BAB 33 🦋

5.2K 515 53
                                    

Zufar melempar tuala basah ke wajah Noah. Dia berasa bengang kerana Noah membebel padanya selepas dia menumpahkan air di atas lantai. Bukannya dia sengaja. Dia terlanggar sahaja.

"Saya benci dekat pakcik!!" Jerit Zufar dan mahu berlalu ke dalam biliknya.

Tetapi dirinya didukung tinggi oleh Noah. Zufar terus mencengkam rambut Noah sekuat hati. Dia tidak akan kalah dengan Noah.

"Haa...tarik puas-puas sampai rambut aku tercabut. Lepaskan semua kemarahan kau dekat rambut aku," sindir Noah dan memandang mata Zufar.

Zufar terus mengigit hidung Noah sebelum merengus kasar. Noah hanya mengetap giginya kerana menahan rasa sakit di bahagian hidungnya dan bersabar dengan sikap Zufar.

"Aku bukannya sengaja nak marah kau. Aku cuma nak tegur kau. Apa-apa pun yang kau buat, kena fikir buruk baiknya. Jangan fikir nak marah je. Lagi satu nak cakap dengan orang yang lebih berusia, kena ada santunnya. Jangan biadap. Kau tak boleh sesuka hati je nak cakap kasar dengan lelaki yang sebenarnya atuk kau," jelas Noah dan menurunkan Zufar ke bawah semula.

Zufar terus mencebik sambil menyilangkan tangan. Dia sedar tentang semua itu. Sikapnya sahaja terasa kurang ajar saat bersama dengan Dato' T. Amirsyah. Tetapi dia tidak mahu dirinya digunakan dan diejek andai dia menurut sahaja. Dia perlu tahu cara melindungi dirinya juga. Dia takut untuk mempercayai seseorang kecuali Hurin, Abang Hamdan, Kak Intan dan Haffi.

"Haa. Papa kau dah balik."

Kata-kata Noah membuatkan Zufar tersentak. Dia terus menoleh ke arah pintu masuk yang terbuka sedikit. Selepas itu muncul wajah Hurin dengan aliran air mata.

"Mama!!" Jerit Zufar dan terus berlari ke arah Hurin dan memeluk tubuh Hurin. Tangisan mula bergema saat itu.

"Mama rindukan kesayangan mama ni," luah Hurin sambil mencium lembut dahi Zufar.

"Zufar pun rindukan Mama. Mama okay?" Soal Zufar dengan usapan lembut di pipi Hurin.

"Mama okay sayang. Mari kita balik."

Tangan Zufar dipegang lembut. Tetapi kemunculan Tengku Farhan di hadapan pintu menyekat laluan Hurin.

"Ke tepi. Aku nak balik," halau Hurin.

"Tidur sini untuk satu malam. Dah lewat sangat ni. Takde grab atau teksi yang lalu area sini."

Tengku Farhan sempat memberi arahan kepada Noah untuk beredar. Noah lantas mengangguk dan berjalan pergi.

"Aku tak nak."

"Fikir juga pada Zufar. Takkan kau nak biarkan dia berjalan kaki dari sini sampai rumah kau. Pagi esok aku hantar kau dengan Zufar balik semula," jelas Tengku Farhan dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Hurin mengetap geram bibirnya. Ada sahaja cara dan sindiran Tengku Farhan untuk mematikan niatnya.

"Mama..." Panggil Zufar dengan lembut. Hurin terus menjatuhkan tubuhnya untuk menyamai ketinggian Zufar.

"Ya sayang. Kenapa?"

"Kita tidur sini satu malam ya. Mama mesti penat. Mama jangan risau. Kalau pakcik jahat tu apa-apa kan mama, Zufar akan lindungi mama," ucap Zufar dengan penuh semangat.

Hurin terdiam sebelum dia perlahan-lahan tersenyum. Anaknya itu memang pelindung buatnya.

"Kau tidur dekat bilik Zufar. Dalam rumah ni ada dua bilik je. Bilik aku dengan bilik Zufar. Jadi kau tidur dengan Zufar," terang Tengku Farhan.

"Macamlah aku ni nak tidur sebilik dengan kau," perli Hurin sebelum dia berjalan ke arah bilik bersama Zufar.

Tengku Farhan hanya terdiam sahaja di tengah ruang tamu itu. Belum sempat dia mahu berjalan ke biliknya, tiba-tiba punggungnya dipukul dengan sesuatu. Tengku Farhan terus berpusing dan melihat Zufar dengan penumbuknya.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now