Suasana tegang mula menyelubungi ruang tamu rumah agam itu. Dato' T. Ashari memandang tajam ke arah Tengku Farhan yang baru sahaja tiba. Segala yang diceritakan oleh Datin Aisyah mengejutkan dirinya.
"Apa dah berlaku ni Farhan?" Soal Dato' T. Amirsyah.
"Papa mesti dah dengar daripada mama kan? Jadi apa lagi yang Farhan boleh cakap?" Jawab Tengku Farhan dengan tenang.
"Farhan sedar tak yang budak tu anak kamu. Dan dia juga cucu papa!" Tekan Dato' T. Amirsyah.
Dia sendiri sukar mengetahui rasa hatinya. Dia seolah berasa gembira apabila Datin Aisyah memberitahunya bahawa dia mempunyai cucu. Dan cucunya sudah berumur 5 tahun. Tetapi dalam masa yang sama dia berasa marah kerana Hurin memilih untuk menyembunyikannya.
"Farhan sedar pa. Tapi Hurin takkan benarkan Zufar bersama dengan Farhan. Dan Farhan sedar benda tu," tuturnya perlahan.
"Farhan kena perjuangkan hak Farhan sebagai ayah budak tu. Dia juga cucu kami. Kami pun ada hak pada budak tu," celah Datin Aisyah.
"Mama rasa Hurin akan benarkan lepas apa yang berlaku pada dia 5 tahun yang lepas? Mama fikir Hurin akan maafkan Farhan atas semua ni? Farhan nak tanya mama satu perkara, betul ke Hurin tidur dengan lelaki tu?" Soal Tengku Farhan. Renungan penuh harapan ditala ke arah Datin Aisyah.
Dato' T. Amirsyah tersentak. Dia mula mengingat pergaduhan besar yang berlaku antara Tengku Farhan dan Hurin sehingga membawa kepada talak satu berlaku. Saat itu dia sendiri kelu dan tidak tahu siapa yang mahu dibelanya. Segala bukti yang dilemparkan oleh Datin Aisyah membuatkan dia buta dalam menilai Hurin.
Sedangkan selama Tengku Farhan berkahwin dengan Hurin, dia cukup rapat dengan wanita itu. Hurin bagaikan anak kandungnya sendiri. Pengubat luka di hatinya.
"Mama tak tahu. Mama hanya terima sampul tu sahaja dekat rumah kita. Lepastu ada gambar Hurin tanpa baju dengan lelaki lain. Farhan tahu kan Hurin tu budak kampung. Mudah sangat termakan dengan ayat manis orang lelaki," hina Datin Aisyah.
"Mama cakap mama nampak depan mata mama..." Lirih Tengku Farhan dengan marah yang cuba ditahan.
Datin Aisyah terus terdiam. Dia terlepas cakap tentang sampul itu. Dia tersilap dalam mengubah ayat yang selama ini dia simpan.
"Apa semua ni Aisyah?!" Tempik Dato' T. Amirsyah tiba-tiba. Dia juga terkejut selepas mendengar kata-kata Datin Aisyah.
"Farhan. Kamu percaya pada mama kan? Kamu sendiri yang cakap pada mama yang Hurin punca Kakak kamu meninggal. Kamu fikir mama tak sedih ke bila tahu semua tu?" Luah Datin Aisyah.
Dato' T. Amirsyah langsung bangun. Kenyataan yang disebut oleh Datin Aisyah cukup mengegarkan kesabarannya. Saat kematian Tengku Ariana disebut oleh Datin Aisyah, jiwanya terus hancur.
"Apa yang dah berlaku sekarang ni Farhan! Jelaskan pada papa. Apa kaitan Hurin dengan arwah kakak kamu!" Jerkah Dato' T. Amirsyah.
Datin Aisyah sudah menekur ke lantai. Dia mula berasa takut dengan ledakan kemarahan Dato' T. Amirsyah.
Tengku Farhan lantas melutut di hadapan Dato' T. Amirsyah. Dia perlu meluahkan segala yang berlaku 5 tahun yang lalu kepada ayahnya. Hanya Dato' T. Amirsyah sahaja yang tidak tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku. Ayahnya hanya tahu kisah yang disampaikan oleh Datin Aisyah sahaja.
Datin Aisyah mula menahan rasa sebak di hati. Dia tahu dirinya juga mempunyai silapnya sendiri. Tetapi disebabkan rasa marahnya kepada Hurin, dia memilih untuk memusnahkan hidup Hurin.
"Farhan dah tuduh Hurin sebagai punca Kakak Ariana bunuh diri," luah Tengku Farhan tanpa mengangkat sedikit pun kepalanya.
Air mata Datin Aisyah terus menitis saat mendengar pengakuan Tengku Farhan. Begitu juga dengan Dato' T. Amirsyah. Dia berasa cukup marah, kecewa dan sedih atas pengakuan anak lelakinya itu.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...