✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
MINDANYA kembali mengimbas kejadian pahit yang berlaku pada malam kelmarin. Tanpa sedar, air matanya menitis lagi. Maruahnya hampir diragut pada malam itu. Betapa takutnya dia, hanya Allah yang tahu.
Selepas disentuh lelaki-lelaki asing itu, dia rasakan seperti tubuhnya sudah tidak suci. Setiap saat, seringkali dia merasa kembali sentuhan lelaki-lelaki itu.
Itu membuatkan Avrin rasa sesak. Jijik, benci. Itu yang dia rasakan terhadap dirinya sendiri.
" Termenung nampak? " tegur satu suara garau di sisi katil.
Avrin terus menoleh dan menatap iris berlainan warna lelaki itu. Senyuman langsung tak terukir pada wajah itu.
Alpha senyum pahit. Selepas malam itu, Avrin nampak seperti bukan Avrin yang dia kenal selama ini. Avrin yang sekarang sudah berubah. Sangat jauh bezanya dari Avrin yang dulu.
Sekarang, Avrin sudah jarang senyum, jarang ketawa apatah lagi berbual mesra. Gadis itu kerap kali termenung.
Alpha tahu apa yang Avrin rasakan. Dia seolah dapat merasai perasaan yang mendiami hati Avrin saat ini. Mungkin saja, jika Avrin terus begini, Avrin akan membenci diri sendiri. Mungkin saja, kerana terlalu ingat peristiwa itu, mental Avrin kian terganggu.
" Awak okay? " soal Alpha. Dia tahu itu soalan paling bodoh, tapi tetap diutarakan. Sekadar ingin membuat Avrin bersuara. Sudah lama telinga tak mendengar suara merdu itu.
" Ok," balas Avrin ringkas. Entah mengapa, wajah Alpha tak mampu dipandang. Setiap kali dia pandang Alpha, setiap kali itulah wajah dua lelaki asing kembali menerpa minda.
" Saya nak cakap sesuatu. Dan, saya harap awak tak marah," Alpha kembali bersuara.
Apabila Avrin hanya diam, Alpha kembali bersuara. Nafas dalam ditarik sebelum dia mengutarakan apa yang dia fikir selama dua hari ini.
" Saya tak paksa awak terima. Kalau awak tak nak terima, saya ok," Avrin tatap dalam iris itu. Tiba-tiba, imej dua lelaki asing sudah menghilang sebaik sahaja dia meneliti ke dalam anak mata cantik Alpha.
" Kalau.. saya kata.. saya nak kahwin dengan awak.. awak setuju? " soalnya dengan jantung yang berdegup kencang.
" H.. Hah? " telinganya seperti tersalah dengar saat ini. Kerana itu dia menyoal semula.
Alpha menarik nafas dalam sebelum mengulang semula apa yang ia kata tadi.
" Saya nak kahwin dengan awak," dan, kali ini lebih lancar.Zap!
Jantungnya bagai terhenti buat beberapa saat. Tergamam mendengar apa yang diutarakan jejaka di hadapan.
" K.. Kenapa? "
Alpha menunduk. Bibir digigit dengan kuat. Jujur.. atau menipu?
" Sebab.. saya cintakan awak! " jujurnya. Iris coklat cair gadis itu ditatap dengan tulus.Avrin terkedu. Lidah bagaikan kelu bagi membalas kata-kata Alpha.
" Tapi.. saya tak cintakan awak,"Sakit. Tapi, senyuman tetap dikekalkan.
" Bercinta lepas kahwin kan lebih baik? " bidas Alpha lembut.Sekali lagi, Avrin terkedu.
" Kalau awak izinkan saya, saya akan buat awak cintakan saya semula. Saya janji akan jaga awak, akan cintakan awak kalau awak setuju," Alpha tak pandai bermanis kata, dia hanya cakap apa yang hatinya cakap.
" Z.. Zay.. "
Alpha menunduk. Dia tahu Avrin tak sudi. Sama seperti dahulu. Cintanya sering kali bertepuk sebelah tangan.
" Tak apa kalau.. "" Zay!! " panggil Avrin kuat, membuatkan Alpha mengangkat wajah.
" Kalau awak nak kahwin dengan saya, saya nak jujur tentang sesuatu," Avrin ingin tahu, selepas dia ceritakan perkara tentang statusnya, Alpha masih ingin berkahwin dengannya atau tidak.
Apabila Alpha hanya menatap anak matanya, Avrin bersuara.
" Saya.. anak luar nikah," jujur Avrin dengan sekali nafas.
Terkejut. Hanya itu yang dapat menggambarkan situasi dalam hati Alpha. Namun cepat-cepat dia neutralkan wajahnya.
" Saya anak haram, Zayden,"
" Dan, saya yatim piatu,"
Avrin menatap lama wajah Alpha. Namun tiada apa-apa reaksi.
" Zay? " melihat kebisuan Alpha, buatkann Avrin tersalah sangka. Namun, sangkaannya terus meleset apabila Alpha bersuara.
" I don't care," Avrin mengangkat wajah. Iris Alpha ditatap lama.
" Saya tak kisah awak anak luar nikah atau apa. I love you not because of your beautiful face, not because of your status.. but I love you because you are Nur Avrin Cassandra,"
" I don't know how to be a sweet talker. But, I said what I feel in the bottom of my heart,"
Tak dapat ditahan lagi, air mata menitis membasahi pipi mulus gadis itu. Buat pertama kalinya, ada lelaki yang mampu menerima dia yang merupakan anak 'haram' ini.
Setiap kali ada yang melamar, Avrin akan menceritakan perkara sebenar. Sama seperti apa yang dia kata kepada Alpha tadi. Dia perlu jujur agar si lelaki tidak menyesal berkahwin dengannya di kemudian hari.
Avrin tak mahu, sebab dirinya, hidup seseorang itu hancur.
Alpha tersentak apabila ada cecair jernih yang membasahi pipi Avrin.
" K.. Kenapa nangis, Avrin? Janganlah nangis," Alpha tak tahu apa yang patut dia buat. Panik! Adakah kata-katanya tadi telah mengguris hati Avrin?Mahu saja dia seka air mata itu, namun dia masih waras untuk berfikir tentang status mereka berdua pada saat ini.
Avrin ketawa. Air mata diseka. Iris Alpha ditatap lama dengan senyuman nipis.
" Awak tak akan menyesal berkahwin dengan saya? " soalnya buat kali terakhir.Alpha menggeleng.
" Tak akan. Dan, tak akan pernah berlaku. Dengan izin Allah,"
Avrin senyum lagi.
" Saya setuju,"
" H.. Hah? " Alpha bagaikan berada di delima sendiri. Dia tak salah dengar, kan?
" Saya nak kahwin dengan awak,"
𝓨. 𝓢𝓱𝓪
Sorry, pendek sikit bab ni..
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romantiek𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...