BAB 16 🦋

5.2K 447 38
                                    

Tengku Farhan membuka pintu kereta di bahagian Zufar. Zufar terus keluar dan mahu membuka langkah untuk melarikan diri tetapi sempat ditahan oleh Tengku Farhan. Tengku Farhan terus mengendong tinggi tubuh si kecil itu.

"Lepaskan! Lepaskan saya!" Ronta Zufar dan cuba menendang tubuh Tengku Farhan.

"Tak payah nak meronta-ronta sangat. Aku campak kau dekat atas jalan raya kejap lagi, tahulah," ugut Tengku Farhan dan mendukung Zufar di bahagian kanannya.

Tengku Farhan membuat Zufar seolah-olah beg. Zufar terus menyilangkan tangan dengan wajah masam mencuka.

Beberapa kakitangan hospital dan pengunjung hospital lain juga memandang pelik ke arah dua beranak itu. Terlihat bagaikan Zufar dihukum sahaja gayanya.

Tengku Farhan terus berjalan ke sebuah bilik. Zufar pula mengerutkan dahi kerana pelik dengan kedudukan bilik itu. Itu bukan lagi bahagian kecemasan.

"Pakcik nak bawa saya pergi mana? Bilik mama dekat bawah," tutur Zufar dan mengangkat kepala untuk memandang Tengku Farhan.

"Mama kau dekat dalam ni," balas Tengku Farhan dan membuka pintu bilik itu.

Zufar terus menolak tangan Tengku Farhan dan berlari ke arah katil. Tangan Hurin dipegang lembut. Bibirnya terus dicebik ke depan kerana cuba menahan nangis.

"Mama...mama tak bangun lagi ke?" Soal Zufar dan mengalirkan air mata.

Alat bantuan pernafasan di wajah Hurin menambahkan lagi rasa sedih pada diri Zufar. Tidak pernah dia melihat keadaan mamanya seperti itu.

"Kau doa banyak-banyak supaya mama kau sedar. Dr. cakap keadaan mama kau dah semakin stabil," tutur Tengku Farhan dan duduk di sebuah kerusi. Tubuh kecil Zufar diangkat dan diletakkan di birai katil.

"Pakcik ke yang ubah tempat mama ke sini?" Soal Zufar dengan nada teragak.

"Aah. Bilik ni bilik mahal tau. Sama bilik macam kau duduk sebelum ni. Jadi makcik yang datang serang kita haritu tak boleh ke sini dah," jelas Tengku Farhan.

"Boleh percaya ke pada pakcik?" Soalan Zufar membuatkan Tengku Farhan tercengang.

"Ikut kau lah nak percaya aku ke tak. Aku nak cakap sesuatu dengan kau ni," nada suaranya mula serius.

Zufar memegang lembut tangan Hurin. Dia berasa sedikit takut apabila melihat cara tegas Tengku Farhan itu.

"Aku akan bekerja esok. Jadi aku ke sini jarang-jarang. Jadi aku nak kau dengar cakap Uncle Noah. Boleh?" Soal Tengku Farhan.

"Taknak. Uncle tu tak best. Saya nak Uncle Hamdan dengan Aunty Intan," ucapnya tiba-tiba.

"Siapa pula tu?"

"Dia orang kawan mama. Dia orang baik. Tak macam pakcik dengan pakcik sepet tu," balas Zufar.

Tengku Farhan baru tersedar tentang sesuatu. Dunia Hurin sekarang bukanlah hanya Irfan dan Zufar. Tetapi ada juga orang lain. Dan dia sudah terlupa untuk memaklumkan hal itu kepada mereka.

"Buat masa sekarang aku tak boleh bawa kau jumpa dengan aunty uncle tu. Aku cuma boleh benarkan kau dengan Uncle Noah je sekarang," jelas Tengku Farhan.

"Taknak! Pakcik tu jahat macam pakcik juga. Saya tak suka!" Bentak Zufar dengan kasar.

Tengku Farhan lantas mendukung tubuh itu sekali lagi. Zufar mula berasa bengang. Mentang-mentang dia kecil, mudah sahaja Tengku Farhan mendukungnya.

"Pakcik nak buat apa ni?! Saya jerit panggil doktor nanti," ucap Zufar apabila Tengku Farhan berjalan ke arah pintu bilik.

"Jeritlah. Aku tak kisah. Ada nampak muka aku kisah ke?" Soal Tengku Farhan dan menurunkan Zufar di luar bilik itu.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now