2

87 5 0
                                    

   SONG FOR THIS PART: ETHEREAL BY TXMY

    SUASANA di cafe University of Melbourne tiba-tiba menjadi memfokuskan pandangan ke arah seorang lelaki yang melangkah masuk ke dalam kafe itu.

Sebaik sahaja mendapatkan pesanan, lelaki itu terus melangkah keluar. Baru suasana kafe itu kembali seperti sediakala.

"Weh. Weh! Kau nampak tak tadi?!" Irene memukul bahu Hazel. Hampir tersedak dia dibuatnya.

"Apa benda kau ni? Aku nak makan lah" balasnya tidak puas hati.

"Alah kau ni. Lelaki yang kau langgar tadi lah. Kau kenal tak dia tu siapa?"

"Tak." Selamba dia berkata. Lantaklah. Malas dia nak ambil tahu. Lagipun dia dah minta maaf kan?

"Ish kau ni! Dia tu anak lelaki sulung Avellino tau. Keluarga yang paling kaya kat sini. Karang di orang saman kau. Baru tau."

"Saman sebab apa? Sebab langgar dia?" Hazel mencebik bibir.

"Biarlah. Yang penting, aku dah minta maaf," bidas Hazel.

Irene mengeluh perlahan. Sudah banyak mukadimah yang dipesan kepada Hazel semasa di dalam kelas tadi. Hazel? Biasalah. Lagi orang tegur, lagi dia nak buat. Lagi terus, Hazel lagi sakan mengutuk lelaki itu. Menunjukkan yang dia benar-benar tidak berpuas hati dengan sikap sombong dan dingin yang ditunjukkan oleh lelaki itu.

Lantak kaulah hazel-nut. Kalau jadi apa-apa nanti baru tahu.

"Bila kau nak siap? Aku penatlah. Nak balik. Mandi lepastu nak keluar dating dengan Kyle."

Hazel terus menjulingkan mata ke atas. Amboi, sejak ada buah hati ni, memang jarang Irene berada di rumah. Kadang sehingga tengah malam baru gadis itu pulang ke rumah.

"Dating ajelah kau tahu," tukas Hazel selamba.

"Biarlah. Salah ke nak dating dengan boyfriend sendiri?" Irene menjongket kening. Taulah awak tu single.

"Ya. Aku tau kau ada boyfriend. Tapi masalahnya, jangan sampai kau lalai dengan hal yang lain. Kau tahu kan yang ki..."

"Ya ustazah. Saya mengerti. Sudahlah. Aku penat nak dengar ceramah kau. Aku tau lah. Dah sepuluh kali kau cakap tau!" Irene menjeling tajam ke arahnya. Sepuluh kali dia cakap pasal Kyle sepuluh kali tu jugak lah kau nak ceramah benda yang sama.

"Aku ingatkan aje. Aku tak nak kau terlalu ikut budaya yang ada disini."

"Kau pergilah balik dulu nanti aku dengan Aurora nak berlatih di tasik lepasni."

"S.R.S la?"

"Hmm."

"Siyes?"

"Ish kau ni aku tepuk kang! Aku nak makanlah!" marah Hazel. Nak balik tu pi jelah. Banyak pula bunyi!

"Okay see you cinta."

Dia menggeleng kepala melayan.

------

Theo patut berjaga-jaga dari awal tadi. Ketika dia sedang giat melukis di tepi tasik, suasana bertukar mendung bagaikan mahu hujan. Dan ketika dia ingin meneruskan kegiatannya, ketika itulah hujan mula turun.

Malang tak berbau, Lukisan yang hampir saja disiapkan tadi turut terkena tempiasnya. Nasib tidak begitu teruk. Segera dia mengemas alatan melukisnya lalu dia berlari untuk mencari tempat berteduh.

Theo sendiri mencari tempat terdekat untuk berteduh, Mika pula hilang entah ke mana.

"Urgh bad day again!" bebel Theo sambil menggosok sisa air hujan yang membasahi jaket kulitnya. Wajah berkerut tidak puas hati.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now