BAB 17 🦋

5.1K 404 28
                                    

Dayana mula mengigit hujung kukunya. Kesian kalinya dia terlepas Tengku Farhan lagi. Niatnya mahu mengajak Tengku Farhan makan malam dibatalkan kerana Hamid memberitahu bahawa Tengku Farhan sudah pulang.

Sedang dia berasa resah dengan dirinya, muncul sebuah beg tangan di hadapannya. Dayana terus mengangkat kepalanya dan melihat Linda. Linda terus mengambil tempat duduk di hadapan Dayana.

"Kenapa masam je muka kau ni?" Soal Linda.

"Farhan dah balik. Musnah rancangan aku nak ajak dia makan malam sama-sama," bebel Dayana.

"Oh. Tengku Farhan tu kan? Dia bakal tunang kau ke?" Soal Linda. Teruja pula dia mendengar nama yang meniti di bibir Dayana.

"Aah. Aku nak kahwin dengan dia juga. Dah 5 tahun aku tunggu," luah Dayana.

"Kejap. Tengku Farhan ni lelaki yang kau minat dari zaman sekolah kau tu ke?"

"Ye lah. Dia. Kenapa?" Soal Dayana hairan.

"Bukan dia dah kahwin ke? Kau sanggup nak jadi isteri kedua dia?"

"Eh bodoh. Dia dah bercerai 5 tahun lepas. Sekarang ni dia takde siapa-siapa," maki Dayana kerana geram.

"Oh. Manalah aku tahu. Kut-kut kau kebulur sangat nak jadi isteri nombor dua dia kan?" Sindir Linda semula.

"Er. Lantak kau lah. Aku tengah serabut sebab dia tak tergoda langsung dengan aku."

Linda mengerutkan dahi. Tergoda? Bukannya Dayana itu free hair dan memakai baju ketat pun. Bertudung lagi.

"Dia nak tergoda dengan kau macam mana? Kau bertudung kut. Entah-entah taste dia tu yang bergetah dengan free hair." Linda mula menambah perasa.

"Aku bertudung ni sebab nak ambil hati dia lah. Kau ingat Farhan macam mamat dekat club tu ke? Sentuh sikit dah goyah. Farhan ni lain kau tahu tak," bebel Dayana.

"Lahai Pak Ustaz ke? Sebab tu kau sanggup jadi ustazah ni? Hebat betul aura dia," perli Linda lagi.

Dayana sudah malas hendak bertekak dengan Linda. Mulut Linda memang sama pedas dengannya. Tambah pula Linda dan dirinya adalah kawan satu universiti sewaktu belajar di London.

"Eh kejap. Abang kau baru meninggal kan Ahad lepas?" Soal Dayana apabila teringat.

"Aah. Baru je tanam haritu," ucap Linda tanpa perasaan.

"Kau tak sedih ke? Satu-satunya abang kau tu dah takde?"

"Mulanya memang aku sedih sebab bank aku dah takde. Tapi kau tahu tak, abang aku letak nama budak sial tu sebagai pemilik harta dia. Takde satu sen pun untuk aku dengan mak aku," jelas Linda dengan rasa baran. Bila teringat, dia berasa mahu menggali kubur Irfan sahaja.

"Budak sial? Budak mana ni?" Soal Dayana. Dia bukannya tahu sangat perihal keluarga Linda. Yang dia tahu abang Linda berduit. Itu sahaja.

"Budak pada janda kaparat tu. Abang aku tak habis-habis bela janda tu. Tahu-tahu dia letak nama anak janda tu sebagai pemilik harta dia. Memang angin lah mak aku. Aku pun bengang," terangnya dengan keluhan kasar.

"Ke janda tu yang goda abang kau untuk letak nama anak dia? Perempuan macam tu memang suka lelaki berduit."

"Aku pun syak macam tu. Tunggulah nanti, aku memang pergi serang janda tu bila dia dah sedar."

"Huh? Sedar? Kenapa pula dengan dia?"

"Janda tu kemalangan sama dengan abang aku. Tapi dia koma je. Abang aku yang meninggal. Manalah mak aku tak angin kan. Satu-satu punca rezeki dia dah takde," bebel Linda.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now