39

17 0 0
                                    


    MAJILIS berjalan dengan lancar pada ketika itu. Hazel berasa sedikit bosan kerana dia tidak mempunyai teman untuk berbual. Dia hanya makan sambil menikmati persembahan nyanyian oleh kumpulan band yang berada di atas pentas itu.

"Hey miss" tiba-tiba seorang lelaki menghampiri Hazel.

"Hey" balas Hazel tidak berminat. Dia ingat lelaki ini. Lelaki ini hampir menjadi rakan kongsi beberapa bulan yang lepas, namun perjanjian mereka dibatalkan. Lelaki itu telah melanggar salah satu syarat yang ada di dalam kontrak perjanjian pada ketika itu.

Hazel hanya akur. Dia juga tak berminat untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan lelaki itu kerana sikap miang terhadap dirinya tak habis-habis. Padahal, dah tua!

"Sorang ke?" Malik memandang Hazel atas bawah sehingga membuatkannya tidak selesa.

"Sorang." Balas Hazel acuh tak acuh. Allah...hanya tuhan saja tahu yang dia nak sangat mendaratkan pelempang sulung terhadap lelaki itu. Sudahlah tua, ada hati nak ngorat dia. