BAB 19 🦋

4.4K 463 33
                                    

Tengku Farhan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Hurin. Sudah hampir tiga minggu Hurin dalam keadaan koma. Alat bantuan pernafasan juga sudah dicabut oleh doktor pada hari semalam. Zufar pula berada bersama dengan Noah di luar.

Lama dia merenung wajah lena Hurin saat itu. Entah kenapa dirinya diserbu dengan rasa bersalah yang cukup kuat. Seolah ada yang berkata padanya bahawa Hurin tidak salah sama sekali. Tetapi semua yang dia ketahui, Hurin adalah punca pada semua yang berlaku.

"Tolonglah bangun Hurin. Beritahu aku apa yang sebenarnya berlaku?" Tuturnya sendiri dengan rasa sedikit kesal.

Tiba-tiba tangan kanan Hurin bergerak perlahan. Tengku Farhan terus berdiri dan memandang ke arah Hurin. Mata Hurin juga terlihat bergerak-gerak seolah mahu dibuka tetapi tidak lepas.

"Hurin..." Sebut Tengku Farhan dengan rasa debar.

Beberapa saat kemudian, Hurin membuka matanya perlahan-lahan dan memandang sekitar bilik. Dia masih mamai dengan situasi yang terpampang di hadapannya.

Tengku Farhan terus berlari keluar kerana mahu memanggil doktor. Akhirnya Hurin sudah bangun daripada komanya.

Hurin mula berasa berdebar. Dia tidak tahu bagaimana dirinya boleh dimasukkan ke dalam hospital. Seingatnya dia berada di dalam kereta bersama dengan Irfan dan Zufar. Saat ingatannya teringat kepada Zufar, jantung Hurin mula berdegup laju.

Dengan laju dia bangun walaupun kepalanya terasa pening secara tiba-tiba. Tubuhnya masih terasa lemah tetapi mengenangkan Zufar, dia tidak kisah dengan semua itu. Tangan yang ditusuk dengan jarum itu direntap kasar. Hurin hanya memandang titisan darah yang mula mengalir di tangannya.

Kakinya terus menjejak lantai bilik dan dia segera berjalan ke arah pintu keluar. Darah yang menitis di sepanjang lantai itu dibiarkan sahaja. Dia hanya mahu mencari Zufar.

🦋

"Sedap tak aiskrim tu?" Soal Noah.

Zufar yang sedang menjilat aiskrim menoleh ke arah Noah di sebelahnya. Dia sudah boleh menerima Noah walaupun kadang mereka bergaduh bagaikan kucing dengan anjing.

"Pakcik nak ke?" Soal Zufar dan menayangkan aiskrimnya.

"Tak nak aku. Kau dah jilat semua bahagian aiskrim tu, lepastu nak bagi aku pula," bebel Noah.

"Pakcik ni mengada lah. Saya tak nak dah bagi aiskrim dekat pakcik," balas Zufar dan melepaskan tangan Noah.

"Tak nak bagi sudah. Aiskrim tu pun aku yang bayar tau."

Noah tersenyum tipis apabila melihat wajah Zufar yang berubah bengang. Dia memang suka mengena anak Tengku Farhan itu. Disebabkan dia tak dapat buli Tengku Farhan biar dia buli anak Tengku Farhan pula.

Belum sempat Zufar membalas, langkah Noah terus berhenti secara tiba-tiba. Zufar mula berasa pelik dan memandang ke depan. Dia terus mengerutkan dahi apabila melihat dua orang wanita sedang memandang ke arahnya dan juga Noah.

"Siapa tu pakcik? Kenapa dia pandang serius je dekat saya?" Bisik Zufar.

Noah terus memegang tangan kiri Zufar. Dia perlu juga mengadap dua orang wanita di hadapannya sekarang.

"Apa semua ni Noah?" Soal Datin Aisyah dengan nada sedikit meninggi.

Dayana di sebelahnya juga mempamerkan wajah terkejut. Raut wajah Zufar cukup sama dengan Tengku Farhan. Dia mula berasa berdebar.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now