BAB 6 🦋

5.5K 419 35
                                    

Rasa tidak tenang mula menyelubungi diri Hurin. Adakah dia perlu melarikan diri lagi? Tetapi dia tidak mahu anaknya merasa semua kesusahan yang terjadi saat ini pada dirinya.

"Mama..." Muncul Zufar dan meletakkan kepalanya ke atas paha Hurin.

Hurin yang masih bertelekung terus mendukung tubuh si kecil itu dan diletakkan di atas ribanya. Anaknya itu sanggup bangun pada subuh hari hanya untuk solat bersamanya.

"Zufar dah rasa lapar ke?" Soal Hurin dengan lembut. Rambut tebal Zufar diusap penuh sayang.

"Mama okay?"

Pertanyaan Zufar membuatkan hati Hurin berasa terhiris. Anaknya itu benar-benar tidak mahu melihat dirinya sedih.

"Mama okay sayang. Zufar nampak muka mama tengah tak okay ke?"

"Mama tengah sedih. Zufar tahu. Zufar tak nak mama sedih lagi," luah Zufar dan menyentuh pipi Hurin.

Hati Hurin terus disapa dengan rasa sebak. Rasa yang menghiris perasaan sebagai seorang ibu. Dia tahu pasti Zufar menyedari tentang kemunculan Tengku Farhan.

"Mama tak sedih pun sayang. Sebab mama ada Zufar. Mama takkan tinggalkan Zufar. Zufar adalah nyawa mama," ucapnya sambil mengucup lembut pipi anak lelakinya itu.

"Zufar akan jaga dan lindungi mama daripada orang jahat. Zufar takkan izinkan lelaki tu buat mama nangis. Mama ada Zufar. Zufar ada mama."

Hurin terus memeluk erat tubuh Zufar. Air matanya terus mengalir. Hanya Zufar sahaja penyebab dia teruskan hidup sehingga saat ini. Jika Zufar hilang daripada hidupnya, dia bersumpah yang dirinya akan menjadi gila.

"Nanti kita balik Kuala Lumpur kita kemas beg kita," ucap Zufar tiba-tiba.

"Kenapa pula?" Hurin segera mengesat air matanya sebelum memandang ke wajah Zufar.

"Kita lari dari situ. Zufar taknak lelaki tu cari mama. Dia jahat. Zufar tak suka dia," katanya laju.

"Tapi mama masih kerja dekat kafe tu sayang. Kita kena jumpa dengan Uncle Hamdan dan Aunty Intan dulu. Zufar tak nak jumpa dengan Abang Haffi ke?" Soalnya.

Haffi merupakan anak kepada Abang Hamdan dan Kak Intan. Jiran dan merangkap rakan kerjanya di kafe itu.

"Hmmm. Tak apa mama. Asalkan mama ada dengan Zufar. Zufar tak nak mama pergi jauh daripada Zufar," luahnya dengan sebak.

"Selagi Zufar ada dengan mama, mama akan kuat sayang. Mama aku cuba bahagiakan Zufar. Janji dengan mama yang Zufar akan dengar cakap mama ya."

"InsyaAllah mama," balas Zufar dan mencium pipi Hurin.

Hurin terus tersenyum melihat cara Zufar. Anaknya itu sentiasa diajar cara untuk beradab dengan sesiapa sahaja. Dan dia takut jika Tengku Farhan benar-benar mengotakan kata-katanya untuk mengambil Zufar daripadanya.

🦋

Ketukan di pintu bilik membuatkan Tengku Farhan merengus kasar. Dia baru sahaja selesai membersihkan badan. Selepas ini, dia perlu ke bahagian dapur pula untuk tugasnya.

Dengan hanya bertuala, dia terus membuka pintu biliknya. Wajahnya terus berubah garang saat memandang ke arah Dayana yang nyata terkejut dengan badannya yang agak terdedah.

"Kau nak apa?" Soalnya kasar.

"Awak baru bangun ke Farhan?" Soal Dayana dengan rasa segan. Matanya juga sempat melilau ke dalam bilik Tengku Farhan. Manalah tahu Tengku Farhan membawa perempuan lain ke biliknya.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now