17

31 3 0
                                    

  
SUASANA di Melbourne University itu hidup dengan keseronokan. Hazel bawa pandangan ke arah sekeliling, rata-rata mahasiswa dan mahasiswi di yang menghadiri majlis konvokesyen hari ini semuanya ditemani dengan ahli keluarga. Mereka dihujani dengan kata-kata tahniah dan ucapan yang mengembirakan hati.

Sewaktu Hazel melangkah perlahan keluar dari dewan, tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggil namanya dari jauh.

“Hazel!”

Dia menoleh, dan matanya segera tertumpu pada sahabat baiknya. Irene yang sedang berlari ke arahnya dengan senyuman lebar. Irene tiba dengan napas termengah-mengah, tetapi wajahnya penuh kegembiraan.

“Aku takkan biar kau raikan hari besar ni sorang-sorang!” kata Irene sambil memeluk Hazel erat. Hazel, yang sebelumnya cuba menyembunyikan rasa sunyinya, tiba-tiba merasa sebak. Air matanya mula mengalir, tetapi kali ini ia bukan air mata kesedihan.

“aku ingat kau dengan keluarga kau...” suara Hazel hampir berbisik, dipenuhi rasa terharu.

"Aku dah minta izin family aku tadi. Nak jumpa kau. Kau ingat aku lupa ke siapa yang selalu study sama-sama sampai tengah malam? Siapa yang tolong aku masa susah?" jawab Irene sambil tersenyum, tangannya memegang bahu Hazel dengan erat.

Irene kemudian mengeluarkan sekeping kad kecil dan bunga daripada begnya.

"Ini untuk kau. Bunga tak banyak, tapi penuh makna. Sebab kau layak dapat lebih daripada ini."

Hazel mengambil bunga itu dan tersenyum besar, memegang kad kecil yang bertulis,

'Untuk kawan yang tak pernah menyerah, walaupun sendirian. Tahniah, Hazel!'

Hazel akhirnya merasakan kehangatan yang dia rindukan. Meskipun keluarganya tiada di situ, kehadiran Irene cukup untuk mengisi kekosongan itu. Mereka berdua berjalan di taman bunga luar dewan, memandang langit yang cerah, sambil berbual tentang semua impian dan cabaran yang telah mereka lalui. Hari itu, Hazel tahu bahawa dia tidak benar-benar bersendirian.

Hazel melabuhkan punggung di atas kerusi kayu, memandang ke arah langit biru yang terbentang luas. Sesekali, angin sejuk bertiup, menyapu lembut wajahnya, membawa haruman segar bunga-bunga di sekitar kampus. Jubah hitam graduasinya berkibar sedikit ditiup angin, dan di pangkuannya, dia memegang bunga-bunga kecil yang Irene baru sahaja berikan. Kad kecil itu masih dalam genggamannya, kata-kata di dalamnya membakar semangat di hati.

Irene duduk di sebelahnya, sambil tersenyum lebar, menyandarkan tubuhnya di belakang. Hazel masih belum sepenuhnya dapat menghilangkan rasa terharu dalam hatinya.

“Aku rindukan keluarga aku," Hazel berkata, suaranya serak kerana sebak. Dia menunduk, menggenggam erat bunga di tangannya.

"Walaupun aku faham keadaan diorang… tapi dalam hati aku, nak sangat diorang datang Irene..aku…”

Irene memotong dengan lembut, meletakkan tangan di bahu Hazel.

"Hazel, kau tak pernah sorang-sorang. Kau ada aku, kita ada antara satu sama lain. Keluarga bukan semestinya yang berkongsi darah."

"Kau ingat tak, dulu masa kita baru masuk universiti? Kita duduk di perpustakaan sampai tutup, ulang kaji sebab takut tak lepas peperiksaan pertama tu," kata Irene sambil tersenyum, mengingati masa-masa penuh tekanan yang kini terasa manis.

"Takkan aku lupa! Kau hampir tertidur atas buku setebal meja," jawab Hazel sambil ketawa, mengenang kembali detik-detik lucu itu.

Hazel tertawa, dan buat pertama kali hari itu, tawanya datang dari tempat yang benar-benar gembira dalam hatinya. Mereka berdua terus berbual panjang, bercerita tentang semua cabaran yang mereka lalui sepanjang bertahun-tahun di universiti, kerja kursus yang tak pernah habis, tekanan peperiksaan, ketawa dalam bilik asrama, dan menjadi burung hantu setiap kali deadline menghampiri.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now