BAB 3 🦋

5.6K 417 19
                                    

Tengku Farhan menumbuk kasar ke arah belah kiri katil yang kosong itu. Bunyi alarm telefonnya membingitkan telinganya. Dia terus mengangkat panggilan telefon itu.

"Benda kau call aku pagi-pagi ni?" Soalnya sedikit kasar.

"Kau baru bangun ke bro? Kau lupa ke harini kau kena pergi jumpa Tan Sri Johan?" Balas Noah dengan nada pelik.

Tengku Farhan jauhkan telefon dari telinganya dan memandang jam di telefonnya. Dia terus mendengus kasar sebelum mencampak telefonnya ke atas katil dan berlalu ke bilik air.

Selesai membersihkan diri, dia terus bersiap ala kadar tanpa mengemaskan rambutnya. Meeting bersama Tan Sri Johan itu pula masih berbaki 15 minit sebelum bermula. Dan dia perlu sampai di The. Cruise secepat yang mungkin.

Sampai di sana, matanya terus jatuh pada satu susuk tubuh tinggi yang baru melangkah masuk ke dalam lobi. Mulutnya terus memaki halus sebelum dia turun daripada motornya.

Pintu lif yang hampir terkatup sempat ditahan olehnya. Empat mata mula bertembung dalam keadaan kekok pada awalnya dan berubah menjadi tegang.

"Lama aku tak jumpa kau," tegur Irfan dan tersenyum sinis.

"Takde sebab untuk kau jumpa dengan aku. Dan aku sebaliknya," balas Tengku Farhan dengan dingin.

"Mungkin itu dulu. Sekarang tak lagi." Irfan terus keluar di tingkat 10.

Tengku Farhan terus mengetap kuat rahangnya kerana berasa bengang. Dasar lelaki tak guna. Cemuhnya di dalam hati.

Selesai mesyuaratnya bersama Tan Sri Johan, Tengku Farhan terus beredar dari The. Cruise itu. Dia tidak mahu memandang wajah lelaki tak guna itu. Dendamnya yang dahulu masih tidak terbalas sehabisnya.

Pada esok hari, dia akan menaiki cruise ke Singapura. Semuanya akan diuruskan oleh Tan Sri Johan. Dirinya hanya perlu bersedia tenaga sahaja untuk memasak makanan untuk makan malam. Mujurlah hanya malam sahaja yang diminta oleh Tan Sri Johan. Dapatlah dia berehat pada siang hari.

Sampai di Hotel Andalusia, dia terus meletakkan motosikalnya di ruang yang sememangnya sudah dikhaskan untuk dia. Mesej yang dia terima daripada Datin Aisyah membuatkan dia berasa sedikit bengang.

Kaki laju dibawa ke dalam lif. Beberapa pekerja hotel di dalam lif itu hanya mendiamkan diri. Masing-masing duduk di belakang lif seolah menjauhkan diri daripada Tengku Farhan. Selepas Tengku Farhan keluar, barulah mereka semua dapat bernafas.

"Aku takut betul kalau terserempak dengan Tengku," luah pekerja wanita itu.

"Itu kau. Budak-budak dapur semua kena anxiety tiap kali Tengku masuk dapur. Nak tak nak dia orang kena hadap juga," balas rakannya pula.

"Tengku tu memang dingin macam tu ke? Aku pernah tengok dia mengamuk dekat dapur bulan lepas. Boleh tahan dahsyat budak dapur kena bebel."

"Setahu aku lepas dia cerai 5 tahun lepas, dia berubah jadi dingin."

"Eh. Dia pernah kahwin ke?" Nyata pekerja wanita itu terkejut.

"Aku lupa kau baru kerja awal tahun haritu. Kalau kau nak tahu Tengku Farhan tu duda. Takde anak pun. Kebanyakkan pengunjung hotel ni semua nak try Tengku. Tapi kau tengok lah sendiri dingin dia macam mana. Risau kena kokak dekat leher je terus tak bernyawa," jelasnya dengan gaya sekali.

"Oh. Baru aku tahu. Bekas isteri dia sekarang dekat mana? Orang terkemuka juga ke?"

"Bekas isteri dia, aku tak tahu pula. Dengar kata hilang macam tu je. Tapi dia bukan orang terkemuka lah. Budak kampung je," ujarnya dengan nada sindiran.

"Ohh...tak sekufu lah tu. Sebab tu boleh cerai. Tapi dengan ura-ura. Datin Aisyah nak kahwinkan Tengku Farhan dengan Cik Dayana," ucapnya dengan senyum lebar.

