BAB 30 🦋

5.4K 501 35
                                    

Hurin memerhati ruang bilik hotel yang mereka masuk itu. Keluasannya sahaja seolah sebuah rumah. Dadanya sudah berdebar saat itu. Tengku Farhan pula sudah masuk ke dalam sebuah bilik di belah kiri.

"Bilik kau dekat sebelah kanan tu," tutur Tengku Farhan dan menunding ke arah pintu belah kanan.

"Kita duduk sebilik?" Soal Hurin dengan wajah tak percaya.

"Eh. Kau nak duduk sebilik ke? Aku okay je." Laju sahaja Tengku Farhan menarik bagasinya keluar.

"Ish. Maksud aku sekarang ni kita dah dalam bilik hotel kan? Jadi kenapa kena duduk dekat bilik lagi satu tu?" Bebel Hurin.

"Aduh kau ni. Ini dinamakan penthouse. Macam rumah juga. Sebab tu ada bilik. Kau nak sebilik dengan aku kan tadi?" Tengku Farhan mula berjalan ke arah Hurin.

"Jangan mimpi. Kau masuk bilik aku, aku patahkan tulang badan kau," ugut Hurin dan terus berlari masuk ke dalam bilik belah kanan itu.

Tengku Farhan hanya tersenyum tipis. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar dan mengangkat panggilan itu.

Hurin duduk di atas katil sambil memerhati sekeliling bilik yang dilengkapi dengan pelbagai jenis almari. Semuanya terukir kemas coraknya. Kakinya dibawa ke arah balkoni bilik. Saat itu, angin sepoi-sepoi menampar lembut pipinya. Entah kenapa dia terasa damai.

Ketukan di pintu bilik mematikan kedamaian di dalam hati. Dengan rasa sebal, Hurin terus bergerak ke arah pintu. Wajah serius Tengku Farhan dibalas dengan riak wajah serius daripadanya juga.

"Nak apa?"

"Kau takde baju kan? Jom pergi shopping. Malam ni aku ada dinner dengan sebuah syarikat ni. Aku nak kau ikut aku," ucap Tengku Farhan.

"Aku taknak. Aku nak berehat," tolak Hurin dan mahu menutup pintu bilik.

Tetapi seperti biasa, Tengku Farhan akan menahannya laju. Hurin terus merentuh kasar.

"Apa lagi!"

"Kau kena ikut aku juga. Takkan kau nak pakai baju ni sampai hari Ahad? Tak berbau ke nanti? Dah jom pergi."

Tanpa membuang masa, tangan Hurin terus ditarik oleh Tengku Farhan. Hurin terus mengeluh kasar. Nak rehat pun tak boleh.

🦋

Di dalam shopping mall itu, Hurin berjalan agak jauh daripada Tengku Farhan. Dia tidak suka berjalan bersama dengan lelaki itu. Matanya mula meliar ke arah beberapa deretan kedai termuka di mall itu.

"Hurin!" Panggil Tengku Farhan dan menyentak lamunan Hurin. Dengan wajah ketat Hurin menayangkan kepada Tengku Farhan.

"Kau takde tu lagi kan?" Soal Tengku Farhan dan menunding ke arah sebuah kedai pakaian dalam.

Pipi Hurin terus berubah merah. Dia agak terkejut apabila Tengku Farhan berjalan masuk ke dalam kedai itu.

"Kau nak buat apa huh?!" Marah Hurin dan cuba menarik lengan Tengku Farhan supaya bergerak keluar.

Tengku Farhan hanya membiarkan sahaja tubuhnya ditarik oleh Hurin ke luar kedai itu. Pekerja Thailand yang berada di dalam kedai itu hanya tersenyum melihat mereka berdua.

"Kenapa? Aku nak beli yang baru untuk kau." Tengku Farhan memandang serius ke wajah Hurin.

"Aku boleh beli sendiri. Kau tak payah nak sibuk tentang privasi aku!" Tekan Hurin.

"Kau duduk sini diam-diam." Hurin terus berlalu masuk ke dalam kedai itu semula.

Tengku Farhan hanya memerhati dari jauh sahaja bagaimana Hurin bercakap dengan pekerja di kedai itu. Dia mahu melihat bagaimana cara Hurin membeli semua itu tanpa bantuan dia.

HAK MILIK TENGKUWhere stories live. Discover now