BAB 26 🦋

5.7K 473 46
                                    

Noah mengunyah gula-gula sambil membelek laporan yang baru sahaja diterima olehnya sebentar tadi. Dia sebagai pengurus hotel itu perlu menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan Hotel Andalusia itu. Tambah pula Dato' T. Amirsyah benar-benar serius saat itu. Hotel mereka di negeri lain juga dikerahkan untuk meningkatkan promosi.

Sedang dia sibuk membelek laporan itu, pintu bilik kerjanya ditbuka dari luar. Terjengul wajah Tengku Farhan yang tampak kusut. Lelaki itu terus berbaring di sofa panjang yang terletak di ruang tengah bilik itu.

"Kenapa dengan kau ni? Period ke?" Soal Noah dan menutup laporan di tangan. Tangan disilang ke dada sambil memerhati mamat Tengku di sofa itu.

"Pale otak kau period. Aku jantan tulen," maki Tengku Farhan dan meletakkan lengan kanannya di atas dahi.

"Dah tu muka dah macam tahan berak je. Kau buat masalah apa pula kali ni? Ke gas habis dekat dapur? Tak dapat masak?" Sindir Noah dan berjalan ke arah Tengku Farhan dan duduk di kerusi berhadapan dengan Tengku Farhan.

"Mulut kau boleh tahan eh. Aku potong gaji baru tahu," ugut Tengku Farhan.

"Eh kau. Gaji aku bapak kau yang bagi. Bukan kau. Apa masalah kau sekarang ni? Cuba cerita. Aku nak dengar."

Tengku Farhan mengeluh perlahan dan mengalihkan lengannya ke bawah.

"Aku pergi rumah Hurin petang semalam," tutur Tengku Farhan dan termenung memandang siling bilik kerja Noah itu.

"Lepastu apa yang jadi? Zufar gigit kau ke?" Teka Noah. Anak Tengku Farhan kan vampire.

"Banyak lah kau. Aku gaduh dengan Hurin lah. Apa lagi. Aku start buka mulut, Hurin dah melenting," jelasnya dengan nada kecewa.

"Hmmm. Benda dah boleh agak kut. Sah-sah Hurin mengamuk. Kau lupa ke apa yang kau buat dekat dia dulu? Kalau aku jadi Hurin pun aku mengamuk. Tiba-tiba datang nak minta maaf. Seolah boleh hapuskan segala peristiwa hitam tu," sindir Noah dengan sinis.

Tengku Farhan terus menjeling ke arah Noah. Hanya Noah dan Talhah sahaja yang tahu tentang cara dia melayan Hurin 5 tahun yang lepas. Dua sahabatnya itu sudah banyak kali memberi nasihat padanya, tetapi dirinya kan keras kepala. Nasihat itu hanya masuk telinga kanan dan keluar ikut telinga kiri. Sekarang, siapa yang menyesal? Sudah pastilah dirinya.

"Boleh tak kau bantu aku. Aku buntu nak buat macam mana lagi. Aku sayangkan dia lagi..." Luahnya perlahan.

"Kata sayang, tapi kau dera dia. Cakap tak seiring dengan perbuatan," perli Noah lagi. Jujurnya dia bengang dengan segala tindakan Tengku Farhan dahulu.

"Kau pun tahu kan aku jatuh sayang pada dia lepas sebulan kahwin tu. Tapi fitnah yang mama aku lempar tu dah hancurkan kepercayaan aku dekat dia. Rupanya semuanya tipu. Bodoh betul aku ni sebab tak siasat betul-betul," cemuhnya untuk sikap diri sendiri.

"Maksud kau Hurin tak pernah curang dengan kau lah? Apa ni? Berbelit otak aku dengan masalah kau," bebel Noah.

"Ya. Mama aku cakap gambar Hurin tidur dengan jantan tu, dia dapat daripada Dayana."

Noah terus ternganga. Dia tidak sangka Dayana juga terpalit dengan masalah itu. Dia fikirkan gadis itu hanya menempel dengan Tengku Farhan kerana sifat obsesnya sahaja.

"Wow. Gempak betul benda ni. Kalau disimpulkan ikut otak kanan aku, Dayana ni lah punca kau ceraikan Hurin dulu?" Soal Noah.

"Nampaknya macam tu. Tapi aku pun bodoh sebab berdendam dengan Hurin atas kepergian Kak Ariana. Sedangkan dia tak salah apa-apa pun," ujar Tengku Farhan dengan nada kecewa.

"Bodoh kau tu tak boleh dibuang. Dia memang lekat dekat bawah otak. Mangsa keadaan semua masalah ini adalah Hurin sendiri. Kesian betul dia."

Tengku Farhan hanya mendiamkan diri. Dia setuju dengan ayat Noah itu. Mangsa sebenar daripada semua yang berlaku adalah Hurin sendiri. Dan penyebabnya adalah dirinya sendiri.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now