-tiba.Avrin senyum kecil.
" Cas sayang dan cinta suami Cas," balasnya yakin.Alpha senyum jua akhirnya.
" Sayang Cas juga. Cas cinta hati abang sampai mati,"𝓨. 𝓢𝓱𝓪
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romantik𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...