"Kau ulang semula ayat kau tadi!" Jerkah Tengku Farhan dengan marah yang cuba ditahan.
Linda dan Puan Hamidah terus menelan air liur kerana berasa takut. Wajah bengis Tengku Farhan itu sahaja membuatkan mereka tidak senang duduk.
"Kau pekak ke perempuan? Kau cakap dia kutip benih siapa? Kau sedar tak itu anak aku. Anak aku dengan dia. Anak sah taraf. Kau siapa nak nilai anak aku macam tu!" hamun Tengku Farhan.
Hurin mula berasa tidak selesa. Dia berasa agak malu apabila ada mata-mata yang memerhati. Abang Hamdan juga terkedu dengan ayat Tengku Farhan. Nampak benar Tengku Farhan sedang marah.
"Perempuan tu takde suami. Sah-sah lah dia menyundal dengan lelaki lain," balas Linda dengan berani.
"Takde suami? Kau bodoh agaknya perempuan. Kau tahu kan dia janda? Kau tahu tak maksud janda tu apa? Ke kau tak belajar dekat sekolah?" Sindir Tengku Farhan.
Hurin mula menarik lengan baju Tengku Farhan supaya berhenti. Dia takut andai Tengku Farhan menggunakan kekerasan kepada dua orang wanita itu.
"Kenapa? Kau bekas suami dia? Atau kau ni jantan yang dia goda."
Linda masih tidak mahu kalah. Dia tidak mahu dimalukan di situ. Puan Hamidah di sebelah juga mula berasa berdebar. Berdebar dengan cara pandangan Tengku Farhan kepada mereka.
"Adoi. Bodoh betul kau ni kan?! Aku dah cakap Zufar tu anak aku. Sah-sah lah aku ni bekas suami dia. Otak kau ada tertinggal dekat mana-mana ke?" Perlinya.
"Farhan. Cukuplah. Aku tak nak benda ni jadi besar," tegur Hurin.
"Kau dengar sini perempuan! Arwah Irfan buat semua ni bersebab. Apa yang termaktub dalam dokumen tu tak boleh diubah dah. Kau nak lawan dengan guna peguam lain, teruskan lah. Sebab aku akan lawan semula. Sebab semua tu dah jadi hak anak aku. Kau ganggu Hurin dengan Zufar lagi, kau akan bertembung dengan aku. Ingat tu!" Pesan Tengku Farhan dan menarik tangan Hurin untuk berlalu pergi.
Abang Hamdan terus mengeluh perlahan. Dia tahu bagaimana kerasnya hati Tengku Farhan itu melalui perwatakan yang terpapar di matanya.
"Maaf ya Makcik. Saya dah tak dapat nak buat apa. Kalau makcik masih tak berpuas hati, makcik boleh jumpa dan berbincang dengan Encik Taufik. Tolong pergi dari sini ya. Kereta anak makcik halang laluan kereta lain," ujar Abang Hamdan dan berjalan masuk ke dalam kafe.
Puan Hamidah terus mencarut. Dia berasa terbakar dengan segala yang berlaku. Linda pula mengetap giginya dengan kuat kerana berasa bengang dengan ugutan Tengku Farhan. Dia tidak akan membenarkan Hurin bahagia dengan harta milik abangnya.
🦋
"Lepaskan!" Bentak Hurin saat dirinya dibawa oleh Tengku Farhan ke sebuah kereta.
"Masuk dalam kereta!" Arah Tengku Farhan dan memegang erat tangan Hurin.
Hurin yang meronta-ronta tidak diendahkan oleh Tengku Farhan. Lelaki itu terus menolak Hurin masuk ke dalam keretanya. Selepas itu dia terus memandu pergi.
"Kau nak bawa aku pergi mana? Aku masih ada kerja dekat kafe tu!" Marah Hurin apabila melihat mereka keluar dari jalan masuk ke bandar kecil itu.
"Kau duduk je diam. Aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku tak nak ada yang ganggu kita berdua," jelas Tengku Farhan dan menekan pedal pemecut.
Hurin mula berasa berdebar. Dia risau andai Tengku Farhan menggunakan kekerasan ke atasnya lagi. Dia takut semua itu akan berulang semula.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...