Tengku Farhan memberhentikan motornya di kotak parking itu. Di hadapannya sekarang adalah kafe dimana tempat Hurin bekerja. Malah Abang Hamdan juga memberitahu Tengku Farhan bahawa Hurin duduk di rumah kedai atas kafe itu sahaja.
Helmet ditanggal dan dia terus membetulkan sedikit rambutnya. Beberapa pelajar universiti yang lalu-lalang mula berbisik antara satu sama lain kerana pertama kali melihat lelaki itu di situ.
Tengku Farhan terus memeluk helmetnya dan masuk ke dalam kafe. Dini yang bertugas di kaunter terus mengerutkan dahi. Dia masih ingat dengan lelaki itu.
"Ya Encik. Encik nak order air apa?" Soal Dini dengan lembut.
"Aku nak jumpa dengan Hurin. Dia ada dekat sini kan?" Soal Tengku Farhan dengan laju.
"Oh Kak Hurin? Kak Hurin tak masuk kerja harini. Dia tak berapa sihat," jelas Dini.
Dini mula berteka-teki di dalam hati. Haritu, lelaki tersebut mahu berjumpa dengan Abang Hamdan, sekarang mahu berjumpa dengan Kak Hurin pula.
"Oh ye ke. Bagi saya roti tu tiga dengan air coklat tiga," ucap Tengku Farhan sambil memerhati deretan menu yang tersedia.
"Baik Encik. Tunggu sekejap ya. Nanti buzzer ni berbunyi, Encik boleh datang untuk ambil," tutur Dini dan menyerahkan sebuah buzzer pada Tengku Farhan.
Tengku Farhan terus memilih tempat duduk yang kosong sementara menunggu. Sudah seminggu dia tidak bertemu dengan Hurin dan Zufar. Kerinduannya pada dua insan itu sudah membuak-buak.
🦋
Hurin menelan ubat panadol selepas selesai menjamah nasi ayam yang diberi oleh Kak Intan tengah hari tadi. Zufar pula masih tidur di dalam bilik. Kepalanya mula berasa berat sejak pagi tadi. Dia hanya berharap supaya dirinya tidak demam.
Sedang Hurin duduk berehat di ruang tamu, pintu rumahnya tiba-tiba diketuk beberapa kali. Jantung Hurin mula berdegup laju. Setahunya Abang Hamdan dan Kak Intan tidak akan datang ke rumahnya pada petang hari seperti itu. Lagi-lagi sewaktu dia sedang berehat.
Dengan lafaz bismillah Hurin terus berjalan ke pintu rumah. Dia hanya berharap orang itu adalah penghantar parcel sahaja. Saat dia membuka pintu, Hurin segera mencuba untuk menutup pintu itu semula. Tetapi ditahan dengan kasut berwarna hitam di atas lantai itu.
"Berambus dari rumah aku!" bentak Hurin dan memijak kuat kaki Tengku Farhan.
Tengku Farhan segera menolak pintu itu supaya menjadi lebih besar. Hurin mula berasa takut apabila pintu itu sudah terbuka luas. Belum sempat dia memaki Tengku Farhan, tangan kanan Tengku Farhan lebih laju menekup mulutnya. Selepas itu Tengku Farhan terus menutup pintu rumahnya.
"Kau gila ke huh?!" Marah Hurin dan menolak tubuh Tengku Farhan ke belakang. Dengan kasar dia mengesat bibirnya yang disentuh oleh tangan lelaki itu.
"Kalau dengan kau, aku memang gila," balas Tengku Farhan dengan selamba dan menanggalkan kasutnya. Selepas itu dia terus melangkah masuk ke bahagian ruang tamu rumah Hurin itu.
Hurin mula berasa bengang. Suka-suka lelaki itu sahaja mahu masuk ke dalam rumahnya.
"Keluar. Aku tak izinkan kau masuk dalam rumah aku," arah Hurin dengan wajah ketat.
Tengku Farhan hanya memekakkan telinganya dan meletakkan plastik roti dan air yang dibelinya di kafe bawah. Selepas itu dia dengan santai duduk di sofa empuk itu. Matanya mula meliar ke dalam rumah kecil Hurin itu.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...