BAB 2 🦋

4.2K 312 7
                                    

Tengku Farhan terus melepaskan kancing di baju kemejanya. Dia berasa lemas dengan semua yang terbentang di hadapannya sebentar tadi. Datin Aisyah yang mahu menemukan dirinya dengan Dayana juga ditolak begitu sahaja.

Noah duduk di kerusi sambil membuat carian di internet. Dia tahu Tengku Farhan sedang bengang dengan kemunculan Irfan di majlis itu.

"Dia datang dari syarikat mana?" Soal Tengku Farhan dan melipat lengan bajunya sehingga ke siku.

"Melalui carian aku ni lah. Dia orang kanan Tan Sri Johan. Haaa. Tu je yang dia beritahu dalam artikel ni," jawab Noah dan menghulurkan telefonnya pada Tengku Farhan.

Tengku Farhan menyambut huluran telefon itu dan duduk di birai meja. Wajahnya mula berubah ketat apabila melihat Irfan bersama dengan Tan Sri Johan.

"Jadi kebarangkalian untuk aku jumpa dengan dia ni lebih tinggi lah?" Tanya Tengku Farhan.

"Nampaknya macam tu sebab Tan Sri minta kau jadi chef dekat cruise dia kan? Kau boleh handle tak baran kau?"

Noah mula berasa risau. Paling-paling kuali terbang ke laut nanti kalau Tengku Farhan mengamuk.

Tengku Farhan hanya mengetap giginya tanda sedang menahan marah. Dia perlu bersua muka dengan lelaki itu juga suatu hari nanti. Dan harinya adalah di cruise.

"Nanti kosongkan jadual aku waktu aku naik cruise. Aku tak nak diganggu waktu berehat dekat situ," pesan Tengku Farhan dan menanggalkan bajunya.

Noah hanya memandang sahaja lagak Tengku Farhan yang sudah hilang di balik pintu bilik air. Selepas itu dia memandang semula pada skrin telefonnya.

Sudah lima tahun dia cuba menjejak kedudukan Irfan tetapi tidak pernah ditemukan. Dan sekarang lelaki itu muncul sebagai orang kanan kepada Tan Sri Johan. Apa perkaitan semua itu?

🦋

Bunyi loceng bergema di ruang kafe itu. Bau kopi dan roti yang baru sahaja dikeluarkan dapat dihidu dengan haruman enak. Bunyi lagu klasik yang dipasang menambahkan lagi suasana di dalam kafe itu.

"Saya nak order Americano Honey dengan Latte," ucap gadis muda itu selepas melihat pilihan kopi.

"Okay Miss. Boleh bayar dekat sana ya." Tutur pekerja perempuan itu dan bergerak ke arah bekas air.

Suasana yang sama sentiasa berlaku pada kafe itu. Rata-rata pengunjung ke situ sudah semestinya pelajar sekolah menenagah, pelajar universiti dan orang yang bekerja di bangunan berhampiran.

"Kak Hurin. Ais dah makin kurang lah," ucap Liew sambil memandang ke arah Hurin yang sedang membuat air.

"Ye ke? Stok dekat belakang ada lagi tak?" Soal Hurin.

"Kejap ya kak. Saya pergi tengok."

Liew terus bergerak ke bahagian simpanan. Selepas itu dia kembali semula ke bahagian depan.

"Ada dalam 3 bekas je Kak," jelasnya dan mengambil air yang sudah disiapkan oleh Hurin.

"Awak dan Dini uruskan pelanggan dulu ya. Akak nak call Abang Hamdan kejap."

Liew dan Dini lantas mengangguk. Hurin pula sudah bergerak ke bahagian belakang untuk melihat stok. Beberapa minit selepas itu muncul Abang Hamdan dengan wajah hairan.

"Kenapa Hurin call?"

"Stok ais dah nak habis. Tapi dia orang cakap tak boleh nak hantar buat masa sekarang," jelas Hurin. Kepalanya sudah runsing selepas menghubungi syarikat ais.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now