BAB 15 🦋

4.8K 457 53
                                    

Tengku Farhan melabuhkan duduk di atas katil dengan Zufar yang masih merangkul lehernya. Dia dapat mendengar suara tangisan si kecil itu. Noah pula sudah keluar untuk berjumpa dengan peguam arwah Irfan berkaitan dengan kata-kata Puan Hamidah tadi.

"Dah. Jangan nangis. Aku akan jaga kau dengan mama kau lepas ni," pujuknya sambil mengusap lembut belakang kepala Zufar.

"Tapi pakcik jahat..." Sebut Zufar dengan nada serak.

"Ya. Aku jahat. Aku tahu semua tu. Tapi kalau mama kau tak cerita benda sebenar dekat aku, aku akan terus jadi jahat dekat dia."

Ayat Tengku Farhan membuatkan Zufar melepaskan tubuh Tengku Farhan dan turun ke bawah. Air mata di pipi terus dikesat.

"Mama benci pada pakcik. Dan saya pun benci pada pakcik. Pakcik bukan ayah saya. Ayah saya dah mati," tutur Zufar tiba-tiba.

"Aku tahu. Kesalahan aku pada mama kau memang tak boleh dimaafkan. Aku silap. Tapi aku perlukan bantuan kau juga untuk aku sendiri tahu kebenaran sebenar. Siapa Papa Irfan pada mama kau?" Soal Tengku Farhan.

Dia perlu tahu tentang semua itu. Ada sesuatu perkara yang masih lopong di beberapa tempat.

"Papa Irfan abang pada mama. Dia Uncle saya," jawab Zufar dan bermain dengan hujung jarinya.

"Kalau dia abang pada mama kau, kenapa makcik tadi tak mengaku yang mama kau anak dia?"

"Makcik tu bukan nenek saya. Nenek saya dah dekat Syurga. Makcik tu jahat. Makcik tu selalu marah-marah dekat mama saya. Papa Irfan selalu lindungi mama daripada makcik tu!" Bersungguh Zufar memberitahu Tengku Farhan tentang hal itu.

"Aku masih tak faham ni. Papa Irfan kau ni abang angkat mama kau ke?" Kepalanya mula berasa pening.

"Kenapa Papa Irfan kena angkat mama?" Soal Zufar sehingga membuatkan Tengku Farhan ketawa kecil. Polos juga budak cerdik ni.

"Takpe lah. Kau tak faham lagi semua yang berangkat-angkat ni. Tapi kau sedar kan yang aku ni papa kau?" Soal Tengku Farhan dengan nada serius.

"Papa saya dah meninggal. Pakcik tak faham ke dengan ayat saya? Lagipun kalau pakcik adalah papa saya, papa akan layan saya dengan baik. Bukan macam pakcik. Pakcik cakap macam orang gangster," bebel Zufar dan mencebik bibir.

Tengku Farhan terus terkedu. Terasa seperti ditampar oleh anaknya sendiri. Dia bukanlah sejenis yang lemah-lembut dalam berbicara. Dia lebih selesa menggunakan kau aku sahaja.

"Okay. Salah aku. Aku tak pandai main dengan budak-budak. Kau nak aku panggil kau apa? Anak yang soleh?" Soal Tengku Farhan.

"Tak perlu sebab pakcik bukan papa saya. Pakcik ni tak cerdik lah!" Bebel Zufar dan terus naik ke atas katil dan berbaring.

Tengku Farhan terus mengeluh perlahan. Susah juga untuk dia mengambil hati budak kecil itu. Tapi dia tahu sikap Zufar itu sama sepertinya juga. Keras kepala dengan dingin.

"Pakcik..." Panggil Zufar tiba-tiba.

Tengku Farhan terus menoleh ke arah Zufar yang sudah berbaring.

"Kenapa?"

"Betul ke Papa Irfan dah meninggal?"

Soalan Zufar menyentak tubuh Tengku Farhan. Dia hampir terlupa untuk memberitahu Zufar. Cadangnya mahu memberitahu saat semuanya sudah kembali reda tetapi kemunculan Puan Hamidah merosakkan semuanya.

"Ya. Dia minta aku untuk jaga kau dengan mama kau. Kau sudi ke aku jaga kau?" Soal Tengku Farhan.

"Selagi mama dengan saya," jawab Zufar dan memejam mata.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now