✿︎♥︎ 𝒁𝒂𝒚𝒅𝒆𝒏 𝑪𝒂𝒔𝒔𝒂𝒏𝒅𝒓𝒂 ♥︎✿︎
DITENUNG langit membiru dari tingkap kereta. Indah. Meskipun sudah petang, tetap sahaja langit itu cantik. Indah benar ciptaan Yang Maha Esa. Sesekali kedengaran bunyi desingan pacuan empat roda saat melintas di hadapan keretanya.
Sejak sang suami 'tidur' di hospital, Avrin sudah mula berjinak-jinak memandu keretanya semula setelah sekian lama. Hal ini diminta sendiri oleh Avrin agar mama dan papa tidak menyusahkan diri menghantar driver setiap kali dia ingin keluar.
Dan, setelah dipujuk beberapa hari, akhirnya mereka berdua setuju membenarkan Avrin memandu kereta sendiri. Jadi, sekarang Avrin bebas ke mana-mana sendirian.
Pada saat ini, keretanya berhenti di traffic light yang masih berwarna merah. Dengan kesempatan yang ada, langit menjadi tatapan Avrin sementara menunggu.
Setelah lima minit, lampu merah bertukar hijau. Membuatkan pacuan empat roda itu meluncur di atas jalan raya. Membelah angin petang. Seterusnya, kereta tersebut menuju ke destinasi. Iaitu hospital.
Hospital yang sedang menempatkan suaminya. Lelaki yang amat dirinduinya sejak sebulan ini. Avrin rindu akan suara lelaki itu. Rindu akan kerenah manja lelaki itu. Rindu akan panggilan romantik lelaki itu. Rindu menatap wajah tampan itu. Rindu dipeluk lelaki itu.
Mudah dikata, Avrin rindu segala-galanya tentang suaminya. Dia mahukan Alpha, kerana rindunya sudah terlalu sarat selama sebulan ini. Hidup sehari tanpa Alpha pun, hidupnya terasa sunyi. Kosong. Suram.
Setiap malam, tiada lagi suara yang akan membisikkan doa untuknya sebelum tidur. Setiap pagi, tiada lagi yang akan mengacaunya memasak sarapan mereka. Setiap petang, tiada juga yang akan menunggunya di hadapan klinik bagi menjemputnya untuk pulang ke rumah.
Sekarang, Avrin sedar yang dia tak mampu hidup tanpa suaminya. Jadi, kenapa dia sanggup berfikir buruk tentang suaminya? Kenapa dia sanggup melakukan perkara sekeji dan seburuk itu pada suaminya?
Kekesalan itu, tak sanggup lagi Avrin tanggung. Dia kesakitan menanggung kekesalan dan kekecewaan terhadap diri sendiri. Avrin benci akan dirinya sendiri. Sangat-sangat benci. Hanya Allah yang tahu betapa bencinya dia terhadap diri sendiri. Ia tak mampu diungkapkan dengan mulut, kerana ianya terlalu besar.
Sedar tak sedar, kereta Avrin sudahpun memasuki perkarangan tempat parkir kereta hospital. Enjin kereta ditutup lalu pintu dikunci. Kemudian, Avrin atur langkah menaiki tingkat yang menempatkan suaminya menggunakan lif.
Setapak demi setapak dia melangkah demi sampai ke wad VVIP suaminya. Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya dia tiba pada pintu bilik wad yang menggantung nama jejaka yang amat dirindui.
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫 : 𝐙𝐚𝐲𝐝𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚
Romance𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐞𝐚𝐝 𝐀𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐇𝐢𝐦 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐛𝐞𝐟𝐨𝐫𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐫𝐞𝐚𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐛𝐞𝐭𝐭𝐞𝐫 𝐞𝐱𝐩𝐥𝐚𝐢𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧. Alpha Zayden William, Dia, jejaka yang mempunyai rupa paras pelik sejak dari kecil. Namun, dia seorang...