BAB 37 🦋

3.3K 398 18
                                    

Mereka berdua makan di sebuah restoran mewah. Tengku Farhan sudah menempahnya terlebih dahulu sebelum datang ke situ. Zufar pula mula memandang sekeliling. Malah ketinggian tempat yang dia duduk sekarang membuatkan dirinya bertambah teruja.

"Pakcik mampu ke nak bayar makanan dekat sini? Nampak macam mahal je," ucap Zufar dan sempat melirik ke beberapa pekerja yang sedang meletakkan makanan di meja pelanggan yang lain.

"Papa mampu Zufar. Kamu jangan risau. Kamu makan je apa yang terhidang nanti," balas Tengku Farhan dan tersenyum tipis.

Zufar hanya memasang wajah serius. Saat makanan dihidang, dia terus menelan air liur. Semuanya nampak benar-benar menyelerakan.

"Boleh ke kalau saya nak bungkus makanan ni?" Soal Zufar tiba-tiba saat mereka sudah menjamah.

Tengku Farhan terus memandang pelik ke arah Zufar. Makanan anaknya itu tidak banyak mana.

"Kenapa? Perut kamu rasa tak sedap ke?"

"Bukan. Saya nak bagi mama saya rasa juga. Tak adil untuk saya seorang je yang makan," jawab Zufar dan memandang pada makanan di dalam pinggannya.

Tengku Farhan terus terkedu. Dia tidak sangka Zufar akan teringat tentang Hurin saat itu.

"Jangan risau. Nanti papa belikan untuk mama kamu yang lain. Kamu makan je dulu makanan tu," ucap Tengku Farhan dan meletakkan potongan daging ke dalam pinggan Zufar.

Zufar hanya menyambung suapannya. Dia tidak pernah makan makanan yang sesedap itu. Tambah pula suasana di restoran itu membuatkan dia berasa seronok.

Sedang mereka berdua menjamah makanan, tiba-tiba muncul seorang gadis di sebelah meja itu. Zufar terus memandang ke arah gadis yang memakai pakaian agak terdedah itu. Dia terus mengalihkan pandangannya ke luar jendela.

"Excuse me Sir. You ni Chef Tengku tu kan?" Soal gadis itu dengan lenggok tubuh yang sengaja dilentik.

"Yes. I'am. Why?"

"I nak minta nombor you boleh? Tak pun kalau you sudi, you contact number dekat kad I. Sorry tau ganggu waktu makan you. See you," ucap gadis itu dan berlalu pergi dengan kenyitan mata.

Zufar terus memandang ke arah Tengku Farhan yang sedang membelek kad yang diletakkan di atas mejanya sebentar tadi.

"Pakcik ni memang gatal lah!" Tuduh Zufar tiba-tiba.

"Pula dah. Kenapa? Papa tak layan pun perempuan tadi," jawab Tengku Farhan dan merenyukkan kad di tangannya lalu diletakkan ke dalam pinggan yang sudah licin.

"Ye lah. Mata pakcik tu tak lepas daripada pandang perempuan tadi. Itu namanya pakcik ni gatal!" Jelas Zufar dengan rasa puas.

"Papa minta maaf. Papa cuma terkejut sebab dia muncul tiba-tiba. Kamu jangan risaulah. Hati papa ni tak pernah berubah demi mama kamu," ucap Tengku Farhan dan menyisip airnya.

"Kalau sayang kenapa buat mama saya menangis..." Sebut Zufar dengan nada perlahan.

Tengku Farhan terus terdiam. Dia sendiri tiada jawapan untuk kata-kata Zufar. Penyesalan itu tidak dapat dicampak jauh ke dalam laut. Ianya sudah tertanam di dalam hati seseorang.

🦋

Hurin mengelap meja-meja yang berada di bahagian jendela kafe itu. Kafe itu juga sudah mahu ditutup. Dia hanya mahu menunggu kepulangan Zufar sahaja. Entah ke mana lah Tengku Farhan membawa Zufar pergi. Dia sendiri tidak tahu.

Pada mulanya dia agak gusar untuk membenarkan Tengku Farhan mengambil Zufar di tadika. Dia risau anaknya dibawa lari oleh Tengku Farhan. Tetapi selepas Tengku Farhan bersumpah untuk tidak membawa Zufar lari, barulah dia sedikit yakin.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now