BAB 13 🦋

3.5K 353 39
                                    

Noah berlari dengan laju ke bahagian kecemasan. Panggilan yang diterima daripada Tengku Farhan mengejutkan dirinya. Tanpa membuang masa dia terus bergerak ke hospital daripada hotel.

Dari jauh dia melihat Tengku Farhan yang duduk di kerusi dengan kepala yang ditunduk ke bawah. Kesan darah yang berada di tshirt putih Tengku Farhan juga dapat dilihat dengan jelas.

"Kau okay?" Tegurnya dengan nafas tercungap-cungap.

"Aku nak minta tolong kau," ucap Tengku Farhan dan mengangkat kepalanya perlahan-lahan.

"Aku akan tolong. Beritahu je apa yang kau nak?"

"Tolong jagakan Hurin dengan Zufar. Aku kena balik rumah kejap," ucap Tengku Farhan dan berdiri.

"Huh? Hurin? Kau biar betul? Kau dah jumpa dia?" Noah mula tercengang. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu di bibir Tengku Farhan.

"Dia masih dalam bilik bedah. Aku minta tolong kau untuk jagakan dia. Aku gerak dulu. Nanti aku datang semula." Tanpa membuang masa Tengku Farhan terus berlalu pergi.

Noah mula pana di laluan itu. Dia masih keliru dengan apa yang berlaku. Apa yang dia tahu Tengku Farhan terlibat dalam kemalangan. Jadi kemalangan itu juga berkait dengan Hurin? Tetapi siapa Zufar?

🦋

Tengku Farhan menyembur minyak wangi sebelum turun daripada kereta. Tubuhnya masih dapat merasakan genggaman tangan Irfan pada tengah hari tadi. Jenazah Irfan juga masih berada di bahagian forensik untuk bedah siasat. Ahli keluarga Irfan juga sudah dimaklumkan oleh pihak hospital.

Dia perlu pulang juga ke rumah orang tuanya. Jika dia memberitahu bahawa dirinya mempunyai hal, Dato' T. Amirsyah akan mengupah seseorang untuk menyiasat semua detail tentangnya. Jadi dia tidak mahu ayah atau mamanya mengetahui kehadiran Hurin dan Zufar.

Masuk sahaja ke dalam rumah, dia sudah dapat mendengar suara orang sedang berbual. Saat itu Tengku Farhan sedar dengan helah Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah.

"Haa. Sampai pun anak bujang aku," ucap Dato' T. Amirsyah dan tersenyum ke arah Tengku Farhan.

Tengku Farhan terus mengeluh. Dia dapat melihat keluarga Dayana di ruang tamu rumahnya. Dan dia sedar hala tuju pertemuan dua keluarga itu.

"Mari duduk Farhan. Kita borak-borak dulu." Muncul Datin Aisyah dengan sepinggan kuih.

Dengan rasa sebal, Tengku Farhan terus bergerak ke arah Dato' Azlan dan menyalam tangan lelaki berumur separuh abad itu. Dayana di sebelah Dato' Azlan tidak langsung dipandang.

"Kenapa lambat Farhan? Papa rasa flight kamu sampai jam 12.30 tadi."

"Jalan jammed sebelum ke sini. Ada orang accident," jawabnya perlahan.

"Ya Allah. Teruk ke? Kamu okay?" Soal Dato' Azlan.

"Saya okay Dato'."

"Alhamdulillah kalau macam tu. Maaf ya Farhan. Kamu tak sempat nak rehat lagi tapi Uncle dah datang sini pula. Nak datang esok Uncle busy. Jadi Uncle rasa bolehlah Uncle luahkan tujuan Uncle ke sini," jelas Dato' Azlan dengan lurus.

Dayana di sebelah sudah tersipu-sipu malu. Akhirnya dia dapat memiliki Tengku Farhan. Angan-angannya sudah hampir tiba.

"Uncle nak pinangkan saya dengan Dayana ke?" Soal Tengku Farhan terlebih dahulu.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now