ME : 28

148 11 4
                                        

AKHIRNYA hujung minggu berkunjung tiba. Dapatlah aku berehat seketika daripada menjadi adultsitter Mien. Baru seminggu aku bekerja di bawah Mien, sudah berbakul makian yang keluar daripada mulut aku. Semuanya gara-gara perangai bossy dan cerewet dia tu.

Aku ingat lagi peristiwa hari Jumaat, tepat pukul 11:57 pagi, bersamaan dengan semalam apabila Mien memintaku, atau lebih tepat mengarahkan aku untuk pergi restoran nasi ayam yang terletak nun jauh di sana. Katanya dah lama tak makan nasi ayam dekat situ. Rindulah nak menjamah makanan itu katanya. Aku pun ikut sajalah. Bos kan? Daripada aku kena maki, baik aku ikutkan saja.

Tapi cerita itu tak berhenti di situ saja. Ada sambungannya lagi. Aku dah bersiap-siap cantik-cantik semua, tiba-tiba Mien datang membawa berita yang membuatkan rahang aku hampir sahaja menyentuh tanah.

Nak tahu apa dia?

Boleh pula Mien beritahu aku yang aku perlu menapak ke restoran nasi ayam itu kerana kereta digunakan oleh Pak Mat. Ada ke patut? Punyalah banyak kereta di garaj, tapi satu pun Mien kata tak boleh guna. Alasan yang Mien beri, amat tak masuk akal bagi aku.

Antaranya,

'Kereta tu dah lama tak pakai, minyak pun tak ada.'

'Aku tak ingatlah kunci kereta tu yang mana satu.'

'Kereta tu cantik, aku tak nak tayar dia bersentuhan dengan jalan raya.'

Habis tu, apa fungsi kereta tu kalau nak sentuh jalan tar pun tak boleh? Sebagai hiasan sahaja?

Disebabkan itulah, aku terpaksa menapak dari rumah ini sampailah ke restoran nasi ayam itu. Adalah dalam 5 meter aku perlu menapak. Sudahlah panas terik ketika itu. Habis basah lencun aku dengan peluh sendiri semata-mata kehendak Mien itu.

Boleh gila aku dengan Mien ini lama-lama.

Dan hari ini pula, Mien tunjuk perangai dia lagi.

Ada ke patut katil bilik dia yang aku dah kemas tu disepahkan balik? Tak sampai setengah jam pun aku tinggalkan bilik Mien lepas aku kemas, alih-alih bila aku datang balik, dah macam lepas angin taufan lalu.

Dah tu, dituduhnya Mia dengan Mizal sedangkan budak berdua tu elok je duduk dekat sofa dalam bilik Mien tu. Katanya mereka main lasak lah.

Tak tahulah aku yang Mia dengan Mizal tu boleh cabutkan cadar, baling bantal atas lantai. Bantal tu dua kali besar dia orang kot.

Kesian Mia dan Mizal.

Dapat bapak tak betul.

"Woi! Cepatlah masak. Aku dah lapar ni!" Laung Mien daripada ruang tamu. Tersentak aku dibuatnya. Aku lupa aku dekat dapur untuk masak makanan tengah hari untuk Mien.

Nasib baiklah hari ini Mien tak minta yang pelik-pelik lagi. Katanya disebabkan ini hari cuti, dia bagi kelonggaran untuk masak apa-apa.

"Sabarlah! Saya baru masuk dapur!" jeritku dari dapur. Aku masuk dapur tak sampai 15 minit lagi dah bising. Mentang-mentang semua orang keluar, si kembar tu pun diangkut sekali, mulalah Mien tunjuk kuasa veto dia. Menyampah betul. Yang tinggal pun Mak Kiah je, pembantu rumah  yang berkhidmat untuk keluarga Mien. Tapi Mien awal-awal dah larang Mak Kiah masak, dia nak aku juga yang masuk. Mengada betul. Saja je nak dera aku sampai aku naik angin

Nak cepat masak sendiri lah. Nak je aku jawab macam tu, tapi aku tak boleh. Ya lah, aku bekerja untuk dia kut. Mahu tak mahu, kena turutkan je lah. 

Malas mahu mendengar bebelan Mien lagi, cepat-cepat aku habiskan memasak dan mula menghidang makanan yang masih panas itu ke dalam mangkuk kaca sebelum aku melangkah ke meja makan bersama mangkuk itu.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: May 15, 2025 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

MIEN ESMERAYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang