BAB 5 🦋

5.9K 431 45
                                    

"Kau silap orang. Aku tak kenal kau siapa. Tolong lepaskan aku," balas Hurin dengan mata yang mencerlung tajam ke arah Tengku Farhan.

Tengku Farhan terus tersenyum sinis saat mendengar ayat Hurin. Dia tidak sangka wanita yang dulunya bertudung kini sudah membuang tudung itu sejauh yang boleh.

"Aku biarkan kau bebas selama 5 tahun. Dan kau fikir bila aku dah jumpa kau, aku akan lepaskan kau dengan mudah?" Soalnya sinis.

Hurin terus menepis tangan Tengku Farhan daripada dagunya. Dia tidak suka dengan cara Tengku Farhan saat ini. Dia mahu lari jauh daripada lelaki itu.

"Maafkan aku. Aku tetap kena pergi. Ada seseorang yang sedang tunggu aku," ucap Hurin dan berpusing untuk keluar dari bilik itu.

"Oh. Jadi kau memang dah jadi pelacur lah sekarang? Pandai kau ya cari duit atas kapal mewah ni?" Sindiran Tengku Farhan menghentikan langkah Hurin.

"Ikutlah apa pun yang kau nak sebut. Sejak dulu, aku memang jahat dekat mata kau. Terima kasih sebab bantu aku tadi," balas Hurin dan terus berlalu pergi.

Tengku Farhan terus merengus kasar. Bibirnya terus mengukir senyum sinis. Larilah sejauh mana pun kau nak Hurin, kau tetap dekat atas kapal besar ni. Gumamnya di dalam hati.

🦋

Hurin berlari dengan keadaan tergesa-gesa. Rasa debarnya semakin menjadi-jadi saat bertembung dengan Tengku Farhan di atas kapal itu. Selama 5 tahun dia menjauhkan diri daripada lelaki itu tetapi sekarang dia bertemunya semula di situ.

Dengan keadaan kelam-kabut, Hurin terus melangkah masuk ke dalam biliknya. Rambutnya segera ditolak ke belakang dan dia dapat melihat parut yang agak panjang di dahinya.

Parut yang menyimpan beribu memori kejam di dalam kepalanya sehingga ini.

🦋

Tengku Farhan merengus kasar saat telefonnya berbunyi nyaring. Dengan rasa marah dia terus mengangkat panggilan telefon itu.

"Boleh tak jangan kacau aku!" Tengkingnya tanpa melihat nama si pemanggil.

"Farhan! Mama ni," ucap Datin Aisyah kerana terkejut dengan tengkingan Tengku Farhan.

Tengku Farhan terus memandang nama si pemanggil. Dia terus bangun dengan rasa sebal.

"Mama nak apa?" Soalnya malas.

"Farhan ada jumpa tak dengan Dayana dekat situ?" Soal Datin Aisyah dengan nada teruja.

"Huh? Jumpa siapa?" Tengku Farhan mula mengerutkan dahinya. Dia kurang jelas dengan suara Datin Aisyah.

"Dayana. Dia pun ada dekat cruise tu. Ayah dia minta dia berehat dekat situ. Dia takde call kamu ke semalam?"

Tengku Farhan mula memaki di dalam hati. Fahamlah dia kenapa Dayana menghubunginya semalam. Entah bila gadis itu naik ke cruise itu dia sendiri tidak tahu.

"Lepastu mama nak Farhan buat apa?" Balasnya dengan rasa malas. Ya. Dia malas hendak melayan gadis itu.

"Mama nak minta kamu jagakan Dayana. Dia kan perempuan. Datang pula sorang. Bahaya," pesan Datin Aisyah.

"Dah tahu bahaya. Kenapa datang seorang? Bodoh ke?" Marah Tengku Farhan.

"Farhan. Tak baik cakap macam tu. Dia sendiri yang tak nak orang lain teman. Lagi pun mama baru tahu dia pun ke situ semalam sama dengan kamu. Jadi mama nak mintalah kamu jagakan dia sepanjang cruise tu berjalan."

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now