BAB 11 🦋

3.5K 308 33
                                    

Hurin mengelus lembut pipi Zufar. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Tetapi dia masih tidak merasa kantuknya. Mesej yang dia terima daripada Irfan juga menambahkan rasa debar.

Bunyi pintu yang diketuk mengejutkan Hurin yang sedang mengelamun. Dengan segera dia berjalan ke pintu bilik. Dia berharap supaya orang di luar itu adalah Irfan. Dia hanya mahu lari daripada Tengku Farhan.

Saat pintu dibuka, riak wajahnya terus berubah tegang. Dengan laju Hurin cuba untuk menutup semula pintu tersebut tetapi ditendang kuat oleh Tengku Farhan sehingga membuatkan Hurin jatuh terduduk.

"Kau harap orang lain ke yang muncul?" Soal Tengku Farhan dengan nada sinis dan berjalan masuk sebelum menutup pintu bilik itu.

Hurin mula berdebar. Dengan segera dia mengundur sebelum cuba untuk bangun. Tetapi rambutnya dicengkam kuat oleh Tengku Farhan sehingga membuatkan Hurin jatuh semula ke atas lantai.

"Lepaskan rambut aku!" Bentak Hurin dan memandang tajam ke arah Tengku Farhan.

"Kau tunggu Irfan datang ambil kau kan?" Soalan Tengku Farhan membuatkan Hurin berdebar. Dia tidak tahu bagaimana Tengku Farhan boleh tahu tentang semua itu.

"Aku nak kau jujur dengan aku Hurin. Irfan tu suami kau atau bukan?" Soal Tengku Farhan dan menarik rambut Hurin supaya diangkat wajah itu untuk memandangnya.

Air mata mula bergenang di tubir mata Hurin. Dia takut. Dia takut dengan semua itu.

"Jawab Hurin Nisreena!!" Jerkah Tengku Farhan dengan agak kuat. Dia sudah tidak kisah jika Zufar tersedar.

"Ya. Dia suami aku..." Jawab Hurin dan mengalirkan air matanya.

Tengku Farhan terus mengetap kuat giginya tanda marah. Tubuh Hurin terus dipaksa untuk bangun. Hurin mula berasa takut saat tangannya diheret untuk keluar dari bilik itu.

Keluar sahaja dari bilik itu, tubuh Hurin terus ditolak ke arah dinding. Belum sempat Hurin melarikan diri bibirnya terus dipagut kasar oleh Tengku Farhan. Saat itu Hurin terus meronta supaya dilepaskan oleh Tengku Farhan. Tetapi kekuatan lelaki itu dua kali ganda daripadanya.

Selepas puas, Tengku Farhan terus tersenyum sinis dan memandang ke arah kanan laluan itu. Hurin terus menoleh ke kanan dan air matanya mengalir semula saat melihat Irfan di situ.

Irfan terus berjalan ke arah Tengku Farhan dan menghadiahkan sebuah tumbukan padu ke wajah lelaki itu sehingga Tengku Farhan terjatuh di atas lantai.

Hurin mula berasa ketakutan. Dia tidak mahu ada pergaduhan di situ. Tambah pula mereka berada di negara orang.

"Kau memang sial Farhan! Apa lagi yang kau nak daripada dia!" Tengking Irfan dan mencekak leher baju Farhan sebelum menghadiahkan sebuah lagi penumbuk ke wajah itu.

Hurin segera menarik tubuh Irfan supaya berhenti. Tambah pula Tengku Farhan hanya merelakan sahaja. Perkara itu juga membuatkan dia berasa geram.

"Kau dengar sini Farhan. Aku tahu kau sentuh dia lagi, nahas! Aku akan humban kau dalam penjara," ugut Irfan dengan dada yang berombak naik turun kerana marah.

"Kau takde hak dekat dia Irfan. Dia bukan isteri kau," tutur Tengku Farhan dengan senyuman sinis.

Hurin mula berdebar. Kenapa Tengku Farhan berkata sedemikian sedangkan dia sudah memberitahu bahawa dirinya sudah menjadi isteri kepada Irfan?

"Aku dah kahwin dengan dia sejak tahun lepas. Kau yang takde hak dekat dia sekarang Farhan," balas Irfan.

"Kau yakin? Maksudnya bini kau ni nusyuz lah dengan kau. Dia dah layan aku semalam."

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now