Hurin berjalan dengan pakaian yang bersesuian di dalam ruangan kecemasan itu. Wajah pucat Zufar dipandang dengan pandangan kabur. Air matanya mula bergenang. Wayar yang disambung ke tubuh anaknya cukup meruntun jiwanya.
"Anak mama..." Luah Hurin sambil memegang tangan kecil itu.
Pernafasan Zufar kedengaran agak sukar saat itu. Dia agak terkejut saat doktor memberitahunya bahawa ada besi tingkap kereta tertusuk di bahagian pinggang Zufar sehingga bahu anaknya. Saat dia melihat Zufar diangkat bersama Tengku Farhan, matanya tidak terlihat akan besi itu.
"Anak mama kuat. Mama tunggu Zufar bangun. Nanti kita jalan-jalan ya. Mama nak dengar Zufar jawab ayat Mama," luah Hurin dengan air mata yang mengalir.
Jiwanya hancur saat itu. Anak yang ditatang dengan penuh rasa sayang kini terbaring dengan bantuan alat pernafasan. Nyawanya itu sedang bertarung nyawa untuk hidup.
"Mama minta maaf sebab tak dapat nak beri kebahagiaan yang Zufar impikan selama ni. Mama janji akan bahagiakan Zufar macam budak yang lain. Mama dah maafkan papa kamu. Mama nak kamu bangun sayang. Mama rindukan kamu," tutur Hurin sambil mencium lembut tangan yang ditusuk dengan wayar itu.
🦋
Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah setia menanti di luar. Mereka berdua juga baru sahaja selesai melawat Tengku Farhan. Tengku Farhan sudah berada dalam keadaan stabil tetapi bantuan pernafasan masih diperlukan. Malah kaki sebelah kiri Tengku Farhan juga mengalami retak sedikit.
"Kamu okay Noah?" Soal Dato' T. Amirsyah.
Dia risaukan Noah saat itu. Lelaki itu tetap mahu ke situ demi melihat keadaan Zufar. Sedangkan Noah juga memerlukan rehat yang cukup.
"Saya okay Dato'. Saya rasa bersalah untuk tinggalkan Zufar. Kalau saya dapat kawal kereta tu dengan baik, pasti semua ni takkan berlaku," luah Noah sambil mengesat air mata.
"Semuanya dah berlaku Noah. Kamu tak salah. Kamu dah bawa kereta dengan baik. Kun Fa Ya Kun Allah itu lebih hebat daripada percaturan kita sebagai umatnya. Kita kena redha dengan apa yang berlaku. Uncle tak salahkan kamu walau sikit pun. Hurin pun sama. Kita doa banyak-banyak supaya Farhan dan Zufar kembali sedar." Dato' T. Amirsyah mengukir senyum tipis.
Noah hanya menunduk sahaja. Dia masih menggigil saat terimbau peristiwa pada malam semalam. Kemunculan treler dan lori di lebuh raya itu bagaikan dirancang. Semuanya benar-benar tiba-tiba.
"Uncle dah serahkan pada polis untuk siasat kemalangan ni. Uncle tak rasa ianya kemalangan biasa sebab lebuh raya tu jarang dilalui dengan treler. Kalau lori Uncle boleh terima. Tapi ini treler," ucap Dato' T. Amirsyah.
"Abang rasa ada yang bermusuh dengan Farhan ke?" Soal Datin Aisyah. Dia juga berasa tidak tenang dengan kejadian yang berlaku.
"Kamu tahu Noah siapa yang mencurigakan di sekitar Farhan?" Soal Dato' T. Amirsyah.
"Setahu saya Farhan takde musuh Dato'. Dia tak pernah lagi gaduh dengan mana-mana syarikat."
"Abang. Saya rasa saya tahu siapa dalangnya. Tapi saya takut apa yang saya rasa tak betul. Tapi hati saya kuat katakan dia puncanya," ucap Datin Aisyah tiba-tiba.
"Siapa dia Aisyah?"
"Datin rasa Dayana ke?" Tanya Noah dengan rasa berat hati.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...