BAB 7 🦋

3.7K 327 36
                                    

Dayana mula berasa kecewa. Tayangan filem itu sudah pun selesai 30 minit yang lalu. Tetapi bayangan Tengku Farhan langsung tiada di panggung itu.

Dia terus berlalu pergi dengan rasa sedih, kecewa dan marah. Hala tujunya hanya satu iaitu ke bilik Tengku Farhan. Dia perlu menggunakan paksaan juga pada diri Tengku Farhan.

Ketukan di pintu bergema berulang kali. Tetapi pintu itu langsung tidak dibuka.

"Cik cari orang dalam bilik ni ke?" Muncul seorang lelaki dari arah depan bilik itu.

Dayana hanya menjeling tajam saat ke arah lelaki itu. Mulalah tu nak menyibuk.

"Kalau Cik cari dia, dia tak balik lagi rasanya," ujar lelaki itu.

"Macam mana kau tahu?" Soalnya serius.

"Sebab selalunya dia akan bagi saya dengan isteri saya makanan sebelum dia masuk dalam bilik. Tetapi harini takde pula. So dia tak balik lagi lah," jelas lelaki itu.

Dayana terus mengeluh kasar dan berlalu pergi. Dia perlu mencari Tengku Farhan di mana? Restoran yang menjadi tempat kerja Tengku Farhan juga hanya ada pekerja biasa sahaja. Zairul juga sudah memberitahunya bahawa Tengku Farhan sudah kembali ke bilik.

Semua rancangannya musnah di hari terakhir dia berada di atas cruise itu. Semuanya hancur.

🦋

Hurin mula berasa bengang. Lelaki itu benar-benar menguji kesabarannya. Mujurlah saat itu, Zufar sudah lena. Dia yang sedang mengemas baju untuk pulang pada hari esok terkejut apabila melihat Tengku Farhan masuk ke dalam biliknya.

"Kau nak apa Farhan!" Marahnya perlahan.

"Aku nak kau ikut aku esok. Jangan naik bas untuk balik KL," tutur Tengku Farhan dan duduk di birai katil. Matanya tidak lepas daripada memandang ke arah Zufar yang sedang lena.

"Kau tak layak nak arahkan aku Farhan. Aku bukan isteri kau lagi," tutur Hurin dan menutup bagasinya dan segera duduk di sebelah Zufar.

"Tapi aku bapa pada budak ni."

"Siapa cakap? Dia bukan anak kau tapi anak Irfan," tutur Hurin dan menarik tubuh Zufar ke dalam pelukannya.

Wajah Tengku Farhan terus diserbu dengan rasa marah. Hujungnya Hurin masih menyebut nama lelaki itu.

"Kau tak payah nak tipu aku Hurin. Aku jumpa budak ni dekat luar kapal dan kau tahu dia cakap apa dekat aku? Dia takde bapa. Jadi kau nak sangkal apa lagi? Irfan bapa budak ni? Kelakar lah," sindirnya sinis.

"Walau macam mana sekalipun kau nak kata, aku dengan Irfan dah kahwin tahun lepas. Jadi aku nak kau keluar dari bilik aku! Aku tak suka kau masuk sesuka hati dalam bilik isteri orang," ucap Hurin dengan rasa debar.

"Eh perempuan!!" Jerkah Tengku Farhan dan menumbuk dinding bilik sehingga mengalir darah dari tangannya.

Zufar juga mula merengek kerana terkejut dengan suara Tengku Farhan. Hurin mula berasa takut. Dia risau jika Tengku Farhan menggunakan kekerasan padanya seperti 5 tahun yang lepas.

"Kau isteri dia atau mana-mana lelaki sekalipun, aku tak hairan lah. Aku akan rampas kau daripada suami tak guna kau sekarang. Kau sendiri tahu aku ni macam mana Hurin. Jangan cabar aku!" Sambung Tengku Farhan dan bergerak ke arah Hurin dan Zufar.

Hurin mula memeluk erat tubuh Zufar dengan rasa menggigil. Dia tidak suka melihat wajah bengis Tengku Farhan saat itu.

"Dendam aku dekat kau takkan pernah habis. Kau cabar aku dulu, dan sekarang aku akan sambung semula semuanya," tutur Tengku Farhan dan menarik Zufar daripada pelukan Hurin.

Hurin mula menjerit supaya melepaskan Zufar. Zufar juga mula terjaga daripada lenanya. Dia terus menolak wajah Tengku Farhan yang sudah mendukungnya.

"Lepaskan saya!!!" Jerit Zufar dan menampar wajah Tengku Farhan.

