𝙱𝚊𝚋 23

26 1 0
                                    

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎




ALPHA genggam erat tangan sang isteri sebaik memasuki bangunan William Airlines. Risau benar jika isterinya ini menghilang atau apa. Pekerja-pekerja bangunan tersebut terus menunduk dan menyapa mereka berdua sebaik terserempak.

" Selamat pagi, tuan dan puan,"

" Selamat pagi, puan muda! "

Staf-staf seperti lebih teruja untuk memberi sapaan buat isteri kepada bos mereka. Iyalah, ini kali pertama mereka lihat isteri bos mereka. Selama ini dengar khabar sahaja. Apatah pagi rupa paras isteri bos mereka itu lebih cantik daripada khabar yang didengari.

Avrin di sepanjang perjalanan melemparkan senyuman yang cukup manis bagi membalas sapaan pekerja-pekerja syarikat suaminya. Suaminya pula hanya menayangkan wajah yang cukup beku dan tak mesra.

Sekarang, dia hairan. Memang begini sang suami setiap kali ada di tempat kerja? Beku, dingin dan serius.

Selepas keluar dari lif, mereka terus masuk ke dalam bilik pejabat Alpha. Dan, mereka dikejutkan dengan keadaan bilik tersebut yang dipenuhi manusia.

" Assalamualaikum habibi! " Aidyn memberi salam dengan penuh sopan meskipun dia sedang duduk dengan santai di atas sofa.

Alpha balas salam tersebut di dalam hati, begitu juga Avrin. Rasa bersalah tak jawab sebab wajib walaupun tengah marah sekarang.

" Korang buat apa dalam bilik aku ni?? " Alpha menyoal dengan nada yang tertahan.

Dipandang wajah Aidyn, Hafzyan, Isaac dan Danial yang berada di dalam bilik pejabatnya. Alpha terus melangkah ke arah meja kerjanya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi kerja. Sang isteri yang hanya terkebil-kebil di hadapan mejanya ditarik.

Avrin terpaksa duduk di atas riba suaminya kerana sang suami yang menarik. Dia pula yang malu sekarang. Dah lah ada orang lain dalam bilik ni.

" Abang. Cas boleh duduk dekat sofa lah," bisik Avrin sambil menahan malu yang teramat. Dia perasan senyuman penuh makna sahabat-sahabat suaminya.

Alpha sekadar mendiamkan diri. Memang taklah dia nak bagi isteri dia berjauhan dari dia.  Sudahlah ada empat ketul manusia tak diundang ni. Kalau dibuli isteri dia ni macam mana?

" Amboi. Mentang-mentang dah kahwin, bawa bini pula hari ni? " usik Isaac sambil tersenyum nakal.

" Bini aku ke bini kau? " Alpha jongket sebelah kening.

𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚Where stories live. Discover now