10

63 4 1
                                    

      SEBAIK sahaja masuk waktu solat subuh jam lima tiga puluh pagi, terus Hazel menunaikan kewajipannya. Perlahan-lahan dia mula turun dari katil lalu menuju ke bilik air. Irene yang masih dibuai mimpi itu dijeling sekilas.

Hari ini hari Sabtu. Sepatutnya,dia tidak perlu kemana-mana memandang hujung minggu. Tapi disebabkan Hazel sudah berjanji kepada Theo untuk menemaninya ke Historical Art Event yang akan berlangsung di World Of Art Gallery di Melbourne itu, maka dia harus pergi.

Kawasan kejiranan itu sunyi sepi. Matahari sudahpun terbit di sebelah timur. Satu bayang manusia pun tak kelihatan. Hanya kereta dan lampu jalan sahaja yang menemani. Mungkin kebanyakan orang masih bersantai di dalam rumah.

Tanpa membuang masa, Hazel berjalan menuju ke stesen bas. Pedulikan kesejukan yang menggigit kulit. Mengigil tubuhnya apabila menerima suhu yang terlampau sejuk itu. Tak lama lagi, musim salji juga akan tiba.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta. Tak jauh darinya, dapat dilihat sebuah kereta sedang terpacak di depan stesen bas itu.

Hazel tenang.Cuba membuang segala fikiran buruk yang bermain di kepala. Mungkin itu hanya kereta anak muda yang baru balik dari berseronok. Selalu saja dia terserempak dengan tipikal orang seperti ini. Suka menganggu ketenteraman awam!

Hazel melabuhkan punggung di atas kerusi besi itu. Tidak memperdulikan kereta yang berada di depannya. Pepper spray yang berada di dalam beg tangannya sudah digenggam tanda bersedia jika berlaku sebarang ancaman.

Bunyi hon sekali lagi buatkan Hazel tersentak. Terus dia angkat muka untuk melihat ke arah kereta yang kini betul-betul berada di hadapannya.

Kereta model Maserati yang berwarna hitam itu dipandang tajam. Mod berjaga-jaga dah terpasang. Risau juga tiba-tiba dirinya dicekup. Tapi sebelum itu terjadi, sempat rasanya kalau dia membuka langkah untuk berlari. Ini Hazel lah! Pelari negara kot!

Huh! Sekali lagi hiperbola!

Dan sebaik sahaja pintu kenderaan itu dibuka, tak tahu nak rasa lega atau  nak marah. Lega kerana itu bukan orang yang membuatkannya rasa terancam atau marah kerana melihat wajah selamba dan tak sebersalah itu.

"Pagi ini pagi yang sangat cerah,
Semoga harimu makin indah." Sapa Theo. Senyuman manis ditayang.

Hazel menjongket kening. Sejak bila mamat ni pandai berpantun pulak?

"Balik kampung petik kelapa,
Awak nak apa?" Balas Hazel sebelum tertawa. Aduh. Hazel-Hazel. Boleh pulak saling berbalas pantun pulak eh?

"Nak awak boleh?" Theo senyum senget.

Hah sudah..

"Jangan merepek!" Balas Hazel sedikit kasar. Dalam masa yang sama marah juga. Marah sebab Theo selalu menakutkan dia dengan muncul secara tiba-tiba.

"Masuk," Theo membukakan pintu penumpang di sebelah kanan.

"Masuklah sayanggg..." Kata-kata Theo terus membuatkan Hazel tergamam. Janganlah buat hal pipi ni!

Bas yang ditunggu-tunggu juga hampir tiba. Kemudian, Hazel memandang Theo kembali. Tanpa menunggu masa, Hazel bangun dan masuk ke dalam kereta. Lelaki itu terus tersenyum kemenangan.

"Kenapa awak tunggu dekat sini?" Soal Hazel hairan. Kenapa ikut sini memandangkan banyak lagi jalan untuk ke sana?

Ke mamat ni stalk aku?

"Tunggu awak."

Wah terlalu jujur disitu!

"Huh?"

"I'm waiting for you stellina. Kan kita dah janji yang kita akan pergi sama-sama."

Theo Gabriel Where stories live. Discover now