BAB 34 🦋

3.1K 367 26
                                    

Tengku Farhan meletakkan secawan kopi panas di hadapan Hurin. Sudah lama dia tidak melihat Hurin mengikat rambut panjang itu menjadi satu. Tetapi rambut di bahagian hadapan masih menutup dahi.

"Pakcik jangan gatal ya. Itu mama saya," tegur Zufar dengan mata yang dijeling tajam ke arah Tengku Farhan. 

Hurin terus menoleh dan memandang ke arah Tengku Farhan. Dia juga tidak sedar bila Tengku Farhan memandangnya. Fikirannya sekarang hanya mahu pulang sahaja. Tetapi Zufar berasa lapar dan dia menurut sahaja kehendak anaknya itu untuk makan bersama di satu meja bersama dengan Tengku Farhan. 

"Okay Zufar. Sorry," balas Tengku Farhan dan mengambil nasi goreng di dalam mangkuk besar lalu diletakkan ke dalam pinggan Hurin.

"Pakcik memang ada terhantuk dekat mana-mana ke? Kenapa pakcik dah tak kurang ajar dengan saya?" omel Zufar. 

Hurin terus membulatkan mata kerana terkejut dengan ayat Zufar. Dia juga panasaran dengan cara Tengku Farhan itu. Pertama kali dia melihat Tengku Farhan selembut itu. Tetapi dirinya ditahan daripada meluah. Sudahnya anaknya dahulu yang bertanya. 

"Zufar. Makan nasi goreng kamu," arah Hurin dan meletakkan sudu di dalam pinggan Zufar. 

Zufar hanya mencebik sahaja tetapi matanya masih tidak lepas daripada memandang ke arah Tengku Farhan. Dia berasa pelik dengan perubahan sikap Tengku Farhan itu. 

"Lepas ni hantar saya dengan Zufar balik. Dan saya harap selepas ini awak dah tak ganggu saya. Kalau awak nak datang jumpa dengan Zufar, saya izinkan. Walau macam mana sekalipun saya halang, Zufar tetap anak awak," tutur Hurin tiba-tiba.

Dia juga sudah malas hendak menggunakan kata kasar kepada Tengku Farhan. Dirinya hanya mahu melupakan semuanya dan membina hidupnya seperti sebelum ini. 

"Mama. Dia bukan papa Zufar," rengek Zufar. Tengku Farhan hanya mengunci mulut sahaja. Dia masih tidak berani untuk meluahkan. 

"Zufar. Dia adalah papa Zufar. Mama tak nak dengar Zufar panggil dia dengan gerangan pakcik. Panggil dia sebagai papa. Hormat dia sebagai ayah Zufar." Lembut sahaja Hurin memujuk Zufar. 

Zufar hanya menunduk sahaja. Dia juga tidak tahu sama ada mahu gembira mahupun sedih. Tetapi dirinya juga selalu cemburu apabila melihat ayah rakannya di tadika mengambil mereka pulang. Kasih sayang seorang ayah itu sentiasa di dambakan sebelum ini. Walaupun Irfan menjaganya seperti anak sendiri, rasa ayah kandung itu lain baginya. 

"Hurin. Awak memang tak nak bagi saya peluang ke?" soal Tengku Farhan selepas lama berdiam diri.

"Peluang untuk awak dah takde Farhan. Hati saya dah dihancurkan oleh awak. Jadi saya harap kita berdua boleh move on dan jaga Zufar selayaknya tugas kita," jawab Hurin dengan nada tenang. 

Selepas itu Hurin terus meneguk air dan berdiri. Dia mahu bersiap sedia untuk pulang ke rumah.

"Zufar habiskan dulu ya nasi goreng tu. Mama nak kemas baju Zufar kejap."

Zufar hanya memandang ke arah kelibat Hurin yang sudah masuk ke dalam biliknya. Selepas itu dia memandang pula ke arah Tengku Farhan yang sedang termenung.

"Itu lah pakcik. Siapa suruh buat jahat. Kan dah kena balasan," tegur Zufar dan menyambung suapan nasi gorengnya. 

Tengku Farhan hanya tersenyum tipis. Dia berasa mahu menanam dirinya di dalam tanah dan menghembuskan nafas terakhirnya sahaja. Disebabkan kebodohannya dan keegoannya dahulu semua kebahagiaan yang dia inginkan sudah punah. 

🦋

Noah memandang lama ke arah Tengku Farhan. Dia dapat melihat wajah sugul lelaki itu. Tengku Farhan baru sahaja pulang daripada menghantar Hurin dan Zufar ke rumah mereka.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now