BAB 8 🦋

5.2K 410 38
                                    

Tengku Farhan membangunkan Zufar dengan lembut. Dia yakin pasti kanak-kanak itu akan memarahinya lagi. Tapi apa dia boleh buat, Hurin yang tidak mahu menurut katanya.

"Oi budak. Bangunlah," kejutnya.

Zufar terus membuka mata dan memandang sekelilingnya. Matanya terus segar saat memandang ke arah Tengku Farhan di sebelahnya. Dengan laju dia turun dari katil dan bergerak ke pintu bilik.

"Bagi saya jumpa dengan mama saya! Saya nak jumpa dengan mama!" Ronta Zufar dengan hentakan kaki sekali.

"Oi. Rileks boleh tak? Nanti aku bawa kau jumpa dengan mama kau. Cuma aku nak tahu nama kau dengan nama bapa kau," tanya Tengku Farhan dan memandang ke arah Zufar.

"Pakcik tak layak nak tahu nama saya!" Bentak Zufar.

Tengku Farhan terus tergelak. Riak wajah Zufar itu sama seperti Hurin saat marah. Hatinya terhibur apabila melihat wajah si kecil itu sama dengan Hurin.

"Kau tak nak beritahu aku, aku tak nak bawa kau jumpa dengan mama kau." Tengku Farhan dengan santai berlalu ke balkoni dan merenggangkan tubuhnya.

Zufar mula menggigit bawah bibirnya. Dia mula berasa bengang dengan cara Tengku Farhan.

"Tengku Zufar."

Suara Zufar yang berbunyi membuatkan Tengku Farhan tersenyum. Hanya pangkat Tengku itu sahaja sudah membuktikan bahawa budak itu adalah anaknya.

"Nama bapa kau?" Soal Tengku Farhan dan masuk semula ke bilik dengan tangan yang bersilang.

"Abdullah."

Tengku Farhan terus ternganga sedikit kerana tidak menyangka bahawa Hurin tidak mendaftar namanya pada nama Zufar.

"Kau tahu tak nama aku siapa?" Soal Tengku Farhan dan merendahkan badannya selaras dengan ketinggian Zufar.

"Pakcik jahat!" Tutur Zufar dan merengus kasar.

"Nama aku Tengku Farhan Hudzaifah. Kau rasa aku ni siapa pada kau yang juga gunakan nama Tengku dekat depan?" Soal Tengku Farhan dan tersenyum tipis.

"Bapa saya dah mati. Dia dah takde dekat dunia ni. Pakcik bukan ayah saya. Saya benci dengan pakcik!" Marah Zufar. Dia tidak mahu lelaki itu menjadi ayahnya.

"Hmm. Tapi nak buat macam mana kan? Darah yang mengalir dalam tubuh kau adalah darah aku. Dan aku akan kahwin semula dengan mama kau," ujar Tengku Farhan.

"Mama dah kahwin dengan Papa Irfan. Pakcik tak boleh kahwin dengan mama lagi," ucap Zufar dengan nada ketar.

Wajah Tengku Farhan yang masih dengan senyuman terus mati. Kata-kata Zufar seolah menampar wajahnya sendiri. Dia tidak sangka perkara itu adalah benar.

"Sejak bila mama kau kahwin dengan orang tu?" Soalnya dan memakai jam tangan.

"Tahun lepas mama kahwin dengan Papa Irfan. Jadi pakcik bukan ayah saya dan saya takkan tinggalkan mama saya. Mama saya dah cukup derita selama ni!" Jelas Zufar.

"Derita? Bukan mama kau happy ke sebab dapat kahwin dengan Papa Irfan kau?" Sindir Tengku Farhan.

"Mama pernah cekik leher saya..." Luah Zufar dan menunduk ke arah lantai.

Tengku Farhan terus menoleh ke arah Zufar dengan pandangan yang tidak percaya. Dia terus berjalan dan memegang bahu Zufar. Sebuah kenyataan yang cukup menghiris hatinya.

"Apa kau cakap? Mama kau cekik leher kau?" Soalnya dengan nada ketar.

"Mama selalu menangis malam-malam. Bila saya pujuk mama akan marahkan saya. Lepastu mama akan cekik saya," jelas Zufar dan menitiskan air mata.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now