SUASANA hening di pagi itu, ahli surau dan para tetamu sudah beransur pulang. Namun, Hazel masih duduk statik di hadapan kuburan abah yang ditempatkan bersebelahan dengan uminya.
Tanah yang masih merah itu digenggam.
"Terima kasih untuk segala yang umi dan abah pernah korbankan untuk Hazel. Hazel sayangkan umi dan abah sampai bila-bila. Kita jumpa di syurga ya?" bisiknya perlahan. Matanya memandang ke arah langit yang
kian mendung. Tak lama selepas itu, butiran hujan mula jatuh menimpa dirinya."Irene, mari balik dulu? Kita boleh adakan majlis bacaan yassin untuk arwah," kata Irene yang berada di sebelahnya.
Rintik-rintik hujan mula membasahi bumi dan ketika itu, Hazel hanya akur. Dia sendiri sudah tidak mampu untuk melihat apa yang dihadapannya lagi.
"Nanti Hazel datang melawat umi dan abah. Hazel janji. Setiap doa yang Hazel langitkan, akan ada nama umi dah abah." Sebak Hazel bersuara. Dia membiarkan sahaja Nufail dan Irene membantunya bangun.
Keluar sahaja dari tanah perkuburan, mereka terus menuju ke rumah ibubapa Irene. Dia perlu tinggal disitu dalam masa tiga hari lagi sebelum dia berjumpa dengan peguam keluarganya.
hazel memandang ke luar jendela, di mana senja mula melabuhkan tirainya. Bayang-bayang lembut mula muncul di dinding.
Selesai sahaja pengebumian Encik Hilman pada pukul 8:00 pagi tadi, Hazel pulang ke rumah ibubapa Irene.
Sementara itu, deruan angin menampar lembut wajahnya. Hazel duduk bersendirian memeluk lutut di sudut dinding. Dia termenung jauh. Sejak Encik Hilman disahkan meninggal dunia semalam, setitik air mata pun tidak ia keluarkan. Malah gadis itu hanya mendiamkan diri dan memberi pandangan kosong kepada orang-orang.
Dia langsung tak ambil peduli tentang tetamu-tetamu yang hadir untuk majlis bacaan yasin untuk arwah umi dan abahnya. Yang ada, hanya termenung dan mengelamun sendiri.
"Awak...saya dah tak sanggup tengok dia macamtu," tutur Irene. Mata dialihkan kepada Nufail yang berada di sebelahnya.
Irene buntu. Dia sendiri sudah hilang akal bagaimana untuk menyembuhkan hati sahabatnya itu.
Gadis itu hanya diam. Langsung tidak mengeluarkan suara, menangis apatah lagi.
"Just let her be. She just lost someone she loved. We should gave her some time to heal," jawab Nufail.
"Saya takut. Macam mana kalau dia buat benda yang bukan-bukan? Ian...saya"
"Tak ada guna kalau kau duduk dekat sini, bersedih dengan apa yang jadi dekat dia. Benda tu takkan mengubah apa-apa pun. Sekarang, kita perlu beri sokongan penuh pada dia, bukan terus berfikiran negatif macam ni," pesan Nufail.
Irene mengangguk perlahan. Seraya kedua-duanya melangkah menuju ke arah Hazel. Irene duduk melutut di hadapannya. Kedua belah bahu gadis itu dipegang. Wajah yang tak mempunyai sebarang emosi itu dipandang hiba.
"Hazel? Kenapa kau duduk sorang-sorang ni?"
Sepi.
"Kenapa kau tak lepaskan kesedihan kau? Menangislah Hazel. Lepaskan semua yang kau rasa selama ni. Jangan pendam benda tu sorang-sorang."
"Ak..Aku tak layak menangis." Perlahan Hazel bersuara.
"Aku hanya mampu tengok orang yang aku sayang tinggalkan aku satu persatu. Aku bodoh Irene. Aku bodoh," sambungnya lagi.
Irene terkedu seketika.
Nufail menggeleng perlahan. Dia perlu lakukan sesuatu. Dia tak mahu gadis itu lemah seperti ini lagi.
"Kita memang berpegang dengan ayat Man Jadda Wajadda,tapi kita kena terima ayat Kun Faya Kun. Jika Allah berkehendak, maka jadilah ia."
"Kita bukan tuhan yang boleh tentukan hidup mati seseorang. Kau ingat kau ada hak nak halang semua benda ni terjadi?"
Semua ini adalah qada' dan qadar Allah. Jika bukan dengan cara ini sekalipun, Allah tetap akan mengambil nyawa mereka dengan cara lain. Kematian itu pasti.
"Cry as many as you want Hazel. We are not meant to drown in our emotions" kata Nufail lagi.
Mata Hazel mulai merah. Dia merenung ke arah Nufail. Sesaat, air matanya mula menitis. Dia menangis.
Ibu jari lembut Irene turun menyeka air mata di pipi Hazel.
"Shh,it's okay. Just let your emotions. Menangis tak membuatkan kau lemah," pujuk Irene lembut. Sebelah tangannya turut menggenggam erat tangan Hazel yang sedang mengigil hebat.
Cold.
"Come." Irene menarik Hazel ke dalam dakapannya. Sebaik sahaja wajah Hazel tersembam di bahunya, tangisan Hazel terus pecah. Terhinjut-hinjut bahu Hazel menangis dalam dakapan Hazel. Tangisan beratnya cukup sayu.
"Hati aku hancur.. diorang tinggalkan aku dengan kenyataan yang paling sakit untuk terima Irene.." luahnya perlahan.
Irene terpaku.
"Apa maksud kau?"
Hazel terus menangis teresak-esak. Tubuhnya mengigil hebat seperti merasa sukar untuk mengungkapkan hal yang sebenar. Sakitnya kebenaran itu... Seolah-olah menghancurkan dirinya dari dalam.
Hazel menarik nafas panjang, cuba untuk mencari kekuatan.
"Aku silap Irene. Selama 23 tahun aku hidup, aku tak pernah terfikir yang aku sebenarnya...."
"Anak angkat."
Hazel menekup wajah, air matanya mengalir tanpa henti membasahi pipi.
Dadanya mula dihimpit rasa kecewa tak terkata."Kenapa mereka sanggup rahsiakan hal ni dari aku? Apa dosa aku sampai aku perlu lalui semua ni?"
Sungguh dia merasa terkilan. Ditinggalkan tanpa apa-apa penjelasan. Malah gadis itu sendiri tidak mengetahui asal usulnya sendiri.
Irene menghela nafas panjang, manakala Nufail hanya kekal berdiam diri. Masing-masing memandang ke arah gadis itu dengan sayu.
"Mungkin sebab mereka terlalu sayangkan kau Hazel," kata Irene perlahan. Tangan Hazel digenggam lembut.
"Mungkin sejak pertama kali kau hadir dalam hidup mereka, mereka dah anggap kau macam darah daging mereka sendiri."
"Kalau betul mereka sayangkan aku, kenapa mereka tak berterus terang? Kenapa tunggu sampai mereka pergi baru aku tahu perkara yang sebenar?"
Hazel memandang ke arah wajah sahabatnya itu, air matanya mengalir tanpa henti. Rasa terkilan mula memenuhi hati. Bagaikan tusukan pedang yang tak mampu ditarik keluar.
"Hazel, maafkan aku. Ak..aku tak tahu yang kau-"
Hazel menggeleng perlahan, bibirnya mengikut senyum paksa.
"Aku janji, aku akan cuba untuk redha. But just gave me some time to accept all of this.. it's hurt. Very hurt"
"Tapi... Walau apapun yang terjadi, mereka tetap syurga aku. Syurga aku sampai aku hembuskan nafas terakhir." Bisiknya perlahan.