Hurin menitiskan air mata sekali lagi selepas melihat keadaan Zufar di atas katil. Dirinya hancur apabila melihat banyak wayar yang disambung ke tubuh kecil itu. Dia tidak rela untuk melihat anaknya berada dalam keadaan seperti itu.
"Assalamualaikum anak mama. Mama datang lagi ni jumpa Zufar. Bila sayang nak bangun? Mama rindukan sayang sangat-sangat. Dah seminggu anak mama ni tidur. Zufar tak nak main dengan mama ke? Papa dengan Uncle Noah pun tunggu Zufar bangun untuk main sama-sama," ucap Hurin dan mencium lembut tangan yang semakin susut itu.
Dia dapat melihat pernafasan Zufar yang terlihat sedikit sukar. Air matanya tidak berhenti mengalir apabila melihat darah dagingnya berjuang seperti itu sendirian.
"Zufar nak tahu tak papa Zufar sanggup bahayakan nyawa dia sebab nak lindungi Zufar. Zufar pernah cakap kan dekat mama yang Zufar nak sangat papa Zufar muncul waktu Zufar dalam bahaya. Dan papa Zufar dah buktikan semua tu. Papa dah jadi hero buat Zufar. Kita maafkan papa ya. Kita beri dia peluang sekali lagi. Mama cuma minta Zufar bangun sahaja sekarang. Mama nak dengar suara anak mama," lirih Hurin dan mengenggam kemas tangan kecil itu.
Di luar bilik itu Tengku Farhan hanya mengalirkan air mata. Dia dapat melihat Hurin yang menangis bersungguh-sungguh di sebelah katil Zufar.
Mujurlah keadaannya tidak memburuk. Dia hanya kepenatan selepas menderma darah buat anaknya itu. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri untuk memberi kebahagiaan buat anaknya. Jadi dia tidak akan menyerah kalah dengan mudah.
🦋
Noah duduk di sebuah bangku dengan keluhan berat. Dia baru sahaja kembali ke hospital selepas menemani Dato' T. Amirsyah di balai polis. Walaupun dirinya ditegah untuk menemani Dato' T. Amirsyah, dia tetap mahu membantu. Hanya dengan cara itu sahaja dia akan berasa tenang selepas apa yang berlaku.
"Noah!" Jerit satu suara dari arah belakang.
Noah terus berpusing dan melihat Talhah yang berlari laju ke arahnya. Dia agak terkejut dengan kehadiran Talhah di situ.
"Kau buat apa dekat sini?"
"Aku baru sampai Malaysia malam semalam lepastu mommy aku cakap yang kau, Farhan dengan anak dia kemalangan. Jadi aku ke sini terus lah harini. Kau okay tak? Tongkat ni untuk apa?" Soal Talhah apabila melihat ada tongkat di sebelah Noah.
"Kaki aku ada luka sikit. Sebab tu ada tongkat," jawab Noah dengan senyum tipis.
"Kau ni biar betul. Takkan sebab luka sikit dah kena pakai tongkat. Kaki kau patah ke? Jujur dengan Noah. Jangan buat aku tak tahu benda sebenar. Kata sahabat."
"Kaki aku tak patah. Cuma terseliuh sikit waktu jatuh dalam gaung tu. Jangan risau. Aku jujur dah ni," ucap Noah dengan bersungguh.
"Ya Allah. Kau hampir buat jantung aku berhenti. Farhan dengan anak dia macam mana pula?" Soal Talhah.
"Keadaan Farhan dah okay sekarang cuma anak dia je yang masih dalam ICU. Masih tak sedarkan diri," jelas Noah dan tiba-tiba teringat pada Zufar. Rindunya dia pada kacang buncis itu.
"Ya Allah. Macam mana kemalangan ni boleh berlaku? Setahu aku, kau bukannya sejenis yang bawa laju." Talhah memandang ke arah Noah di sebelahnya. Jujur dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
"Waktu tu kita orang dah nak balik ke rumah Hurin. Dan tiba-tiba je muncul sebuah treler ni dan langgar bahagian tepi kereta belah Farhan dengan anak dia. Aku dah cuba kawal sehabis mungkin tapi tiba-tiba ada sebuah lagi lori langgar belakang kereta dan terus masuk dalam gaung. Badan anak Farhan tertusuk dengan besi. Sebab tu dia masih dalam koma," jelas Noah dengan keluhan berat.
YOU ARE READING
HAK MILIK TENGKU
RomansaDua takdir yang tidak pernah terjangkau akan berlaku. Dua hati yang tidak pernah bertemu lama lalu jatuh cinta. Dia, seorang tukang masak terkenal dan merupakan anak lelaki tunggal daripada Dato' T. Amirsyah dan Datin Aisyah. Perwatakan yang cukup...