Hurin pula segera memeluk kaki Tengku Farhan. Air matanya mula mengalir lebat.

"Kau boleh pukul aku, Farhan. Tapi tolonglah jangan bawa anak aku pergi. Tolonglah Farhan. Aku merayu..." Rayunya dengan esakan yang makin menggila.

"Mama..." Zufar juga mula menangis selepas melihat keadaan Hurin di atas lantai.

Tengku Farhan terus merentap kakinya daripada pegangan Hurin dan tersenyum sinis.

"Kau tak muncul dekat tempat turun kapal ni esok, aku akan bawa budak ni pergi jauh daripada kau. Kau tahu kan aku tak pernah main-main," tutur Tengku Farhan dan menolak kepala Zufar ke arah bahunya. Zufar yang mahu meronta tidak berdaya kerana dicegah oleh tangan sasa Tengku Farhan.

Hurin terus mengejar Tengku Farhan yang sudah membawa Zufar keluar dari biliknya. Tengku Farhan hanya memekakkan telinganya tanpa menoleh ke belakang. Hurin pula tidak sempat untuk masuk ke bilik Tengku Farhan. Dia terus menangis teresak-esak di hadapan pintu bilik yang sudah tertutup itu.

Orang yang lalu lalang juga memandang pelik ke arah Hurin. Mereka semua mula membisik antara satu sama lain dengan keadaan Hurin di situ.

🦋

Zufar mula menjerit-jerit di dalam bilik Tengku Farhan. Dia hanya duduk di hadapan pintu bilik sahaja. Tengku Farhan pula hanya berdiri memandang sikap Zufar saat itu.

"Bawa saya pergi jumpa dengan mama saya!! Pakcik jahat!! Pakcik kejam!!!" Laungnya nyaring. Selepas itu, Zufar terduduk dan menangis semahu-mahunya.

Tengku Farhan terus berjalan ke arah Zufar dan duduk bersila di belakang tubuh kecil itu. Dia hanya diam dan mendengar sahaja tangisan Zufar.

"Mama tak layak dapat semua ni. Pakcik jahat!! Pakcik jahat!!!" Ulangnya lagi.

Tengku Farhan hanya duduk bersandar di tepi dinding itu sahaja. Dia juga tidak tahu cara untuk memujuk budak kecil. Tetapi egonya memaksa dirinya untuk menggunakan cara itu supaya Hurin kembali padanya.

🦋

Pada Subuh itu, bunyi ketukan pintu mula kedengaran. Tengku Farhan segera turun dari katil dan menuju ke arah pintu. Dia berharap Hurin berada di luar. Zufar juga sudah diangkat dan diletakkan di atas katilnya kerana tertidur di hadapan pintu pada hari semalam.

Wajahnya terus berubah saat melihat Dayana di situ. Gadis itu pula ceria sahaja melemparkan senyuman. Mata Tengku Farhan terus memandang laluan bilik itu. Tiada sesiapa kecuali Dayana sahaja.

"Kau nak apa?" Soal Tengku Farhan dengan dingin.

"Aunty Aisyah minta saya balik dengan awak. Jadi saya nak minta awak tunggu saya nanti bila kapal ni dah berlabuh," ucap Dayana.

"Maaf ya Dayana. Aku ada hal dengan kawan lama aku. Kau balik je sendiri. Aku tak balik KL lagi harini," jelas Tengku Farhan dan mahu menutup pintu. Tetapi ditahan oleh Dayana.

"Sampai hati awak Farhan. Semalam awak biarkan saya seorang diri dekat wayang tu. Sekarang awak tolak ajakan saya untuk balik sama-sama. Bagilah saya peluang Farhan," rayu Dayana.

"Dayana. Jangan bagi aku maki kau boleh?" Tekan Tengku Farhan.

Wajah Dayana terus berubah takut. Dia agak terkejut saat memandang ke arah mata Tengku Farhan yang agak tajam itu.

"Aku dah cakap aku tak kan kahwin dengan kau atau suka kau. Dalam kepala aku ni, cuma nama Hurin je yang ada. Jadi baik kau berambus dan jangan menempel dekat aku. Aku tak suka ada kutu yang merayap dekat sekitar aku!" Balas Tengku Farhan dan menghempas pintu bilik dengan agak kuat.

Dayana hanya mampu mengigit bawah bibirnya. Sudah lama dia tidak mendengar nama perempuan yang paling dia benci itu. Dan harini, Tengku Farhan menyebutnya kembali.

Dia tidak akan menyerah di situ. Ya. Dia gila. Gila dengan lelaki yang bergelar Tengku Farhan.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now