✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
APABILA dia buka kelopak mata, perkara pertama yang ia lihat adalah siling bilik. Apa yang dia tahu, keadaan bilik itu gelap dan suram tanpa cahaya lampu. Ia terang dengan hanya bertemankan cahaya mentari dari tingkap dan pintu kaca balkoni.
Kepalanya masih terasa sakit saat dia membuka mata. Dia langsung tak dapat gerakkan tubuh badan. Rasa lemah dan langsung tak bermaya.
Kelihatan hujan sudah berhenti. Langit juga sudah cerah. Mungkin masih pagi.
Apabila dia palingkan kepala ke sisi, baru dia rasa ada satu tangan yang sedang memeluk pinggangnya dengan erat bagai tak mahu lepas. Dengkiran halus juga mula kedengaran dari ulas bibir itu.
Terlihat sisa air mata masih melekat di pipi sang isteri. Dengan sisa kekuatan yang ada, sisa air mata itu dikesat oleh ibu jarinya dengan perlahan. Perlahan-lahan, bibir melorek senyuman yang manis.
Merasakan ada sesuatu yang bergerak di pipi, Avrin terbangun. Kepala mendongak ke atas, menatap iris unik suaminya. Sesaat, tubuhnya tidak bergerak. Namun kemudiannya, air mata mengalir lagi di pipi.
Alpha pula yang jadi gelabah.
" Kenapa sayang menangis ni? " soal suara serak itu." Awak buat saya risau tahu tak? Kenapa boleh accident? Tak fikir pasal saya ke? " bertubi-tubi soalan diajukan.
Alpha senyum.
" Sebab saya fikirkan awaklah saya balik," balasnya lembut." Kan hujan lebat! Kenapa gatal sangat memandu? Kan dah accident! Dah lah cedera, demam pula tu!! Awak ni memang suka buat saya nangis," mencebik bibir itu memandang suaminya.
Alpha ketawa halus.
" Saya hidup lagi, sayang. Janganlah risau," usiknya.Pipi Avrin berona merah. Lantas dia bangun dan melepaskan pinggang Alpha. Kini, dia duduk bersila di sisi suaminya yang masih berbaring. Tiba-tiba, irisnya terpandang bibir suaminya yang meninggalkan luka.
" Awak gigit? " tangan mulus itu naik menyentuh bibir Alpha.
Alpha menelan liurnya kesat apabila jari runcing itu menyentuh bibirnya.
" Awak larang saya, tapi awak sendiri buat," ujar Avrin lagi.
Alpha tatap iris coklat cair itu dengan lama.
" Awak risaukan saya ke? " jika tadi dia bergurau, kali ini dia serius.Avrin kaku. Tangannya beralih dari terus berada di bibir merah Alpha.
" Saya.. pergi bawakan awak bubur! " Avrin lantas turun dari katil lalu keluar dari bilik tersebut.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...