"Cik Dayana anak Dato' Azlan tu ke? Kalau ya. Sepadan sangat dah."

"Aah. Ada yang cakap harini Cik Dayana datang ke hotel ni sebab nak jumpa dengan Tengku. Mungkin sebab tu Tengku bergegas tadi."

"Harap bersatu lah ya. Biar dingin Tengku tu berkurang sebab Cik Dayana."

Mereka berdua terus ketawa dan bergerak ke bahagian mereka. Masing-masing tidak sabar untuk mendengar berita gembira antara Dayana dan Tengku Farhan.

🦋

Dayana mengemaskan sedikit tudung bawalnya. Dia berasa cukup berdebar untuk makan malam bersama dengan Tengku Farhan. Kata Datin Aisyah jangan sesekali bangkitkan hal yang lepas. Dia juga harus berdiam diri tentang semua itu.

Tengku Farhan yang baru tiba terus mengambil tempat di hadapan Dayana. Wajah ketat sememangnya menjadi penyeri di wajahnya.

"Awak baru habis syif ke Farhan?" Soal Dayana dengan lembut.

"Aah. Dah order ke?" Tengku Farhan terus memanggil seorang pelayan.

"Belum lagi. Saya tunggu awak."

Tengku Farhan hanya mengangguk dan menempah beberapa makanan buat dia dan Dayana. Dayana hanya bersetuju sahaja kerana dia yakin semua masakan itu adalah daripada air tangan Tengku Farhan juga.

"Dah habis belajar ke?" Tanya Tengku Farhan dengan serius.

"Dah. Saya balik sini pun sebab dah selesai belajar. Tak sangka kan kejap je 5 tahun berlalu," ucap Dayana tanpa sedar.

Selepas dia mendengar keluhan daripada Tengku Farhan, Dayana terus menutup mulutnya rapat. Dia sudah terlepas cakap tentang perkara itu.

"Jadi kenapa kau beria sangat nak jumpa aku? Aku rasa kita berdua ni takde apa-apa hubungan."

Pertanyaan Tengku Farhan membuatkan hati Dayana terhiris sedikit. Dia hanya meletakkan harapan palsu buat Tengku Farhan.

"Perasaan saya masih sama macam dulu, Farhan. Awak tetap lelaki yang saya suka dan sayang," luahnya dengan berani.

Belum sempat Tengku Farhan membalas, muncul pelayan dengan makanan yang ditempah oleh Tengku Farhan sebentar tadi.

Mereka berdua hanya diam saat melihat makanan diletak di atas meja. Setelah pelayan itu berlalu pergi, barulah Tengku Farhan memandang ke arah Dayana.

"Dayana. Kau lupa ke kisah 5 tahun lepas?" Soal Tengku Farhan.

Dayana terus terdiam. Dia langsung menunduk ke bawah. Dadanya mula berdebar.

"Aku tak kisah siapa pun yang minat atau suka pada aku sekarang. Sebab aku masih tetap nak ambil semula hak aku 5 tahun lepas." Tekan Tengku Farhan.

"Dah 5 tahun, Farhan. Dia menghilang lepas bercerai dengan awak. Awak yakin ke yang dia masih tak berpunya?"

"Dia isteri orang sekalipun, aku akan rampas semula dia. Sebab dia hak aku. Bukan orang lain. Come on Dayana. Aku ni gila. Kau nak ke jadi macam dia 5 tahun lepas? Sanggup?" Duga Tengku Farhan dengan senyuman sinis.

Dayana terus menelan air liur. Dia tahu semua yang pernah berlaku. Segalanya sudah diceritakan oleh Datin Aisyah padanya. Malah dia sendiri yang membantu Datin Aisyah dalam menjayakan semua itu. Hanya Tengku Farhan sahaja yang masih tidak mengetahuinya.

"So sekarang aku tak tahu nak cakap apa dekat kau. Hati kau jadi kau sendiri yang settlekan. Aku takkan kahwin dengan perempuan lain kecuali dia. Jemputlah makan semua ni. My treats. Jumpa di lain masa ya," ucap Tengku Farhan dan terus berlalu pergi.

Dayana terus menghentak meja dengan kuat. Dia berasa cukup marah dengan ayat Tengku Farhan. Pelbagai cara sudah dia lakukan untuk menghancurkan rumah tangga Tengku Farhan, tetapi lelaki itu tetap mahukan wanita itu.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now