𝙱𝚊𝚋 32

21 1 0
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

KERETA mewah tersebut meluncur di jalan raya dengan kelajuan yang tinggi. Dipotong semua kereta yang menghalang laluannya. Biarlah, kena saman pun samanlah.

Dari cermin sisi, Alpha dapat lihat ada dua buah kereta yang turut mengekori pemanduannya. Melihat nombor plat dua kenderaan tersebut, Alpha sudah tahu siapa mereka.

Itu kereta Astra dan Adzrael. Pasti Danial sudah memberitahu mereka semua tentang berita Avrin.

Alpha senyum sinis. Kau cari pasal dengan orang yang salah.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

" Lepaskan aku lah!! " rontaan dan teriakan wanita itu dihiraukan.

Dia hanya sibuk mengelap pistolnya dengan menggunakan kain. Langsung tidak dipandang wajah wanita yang sudah berjaya menghuni hatinya dalam hanya satu pertemuan.

" Hazim Eskal!! Lepaskan aku!! " Avrin menjerit lantang.

Hazim akhirnya mengangkat wajah. Dia senyum sinis. Kaki melangkah mendekati Avrin yang terikat pada kerusi. Dia membongkok sambil menatap wajah cantik itu.

Tangannya ingin menyentuh pipi Avrin, namun lantas Avrin mengalihkan wajahnya. Hazim senyum senget.

" Avrin Avrin. Kau tak boleh salahkan aku sebab layan kau begini," dagu Avrin dicengkam kasar sebelum ditarik agar terus memandangnya.

" Why are you so beautiful, Avrin Cassandra? " Avrin mendengus. Tak suka. Lelaki ini gila!

" Jangan sentuh aku! " tengking Avrin apabila tangan Hazim gatal merayap pada tubuhnya.

Hazim ketawa. Dia berhenti. Namun kemudiannya, wajah bertukar serius.

" Kahwin dengan aku, Avrin," desak lelaki itu dengan dingin.

Avrin geleng. Tak akan.

" Aku tak akan kahwin dengan lelaki jahat macam kau! " lantang Avrin bersuara. Irisnya menikam tajam iris Hazim.

Ktak!

Hazim berdiri tegak. Dipandang figura yang baru sahaja memasuki ruang tersebut. Main leader dah sampai.

" Lambat," ucap Hazim sambil berpeluk tubuh.

Wanita itu menjeling. Topeng muka dibuka sambil mendekati Avrin.

Avrin yang melihat wajah wanita itu pula sudah terkejut. Lidahnya bagai kelu untuk bersuara. Jantungnya juga bagaikan ditikam berkali-kali saat menyedari satu perkara. Dia yang rancang semua ini?

" Ibu.. " panggil Avrin dengan suara yang bergetar.

" Diam. Jangan panggil aku ibu. Jijik aku dengar," Azifa tayang wajah jengkel.

" Kenapa buat Rin macam ni? " air mata sudah membasahi pipinya. Sakit benar hatinya saat sudah faham akan semua ini.

" Aku tak akan habiskan masa untuk culik kau kalau kau bersetuju untuk kahwin dengan Hazim hari itu!! " Azifa membalas lantang.

Avrin terkedu.

" Jangan paksa Rin, ibu! Rin tak nak kahwin dengan dia! Rin tak cintakan dia! Lagipun, dia.. jahat! Dia jahat, ibu!! " Avrin bersuara tegas.

Pang!

" Kurang ajar! Kau tak layak cakap Hazim macam tu!! " Hazim di sisi tersenyum senget. Azifa hanya membelanya kerana ingin buat dirinya menjamin keselamatan syarikat Azifa yang hampir bankrup.

" Kalau dia tak jahat, dia tak akan bersekongkol untuk culik Rin! Dia tak akan suruh Rin kahwin dengan dia! Dia tak akan pisahkan Rin dengan suami Rin!! " berani Avrin membidas. Lantang, menusuk ke dalam hati Hazim.

" Kau memang nak kenalah perempuan! " Hazim mendekati Avrin dengan laju.

Bang!

Tubuh Avrin yang berada di atas kerusi ditolak dengan kasar. Tepat pada perut.

" Argh! " Avrin menjerit sakit tatkala perutnya menjadi mangsa sepakan lagi.

" Berhenti!! Ber.. henti! " Avrin cuba menghalang, tapi apalah yang dapat ia lakukan dengan kudrat lelaki Hazim.

Perutnya disepak berkali-kali oleh kasut Hazim. Kuat dan menyebabkan Avrin rasa sangat senak dan sakit. Terseksa.

' Ya Allah, selamatkan anak aku Ya Allah,'

Air mata mengalir lesu pada wajahnya. Dalam kabur dia melihat wajah ibu yang hanya menjadi pemerhati tanpa mahu mencelah sedikit pun.

Hazim berhenti saat melihat darah mula membasahi seluar Avrin yang putih. Membulat matanya, dia pandang Azifa yang turut terkejut.

" D.. Dia.. dia.. " gagap Hazim ingin berkata. Lidahnya bagai kelu. Bukan ini yang dia mahu!

" Hazim!!! " Azifa menekup mulutnya dengan terkejut. Masih tak percaya.

Bam!!

Pintu ditendang dari luar dengan kasar. Dua figura itu lantas berpaling dengan wajah yang masih terkejut. Mereka menjauhi tubuh Avrin yang sudah kaku.

" Hazim Eskal! " dingin suara itu memanggil. Alpha menikam wajah Hazim yang kelihatan terkejut.

Dia paling wajah menatap Azifa yang sudah tersandar pada dinding. Melihat reaksi mereka, Alpha jadi gusar. Kepalanya menoleh dan terlihat sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas lantai dengan darah yang mengalir pada seluar.

Pada saat itu, dunianya bagai berhenti berputar. Jantungnya seolah-olah berhenti berdegup.

" Sayang!! " Alpha atur langkah laju ke arah tubuh itu.

Kepala Avrin diangkat lalu diletakkan di atas ribanya. Seluar Avrin yang basah dengan darah disentuh sekejap sebelum dia capai tangan Avrin yang dilumuri darah sendiri.

" Ya Allah, sayang. Bangun, sayang. Jangan buat abang macam ni," air mata tak dapat dibendung jikalau ia berkaitan isterinya.

Melihat keadaan parah wanita itu, hatinya benar-benar hancur.

" Sayang. Abang minta maaf sebab lewat. Maafkan abang. Sayang, bangunlah,"

Serentak dengan itu, Astra dan yang lain baru sahaja sampai di tempat kejadian. Mereka semua terkejut dengan apa yang baru sahaja mereka lihat.

" Zandae!! Hospital! " Astra mengangguk dengan laju. Dia lantas berlari keluar untuk menghidupkan enjin kereta.

" Uruskan mereka berdua. Jangan bagi terlepas," nada Alpha dingin dan menggerunkan. Aidyn dan yang lain mengangguk akur.

Tubuh Avrin diangkat sebelum Alpha atur langkah keluar dari bangunan tersebut.Sebelum terlambat, dia harus ke hospital secepat mungkin.

" Cas kena bertahan. Jangan tinggalkan abang," Alpha sudah trauma dengan kehilangan, jangan kali ini dia rasakan lagi kehilangan itu.

Dia tak mahu. Cukuplah tiga kali sahaja dia rasakan kehilangan. Alpha sudah hilang Zayn, Hyden dan Ariana, dia tak mahu rasa kehilangan isterinya pula. Ianya sangat menyakitkan.



𝓨. 𝓢𝓱𝓪

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now