Linda memandang ke arah Dayana di sebelahnya. Kan dia dah cakap, tudung gadis di sebelahnya itu tidak akan bertahan lama. Sekarang dah hilang tudungnya. Malah rambut Dayana juga sudah diwarnakan menjadi merah. Dah serupa black metal di matanya.
"Kau nak buat apa jadi pengendap dekat depan kedai minah tu?" Soal Linda dengan nada tidak berpuas hati.
"Aku nak hapuskan dia."
Ayat Dayana membuatkan Linda berkerut dahi. Cara Dayana memandang ke arah kedai itu sahaja sudah menakutkan dirinya.
"Kau nak bunuh dia? Tapi kenapa? Kan dia dah cerai dengan Tengku Farhan tu."
Linda sudah mengetahui hal sebenar daripada Dayana. Dia tidak sangka Hurin pernah berkahwin dengan anak Dato' malah seorang chef terkemuka itu. Patutlah dia seolah pernah melihat wajah Tengku Farhan saat dia dan Puan Hamidah menyerang kafe tersebut. Ternyata lelaki itu adalah anak Dato' T. Amirsyah dan juga crush kepada perempuan di sebelahnya.
"Dia dah rampas Farhan daripada aku. Sekarang ni Farhan asyik nak jumpa dia!" Bentak Dayana tiba-tiba sambil menghentak stereng kereta itu.
"Eh kau ni. Cuba rileks sikit. Yang nak emo sangat kenapa? Rileks ah," marah Linda. Dia pula takut dengan cara Dayana.
"Macam mana aku nak rilek? Datin Aisyah dah tak nak tolong aku. Dia dah tak nak tengok muka aku dan minta aku untuk minta maaf dekat betina tu. Kau ingat aku akan mudah melutut depan betina tu? Aku mati hidup semula pun aku tak nak!" Jerit Dayana bagaikan dirasuk.
Linda mengeluh perlahan. Dia berasa pelik dengan perubahan yang berlaku kepada Dayana itu. Begitu taksub dengan lelaki bernama Tengku Farhan itu. Apa je yang ada pada duda anak satu tu? Dia pun tak lalu.
"Lepastu kau nak buat apa sekarang? Aku dengan mak aku cuma nakkan kafe ni jadi milik kami semula. Anak perempuan tu tak layak untuk terima semua ni," jelas Linda.
Disebabkan itu dia sudi membantu Dayana. Semuanya kerana mahu merebut semula harta arwah abangnya yang diberikan kepada Zufar.
"Aku nak bunuh dia orang. Aku nak bunuh semua yang halang aku. Aku takkan izinkan dia orang bahagia."
"Kau mabuk ke Dayana? Asal aku tengok kau ni lain semacam je. Aku takutlah," tegur Linda. Tapi bau Dayana tidak pula masam.
"Ish kau ni. Boleh tak setuju je dengan rancangan aku. Bising betul. Kalau kau nak harta abang kau semula. Kau kena bantu aku. Aku nak kau culik budak sial tu," tutur Dayana dan memandang ke arah Zufar yang baru keluar dari kafe bersama dengan Hurin.
Linda terus memandang ke arah yang sama. Dia dapat melihat wajah gembira Hurin dan Zufar saat itu. Selepas itu muncul kereta G-wagon hitam dan keluar Tengku Farhan dan Noah.
Saat itu Linda dapat melihat wajah bengis Dayana. Wajah yang cukup merisaukan Linda sendiri. Dia seperti tidak pernah kenal dengan siapa Dayana yang dulu.
🦋
"Eh pakcik sepet pun ada!" Jerit Zufar saat terpandang pada Noah.
Noah dan Tengku Farhan terus berjalan ke arah Zufar dan Hurin. Pada hari itu, Hurin membenarkan Tengku Farhan untuk membawa Zufar berjalan-jalan di Zoo Negara. Hurin juga diajak oleh Tengku Farhan tetapi ditolak kerana kerja.
"Zufar!"
Nada suara Hurin yang agak tinggi itu menghentikan langkah Tengku Farhan dan Noah. Noah juga terkejut dengan nada suara Hurin.
Zufar terus menunduk saat memusingkan badannya mengadap Hurin.
"Mama dah pesan kan. Jangan panggil macam tu. Panggil Uncle Noah dan papa kamu. Kenapa Zufar susah sangat nak dengar cakap mama ni? Zufar nak jadi budak jahat ke?" Soal Hurin dengan nada tegas.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...