Hari pertama Tengku Farhan di atas cruise itu semuanya berjalan dengan baik. Dia dilayan dengan cukup baik oleh chef-chef terkemuka yang bekerja di ruang dapur itu. Semuanya berbesar hati untuk mengajarkan dia. Hatinya juga lega dengan semuanya.
Pengunjung yang datang ke restoran itu mula bertambah. Sememangnya untuk waktu makan malam. Dia juga tidak menang tangan dalam membantu chef-chef yang lain.
Sehingga pukul 10, barulah tugasnya selesai. Chef Zairul juga membenarkan dirinya untuk berehat. Apron miliknya ditanggalkan dan dia terus merenggangkan tubuhnya. Pekerja yang lain masih dengan tugas mereka. Masing-masing masih berdebar saat mengenali tentang siapa Tengku Farhan.
Semua daripada mereka telah mengenali nama yang sentiasa meniti di bibir para chef yang lain. Pada umur 26 tahun sahaja lelaki itu sudah mempunyai banyak anugerah dalam dunia masakan. Malah Tengku Farhan sendiri pernah memenangi piala emas di sebuah pertandingan memasak yang terdiri daripada beberapa chef terkemuka di pelbagai negara. Tambah pula dia adalah chef termuda di kalangan semua itu.
Butang baju di leher dibuka supaya lebih selesa. Dia terus menolak rambutnya ke belakang dan berjalan keluar dari ruang dapur itu.
Orang yang berjalan di sebelahnya juga sempat menoleh bagi melihat Tengku Farhan buat kali kedua. Mungkin mereka juga pernah terlihat Tengku Farhan di kaca televisyen.
Tengku Farhan memilih untuk menghirup udara di atas laut itu. Dia akan berada di situ selama 4 hari sebelum tiba di Singapura. Di Singapura dia perlu berjumpa dengan rakan lamanya pula atas urusan kerja.
Sedang dia duduk berdiri sambil memerhati pemandangan suram di malam hari itu, telinganya menangkap bunyi tapak kasut di belakangnya. Kepalanya terus menoleh dan dia melihat seorang kanak-kanak lelaki yang sedang tunduk untuk mengutip sesuatu di bawah kerusi.
Pada mulanya dia malas hendak masuk campur tetapi selepas telinganya mendengar suara lelaki tua memarahi kanak-kanak lelaki itu, niatnya terus berubah.
"Kenapa ni Pakcik?" Soal Tengku Farhan dan memandang ke arah budak lelaki itu. Budak lelaki itu hanya menunduk ke bawah.
"Budak ni ganggu aku dengan isteri aku nak duduk sini. Tertunduk-tunduk macam nak mencuri," marah lelaki tua itu.
Tengku Farhan terus menoleh ke arah budak lelaki itu. Dia perasan dengan gelengan kecil budak lelaki itu.
"Kau buat apa dekat bawah tu?" Soal Tengku Farhan dan mencuit belakang telinga budak lelaki itu.
Budak lelaki itu terus mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Tengku Farhan. Tiba-tiba Tengku Farhan terpana buat seketika. Terkejut dengan renungan budak lelaki itu.
"Saya cuma nak ambil bola dekat bawah kerusi tu. Saya tak mencuri," jawabnya dengan bibir yang dicebik ke depan.
"Lain kali cakap dekat pakcik yang kamu tu nak ambil bola. Jangan buat pakcik dengan makcik rasa tak selesa dengan tindakan kamu," tegur lelaki tua itu. Isterinya di sebelah hanya menjeling tajam ke arah budak lelaki itu.
"Maafkan saya pakcik. Makcik. Saya janji tak buat lagi," ucap budak lelaki itu dan menunduk sedikit.
Tengku Farhan hanya memasang telinga sahaja. Dia hanya mahu menenangkan situasi tegang itu sahaja.
"Encik pun satu. Anak encik jalan sorang-sorang dekat sini. Nanti kena culik, mulalah salahkan pihak cruise," bebel wanita tua di sebelah suaminya itu.
Tengku Farhan terus mengerutkan dahi. Anak? Sejak bila dia ada anak? Dia pun dah menduda 5 tahun. Bila masa nak prosesnya? Bebelnya di dalam hati.
"Lain kali jangan pergi jauh daripada papa kamu ya dik. Bahaya," pesan wanita itu dan berlalu pergi bersama lelaki tua itu.
Tengku Farhan tidak sangka dirinya tidak berpeluang untuk menerangkan hal sebenar. Dia terus memandang ke arah budak lelaki di sebelahnya. Budak lelaki itu juga memandang ke arahnya.
"Pakcik bukan ayah saya. Saya takde ayah. Terima kasih sebab bantu saya," ucapnya dan segera mengambil bola di bawah kerusi itu.
