𝙱𝚊𝚋 44

37 5 1
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

KAKI ditarik untuk bersila. Skrin televisyen yang sedang memaparkan rancangan kartun bertajuk 'Oggy and The Cockroaches' ditonton dengan penuh teliti. Kartun memang dia suka tengok sewaktu sekolah menengah. Sebab best.

Jika Hyden dan Zayn tiada di rumah, dia akan menonton kartun bagi menghilangkan rasa bosannya hidup bersendirian.

Beberapa minit berlalu, skrin televisyen memaparkan outro bagi kartun tersebut. Hal itu membuatkan Alpha terus mengangkat wajah bagi mengerling jam di dinding. Patutlah, dah pukul 10 30 pagi.

Biasanya, kartun sebegini memang hanya ditayangkan setengah jam sahaja.

Alpha menghela nafas. Sekarang, apa pula yang harus dia lakukan? Memasak? Susah, tangannya hanya satu. Mengemas? Adzrael dah kemas tadi. Basuh pinggan? Tak perlu, Hafzyan dah basuh. Cuci kereta? Tak boleh, nanti Adzrael marah. Siram pokok? Tak payah kot, Isaac dah siram tadi.

Atau, nak keluar?

Alpha tatap pintu utama dengan lama. Dia berpaling ke belakang dan menatap sekeliling. Line clear.

Baru sahaja dia berura-ura ke pintu, ada suara yang menghalangnya dari berbuat demikian.

" Bosan? " Adzrael menyoal. Dia berdiri sambil menyelukkan tangan ke dalam poket seluar.

Alpha mengangguk.

" Jom. Pantai," Adzrael berkata dengan ringkas.

Alpha tersentak. Pantai? Adzrael lupa ke..

" Rael.. "

" ZayZay!! Jom spend time dekat pantai! " Aidyn menjerit dari tingkat atas sambil menuruni anak tangga dengan laju.

Tangan Alpha lantas ditarik agar berdiri dan mengekorinya untuk keluar. Alpha tak sempat berbuat apa kerana kejadian itu terjadi terlalu pantas.

" Aidyn! " Alpha memanggil kuat. Jantungnya sudah berdegup dengan kencang.

Aidyn berhenti dan terus memalingkan tubuh pada Alpha. Seketika, senyuman manis dilemparkan.

" Kitorang ada. Kitorang akan jaga kau. Jangan takutlah, kitorang tak lupa," Aidyn senyum lagi.

Alpha diam.

" Betul. Kitorang ada untuk teman kau. Sentiasa akan ada," ujar Danial dengan maksud tersirat yang bermaksud mereka akan sentiasa ada di sisi Alpha meski ribut badai melanda hidup mereka.

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now