24

32 2 0
                                    

 

   PAGI-PAGI lagi Hazel sudah berada di luar rumah kampung tersebut. Dia keluar untuk mengambil udara segar.
Dia sukakan udara di sini berbanding di bandar.

Terngiang-ngiang lagi peristiwa semalam. Hendak memberitahu Nufail dia tak mahu lelaki itu diapa-apakan. Cukuplah Hunter pernah menyerang Theo dahulu.

Dia takut.

Sedang dia mengelamun, tiba-tiba Hazel disergah dari belakang.

"Bha!!" Nak terlompat Hazel mendengar jerkahan tersebut.

Nufail tayang senyum kepada Hazel. Dari dalam rumah lagi dia melihat gadis itu sedang mengelamun melihat permandangan sekeliling.

Rambutnya yang kusut itu dikemaskan sebelum dia memasukkan tangan ke dalam poket. Masih memandang ke arah Hazel dengan senyum senget.

"Ish, awak ni..terkejut saya tau!" Hazel mengetap bibirnya. Masih terasa detak jantung yang tidak stabil.

"Asyik termenung je sampai aku datang pun tak perasan, tengah fikir pasal apa?"

"Tak ada apa-apalah." Hazel menggeleng dan cuba untuk tersenyum. Ingin menutupi kegelisahan di dalam hati.

Nufail mengerutkan dahi, memandang gadis itu seolah-olah dia dapat membaca keresahan di matanya.

"Kau tahu kan yang kau tak boleh tipu aku. Aku kenal kau dah bertahun Hazel. Bukan sehari dua."

Hazel memandang Nufail seketika, masih merasa ragu untuk bercerita
dan akhirnya dia menghela nafas perlahan.

"Saya okaylah, ni awak ada nampak Irene tak? Saya bangun tadi tengok dia dah tak ada," Hazel cuba mengubah topik.

"Sudah-sudahlah mengumpat di pagi yang indah ini," suara seseorang menyentakkan mereka berdua.
Pantas mereka berpaling ke arah orang itu.

"Asal kau?" Tanya Nufail apabila melihat wajah Irene berkerut melihatnya.

"Wah, tak sangka awak morning person ya. Saya ingatkan awak jenis tidur sampai matahari tegak atas kepala."

Nufail buat muka menyampah. Tahu sangat perangai Irene yang memang suka cari pasal dengannya.

"Kau pergi mana tadi? Awal pagi lagi kau tak ada," tanya Hazel.

"Aku tolong opah buat nasi lemak untuk jual pagi ni." Jawab Irene.

"Kau? Masak?" Nufail mengerutkan
dahinya pelik. Sejak bila pula gadis itu reti masuk dapur. Seingat dia, Hazel pernah memberitahu dirinya yang gadis itu tak pernah masuk dapur sepanjang mereka belajar di luar negara.

Irene menjeling ke arah Nufail.
Dah mula lah tu. Tahulah yang dia jarang masuk dapur. Tak payahlah nak buat muka terkejut sangat.

"Apa awak ingat muka cantik dan comel ni tak pandai masak ke?"

"Perasan." Gumam lelaki itu perlahan.  Ni kalau Irene dengar, mahu kena sumpah.

"Kau nak buat apa hari ni?"

Irene tersenyum lebar sambil menunjuk ke arah sawah yang terbentang luas di hadapan mereka.

"Kita akan ke bendang! Jom kita
tangkap ikan dalam parit."

Nufail tersentak sedikit mendengar cadangan itu, memandang Irene dengan kening terangkat.

"Jom! Kalau lambat, nanti tak dapat ikan!" Irene yang sudah teruja, terus berlari ke depan.

Mereka pun menuju ke parit kecil di tepi sawah, masing-masing menggulung seluar dan bersedia untuk turun ke dalam air. Irene menunjukkan cara menangkap ikan menggunakan tangan, sambil mengajarkan teknik-teknik yang biasa digunakannya.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now