Belum sempat Tengku Farhan menahan untuk bertanyakan soalan, budak lelaki itu sudah melarikan diri. Dia juga malas hendak bermain kejar-kejar di atas kapal itu.
"Anak siapa lah. Menyusahkan nombor satu," bebelnya dan mengeluarkan telefonnya.
Panggilan yang tidak berjawab itu dipandang lama. Dia berasa pelik kerana Dayana menghubunginya sebanyak dua kali. Dia malas hendak membuat panggilan lagi. Telefonnya terus dimatikan. Niatnya hanya mahu berehat di atas kapal mewah itu.
Selepas puas memandang ke arah langit yang berbintang indah itu, Tengku Farhan terus berlalu untuk ke biliknya. Sedang di berjalan di laluan ke biliknya, tiba-tiba telinganya terdengar suara wanita.
Saat itu Tengku Farhan mula berasa bengang. Kenapalah telinganya mudah sangat mendengar bunyi yang tak sepatutnya?
Malas hendak masuk campur Tengku Farhan terus melajukan langkahnya. Dia hanya mahu ke katilnya sahaja.
Tetapi langkahnya mati saat memandang ke arah dua orang lelaki sedang menganggu seorang wanita. Wanita itu pula mula meronta-ronta untuk dilepaskan. Tengku Farhan hanya membutakan matanya dan bergerak ke pintu biliknya.
"Kau jangan nak meronta lah! Kau yang goda kita orang dulu!" Marah lelaki itu dan menampar pipi wanita itu.
Rakannya pula terus ketawa apabila melihat ada air mata yang mengalir di pipi wanita itu.
"Lah. Kau ni takdelah sempurna mana. Dengan parut hodoh ni. Pandai kau tutup dengan rambut kau ya," hina lelaki itu saat terlihat garisan parut yang agak panjang di dahi wanita itu.
"Baik kau ikut je kita orang ke bilik. Nanti kita orang bagi kau duit. Takde lelaki lain lah nak dekat kau yang hodoh ni kalau dia orang tahu kau ni ada parut," tutur rakannya pula sambil menunjal kepala wanita itu.
Tiba-tiba mereka bertiga dikejutkan dengan bunyi pintu yang dihempas kuat. Dua orang lelaki itu terus memandang ke arah Tengku Farhan yang berjalan ke arah mereka sambil melipat lengan bajunya ke siku.
"Kau nak apa bro?" Soal lelaki itu sebelum wajahnya tepat ditumbuk oleh Tengku Farhan dengan cukup kuat.
Disebabkan tidak dapat mengawal dirinya, dia terus terjatuh menghempap rakannya di belakang.
"Woi!!"
Marah rakannya dan cuba menolah badan kawannya yang berat itu. Dia dapat melihat ada darah yang mengalir keluar dari hidung kawannya itu.
Tengku Farhan terus melibas tangannya yang menumbuk wajah lelaki itu sebentar tadi. Dia menoleh ke arah wanita ya ng berdiri di tepi dinding dengan rambut yang menutup wajahnya.
"Kalau kau nak kena campak dekat laut, kau teruskan benda ni. Tapi kau silap orang sebab perempuan ni hak milik aku," tutur Tengku Farhan dan terus merentap tangan wanita itu dan dibawa pergi masuk ke biliknya.
Lelaki itu hanya termangu saat mendengar ayat Tengku Farhan. Dia berasa berdebar saat memandang mata Tengku Farhan sebentar tadi. Tanpa membuang masa, dia terus membantu rakannya untuk berdiri.
🦋
Tengku Farhan terus menolak kuat tubuh wanita itu ke pintu bilik. Wanita itu pula hanya menunduk sahaja walaupun kepala terasa sakit kesan daripada hentakan tadi.
"Kau buat apa dekat sini?!" Soal Tengku Farhan dengan nada yang ditekan. Giginya juga diketap kuat tanda sedang menahan marah.
Kepalanya terus ditoleh ke belakang saat tiada jawapan yang didengar. Dengan kasar dia terus menolak rambut panjang yang menutupi wajah wanita itu.
Mata yang cukup lama dia tidak pandang kini sedang menatapnya dalam dengan air yang bertakung di birai mata.
"Aku tak kenal kau siapa. Terima kasih sebab bantu aku," ucap wanita itu dan cuba untuk keluar dari bilik tersebut tetapi muncul tangan kasar di bawah dagunya dan dibawa menghadap wajah Tengku Farhan.
"5 tahun Hurin. Mustahil kau akan lupa pada bekas suami kau," ucap Tengku Farhan dengan mata yang mencerlung tajam.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
Lãng mạnDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...