6

52 4 0
                                    

" AND last but not least, let me introduce your very talented senior.
Hazel Evelyn!"

Pelajar-pelajar yang baru sahaja memasuki aliran muzik itu terus menepuk tangan. Bercahaya muka mereka. Mana taknya. Dekat depan dewan lagi sudah terpampang wajahnya yang menjadi salah satu pelajar yang berjaya membuat persembahan di Itali tempoh hari. Sudah jadi ikon universiti kot.

Hazel tersenyum lalu menunduk kepada junior-juniornya.

"Hye guys. My name's Hazel Evelyn. You can call me Evelyn. Nice to meet all of you."

"We loved you!" Jerit para pelajar. Riuh-rendah suasana di dewan itu.

Hazel seolah-olah dapat melihat refleksi dia dan Irene sewaktu pertama kali mereka menghadiri orientasi. Seperti inilah keadaannya.

Tak sangka masa cepat berlalu..

-------

HAZEL diam memandang ke arah langit bumi Melbourne itu. Cantik dihiasi dengan bulan purnama yang disertai dengan kerlipan bintang.

Sejak pertemuannya bersama dengan pelajar junior tempoh hari, dia rasa seperti diekori. Ramai sahaja junior yang mengikutinya kemana-mana. Kalau sekadar ingin berkenalan tak apa. Ini sampai nak pegang-pegang bagai. Melampau betul!

Hazel menarik nafas dalam-dalam. Aduhai, manalah Irene ni. Kata nak pergi ambil kereta. Sampai sekarang tak nampak kelibat lagi.

Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang. Terus Hazel menoleh ke belakang. Memandang ke arah tiga orang lelaki sedang tersenyum ke arahnya.

Not now please...

"Omg! You're Evelyn right?"

Dengan terpaksa, Hazel menarik senyum.

"Can we have drink together? We're going to the night club anyway," ujar salah seorang daripada mereka.

Tiba-tiba lelaki itu memegang tangannya.

"Yea..also, i want to know more about you."

"No, no no. She's mine idiot." Terus cuak Hazel apabila mereka menarik-narik tangannya serentak.

"Let me go. It's hurt."

"Okay. But first, let us have a drink. Just drink we're promise."

Mereka bertiga tayang muka teruja apabila melihat Hazel mengangguk.

Hazel mengikuti gerak langkah mereka perlahan sebelum.

1...

2..

3!

Terus dia berpusing lalu berlari sekuat hati. Laju.

Mata memerhati sekeliling jikalau dia ada terlihat Irene namun tiada!

Hazel terus mencabut heels yang dipakai olehnya lalu dia berlari sekuat hati. Berharap agar tiga orang lelaki tadi tidak mengekorinya. Terus dia belok ke kiri. Baru sahaja dia ingin meneruskan lariannya, tiba-tiba tangannya direntap oleh sesuatu.

"Finally.." lelaki itu tersenyum sinis ke arahnya.

Wajah Hazel terus berubah cuak apabila dia mendengar bunyi derapan kaki. Alamak!

Mereka mendekat. Lelaki itu yang perasan kehadiran mereka lantas memusingkan tubuh untuk menutupi tubuh Hazel.

Hazel mengintai sedikit dari tubuh tegap itu. Lega rasanya apabila mereka sudah berlari ke arah lain.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now