Suasana di bahagian dapur dapat dirasakan cukup tegang. Wajah ketat Tengku Farhan saat itu membuatkan mereka yang lain tidak berani untuk bersuara. Semuanya hanya fokus pada masakan dan tugas mereka sahaja.
"Hamid!" Panggil Tengku Farhan sehingga membuatkan mereka semu tersentak.
Dengan laju Hamid segera bergerak ke arah Tengku Farhan. Liur ditelan beberapa kali.
"Ya Tengku."
"Tolong angkat kuali ni untuk tapis air dia. Tangan aku sakit," arah Tengku Farhan.
Hamid segera melakukan seperti yang disuruh. Jarang Tengku Farhan meminta tolong pekerja lain sekiranya dia yang memasak.
Selesai semuanya, Tengku Farhan terus menanggalkan apronnya dan bergerak ke ruang makan. Di sana dia dapat melihat Dato' T. Amirsyah memandang ke arahnya. Dengan debar di dada, dia terus berjalan ke arah papanya.
"Mama kamu duduk dekat rumah kamu ke sekarang?" Soal Dato' T. Amirsyah.
Makan malam dua beranak itu dapat dirasakan kedinginannya. Pelayan yang menghantar makanan juga berasa berdebar.
Tengku Farhan hanya mengangguk sahaja untuk soalan yang diajukan padanya. Sudah dua minggu mamanya menetap di rumahnya.
"Kamu dah pergi jumpa dengan Hurin dan minta maaf?"
"Dah papa. Tapi Hurin masih tak maafkan Farhan," jawabnya pasrah.
"Papa pergi jumpa dia dua hari lepas..."
Ayat Dato' T. Amirsyah mengejutkan Tengku Farhan. Dia tidak menyangka Dato' T. Amirsyah akan berjumpa dengan Hurin secepat ini.
"Hurin tak benarkan papa tengok atau jumpa dengan cucu papa. Kamu rasa adil ke untuk papa terima benda ni?" Soal Dato' T. Amirsyah.
"Maaf papa. Semuanya salah Farhan. Farhan akan betulkan segalanya secepat yang mungkin."
"Papa harap kamu ikhlas. Papa rasa susah nak percaya kamu sekarang. Dulu bila papa percaya kamu buat hal pula kan? Jadi sekarang terserah pada kamu asalkan papa dapat jumpa dengan cucu papa dan Hurin dapat anggap papa sebagai ayah mertua dia semula," pesan Dato' T. Amirsyah sebelum bangun.
Tengku Farhan hanya memandang ke arah Dato' T. Amirsyah yang sudah keluar dari ruang makan. Tubuhnya disandarkan ke kerusi dan dia memandang keluar tingkap.
Lampu bangunan yang masih bersinar dan berkelip tidak mampu meredakan resah di hati. Kejadian siang tadi membuatkan dia hampir gila sepenuhnya. Demi memohon ampun daripada Hurin, dia sanggup melukakan dirinya. Tetapi dia akan menjadi lebih gila andai Hurin tidak memaafkan dirinya buat selama-lamanya.
🦋
Hurin mengikat rambutnya menjadi satu. Rambut yang berada di dahinya dikemaskan sedikit supaya parut panjang itu tidak kelihatan. Apabila dia melihat parut tersebut, wajah bengis Tengku Farhan pasti akan berlayar di kepala otaknya.
Malas hendak mengingat kisah lama, Hurin segera mengambil beg kerjanya. Dia perlu bersedia di kafe sebelum tengah hari. Mujurlah Abang Hamdan membenarkan untuk datang sedikit lewat.
Zufar juga sudah dihantar ke tadika pagi tadi. Anaknya itu sudah bersiap sedia pada pukul 7 pagi lagi. Sedangkan tadika buka pukul 8 pagi.
Sewaktu Hurin menutup suis lampu dan kipas, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Hurin mula memandang ke arah jam dinding. Baru sahaja pukul 9.30 pagi. Masih awal jika parcel dihantar ke rumahnya.
Tanpa berfikir panjang Hurin terus membuka pintu. Dengan laju dia cuba untuk menutup pintu itu semula tetapi tubuhnya ditarik kasar oleh Tengku Farhan.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...