𝙱𝚊𝚋 9

26 1 0
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎


" PENGANTIN baru, pengantin baru!! Ehei! Zayden berkahwin tak lama lagi!! " entah apa yang dinyanyikan Aidyn Kashaf Rodriguez sejak tadi.

Hafzyan Kazreen, Danial Zachary, Isaac Rafayel, dan Astra Zandae William sekadar mendengar suara sumbang Aidyn sejak tadi. Alpha pula, awal-awal lagi sudah memekakkan telinga. Tumpuan hanya pada kertas-kertas di atas meja.

Entah apa yang mangkuk-mangkuk hayun ni nak dari dia pagi-pagi begini. Masih awal, dan mereka datang ke pejabatnya dengan alasan untuk mengucapkan tahniah?

Ini bukan ucap tahniah, ini ucap sinis namanya!

Telinganya juga yang sakit mendengar nyanyian sumbang Aidyn sejak tadi.

" Haih, Zan dah kahwin, Zay pun dah nak kahwin. Aku bila lagi? " Aidyn duduk terbalik di kerusi sofa. Kakinya di kepala sofa manakala badan dan kepala terbaring di permukaan sofa. Entah gaya apalah dia duduk. Macam budak-budak.

" Memekak lah kau ni, Din," Isaac Rafayel bersuara sambil menongkat dagu.

" Biarlah," Aidyn buat tak endah. Selagi tak dimarah, selagi tu dia tak serik.

" Woi Zayden! Sejak bila kau rapat dengan perempuan ni?! " soal Aidyn sedikit kuat. Alpha ditatap meskipun pandangannya terbalik kerana kedudukannya saat ini.

" Senyap, Aidyn," arah Alpha tegas. Nak buat kerja pun tak senang.

Aidyn mencebik. Dia membetulkan posisinya. Kali ini, Aidyn duduk secara normal seperti seorang manusia.

" Kenapa tak kerja, Zandae? " soal Alpha tanpa memandang Astra.

Astra sengih.
" Aku kerja petang. Pagi ni saja nak ponteng sikit," balasnya dengan sengihan.

Alpha menggeleng. Elok sangatlah tu.
" Yang lain ni? Buat apa menyemak dekat office aku? " tanyanya lagi.

" Kitorang ikut abang kau ni," balas Hafzyan Kazreen selamba.

" Betul! Lagipun, dia yang suruh kitorang ikut. Katanya, nak mengeratkan ukhwah," Danial Zachary menyampuk pula. Apa yang dia kata, sebijik seperti apa yang Astra kata kepada mereka tadi.

Alpha pandang Astra di hadapan mejanya. Lelaki itu elok melemparkan senyum segaris. Alpha menggelengkan kepala.

" Eh, bila masa kau jumpa Avrin tu? " kini, Astra membuka mulut.

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now