BAB 32 🦋

5K 540 45
                                    

Zufar menyedut air coklat itu sehingga habis. Hatinya terasa puas selepas minum air berperisa coklat itu. Sedap tak terkata. Dato' T. Amirsyah yang duduk di hadapannya juga hanya tersenyum tipis. Dia senang melihat Zufar di depannya saat ini.

"Pakcik sepet," bisik Zufar perlahan. Noah yang sedang berdebar terus menoleh ke arah Zufar di sebelahnya.

"Siapa pakcik tua ni? Kenapa dia pandang saya macam tu? Dia santa claus ke?" Soal Zufar dengan nada berbisik.

Noah terus memejam mata kerana cuba menahan tawa di mulut. Dia tidak sangka Zufar akan menganggap Dato' T. Amirsyah seperti santa claus. Dia tahu Dato' T. Amirsyah mempunyai janggut bewarna putih, tetapi tidak perlulah disamakan dengan santa claus.

"HAHAHAH. Kamu berbisik pun saya boleh dengar," tegur Dato' T. Amirsyah dengan gelakan kuat.

Zufar terus mengerutkan dahinya saat mendengar gelakan daripada Dato' T. Amirsyah.

"Kenapa kamu panggil saya santa claus?" Soal Dato' T. Amirsyah dengan wajah manisnya.

"Sebab pakcik sepet ni cakap pakcik ni santa claus," jawab Zufar dengan wajah polosnya.

Noah terus ternganga. Tak memasal dia pula yang dituduh oleh Zufar. Dia dapat merasakan jelingan tajam daripada Dato' T. Amirsyah ke arahnya sekarang.

"Kamu ni Noah. Yang bukan-bukan kamu ajar dia," tegur Dato' T. Amirsyah.

Noah terus menoleh ke arah Zufar dengan jelingan tajam. Zufar hanya menjelir lidahnya dan memandang ke luar tingkap. Berasap kepala Noah saat itu. Sudahlah kes di ruang makan tadi masih belum dibebelkan olehnya.

"Apa nama kamu?" Soal Dato' T. Amirsyah dan merenung ke arah wajah comel itu.

"Zufar. Nama pakcik pula siapa?" Soal Zufar dengan selamba.

"Panggil dia Dato' lah. Bukan pakcik," bisik Noah di telinga Zufar. Zufar terus mengusap telinganya kerana berasa rimas.

"Dia bukan datuk saya. Datuk saya dah dekat syurga. Pakcik sepet ni tak cerdik lah," bebel Zufar.

Noah terus mengurut dadanya untuk bersabar. Lama-lama boleh botak rambutnya kerana stress dengan jawapan Zufar.

Sekali lagi Dato' T. Amirsyah melepaskan tawanya. Dia terhibur dengan cara Zufar berbicara. Sikapnya sahaja hampir sama dengan anak lelakinya itu.

"Nama saya Tengku Amirsyah. Saya ni ayah pada Tengku Farhan. Jadi kamu tahu tak apa pangkat saya dengan kamu?" Jelas Dato' T. Amirsyah.

"Maksudnya pakcik ni ayah pada pakcik jahat tu kan? Jadi pakcik takde kaitan pun dengan saya." Santai jawapan Zufar keluar.

"Kau ni lah. Dia ni atuk kau. Cuba hormat sikit," tegur Noah sambil mencuit bahu Zufar.

"Atuk? Selagi mama tak kenalkan pakcik sebagai atuk saya, saya tak percaya. Datuk saya dah dekat syurga. Jadi macam mana dia balik sini semula?" Bebel Zufar.

"Tak apa. Saya faham. Tapi saya cuma nak beritahu kamu yang kamu adalah cucu saya. Dan kalau boleh saya nak kamu panggil saya sebagai atuk. Boleh?" Pinta Dato' T. Amirsyah dengan penuh harap.

"Pakcik ni sama dengan pakcik jahat dan pakcik sepet. Kan saya dah cakap, selagi mama tak kenalkan pakcik sebagai atuk saya, saya tak boleh senang-senang panggil pakcik sebagai atuk saya. Saya tak nak mama sedih kalau dia tahu saya panggil pakcik sebagai atuk saya," jelas Zufar. Lagaknya dia menerang seolah membuat pembentangan di hadapan kelas.

Noah terus menelan air liur. Dia juga terkedu dengan cara pemikiran dan percakapan Zufar saat itu. Budak itu baru sahaja 5 tahun, tetapi cukup menjaga hati mamanya.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now