Suara tangisan pecah di dalam ruangan bilik itu. Datin Aisyah dan Kak Intan sedaya upaya memujuk Hurin untuk bertenang. Dato' T. Amirsyah pula setia berdiri di sebelah katil Zufar.
Beberapa minit kemudian muncul Tengku Farhan dan yang lain. Air mata Tengku Farhan mengalir bagaikan orang gila saat matanya jatuh pada Zufar. Dia dapat melihat Zufar yang merenung ke arah Hurin yang sedang menangis teresak-esak.
Talhah segera menolak kerusi roda Tengku Farhan untuk dekat dengan katil Zufar. Saat itu, Zufar melirik ke arah Tengku Farhan yang berada di sebelah Hurin. Hurin pula masih memegang lembut tangan Zufar. Dia begitu bersyukur kerana anaknya kembali sedar.
Mereka yang lain terus keluar untuk memberi ruang pada Hurin dan Tengku Farhan bersama dengan Zufar.
"Ma...ma..." Sebut Zufar dengan nada lemah.
"Ya sayang. Mama ada dekat sini. Mama rindu sangat pada Zufar." Tangan Zufar dikucup berulang kali.
"Pa...pa..." Sebut Zufar pula dengan air mata yang mengalir.
Tengku Farhan terus tersenyum tipis. Air mata masih tidak henti mengalir. Dadanya berasa sebak saat panggilan itu tertuju untuknya.
"Ya anak papa. Papa ada dengan Zufar. Terima kasih sebab kuat untuk mama dan papa," ucap Tengku Farhan dan mengelus lembut rambut Zufar.
"Zufar rindukan mama dan papa. Zufar sakit..." luah Zufar tiba-tiba.
Hurin segera menekan butang kecemasan sekali lagi. Sewaktu Zufar sedar, doktor sudah memeriksa keadaan Zufar dan semuanya baik-baik sahaja. Tetapi sekarang Zufar meluahkan rasa sakitnya pula.
"Anak papa ni kuat kan. Papa takkan biarkan Zufar rasa sakit," ucap Tengku Farhan dan mencium lembut tangan Zufar.
Beberapa minit kemudian muncul doktor dan jururawat. Hurin dan Tengku Farhan berundur ke belakang sedikit untuk memberi ruang kepada pasukan rawatan.
Eariq terus memeriksa keadaan Zufar. Kali ini mereka memeriksa kawasan pembedahan yang berada di tubuh Zufar. Semuanya diperiksa dengan penuh teliti.
"Alhamdulillah, semuanya baik. Cuma mungkin Zufar masih rasa ngilu sebab pembedahan tu. Everything is okay. Nothing to be worry. Tubuh dia masih lemah. Tapi Puan dan Tuan jangan bimbang, saya akan tukarkan Zufar ke wad biasa," jelas Eariq dengan senyuman tipis.
Tengku Farhan dan Hurin terus melepaskan nafas lega. Mereka berdua tidak henti mengucapkan kata alhamdulillah.
🦋
Noah memandang ke arah Zufar yang baru sahaja membuka matanya daripada lena. Hurin dan Tengku Farhan pula pergi ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Hanya dirinya sahaja di bilik yang dikhaskan untuk Zufar kerana dia sudah selesai menunaikan solat Maghrib.
"Uncle okay?" Soal Zufar dan memandang ke arah tongkat di sebelah kerusi Noah.
"Uncle okay je. Zufar okay?" Soal Noah semula. Matanya sudah berkaca saat soalan itu terluah dari bibirnya.
"Saya okay. Kan papa yang selamatkan saya. Tapi kaki Uncle kenapa? Kenapa ada tongkat?" Soal Zufar dengan wajah yang muram.
"Kaki Uncle terseliuh je. Sebab tu Uncle kena ada tongkat."
"Papa pun macam Uncle ke? Tapi papa tak guna tongkat pun. Kenapa papa duduk atas kerusi bergerak tu?" Soal Zufar dan menarik nafas. Noah juga perasan dengan nafas Zufar yang terlihat pendek.
"Kaki papa kamu pun sakit sebenarnya tapi papa kamu tak suka guna tongkat. Dia lebih suka duduk atas kerusi. Tapi kamu jangan risau, papa kamu tu kan hero Zufar. Dia kuat," jelas Noah dan tersenyum tipis.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomanceDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...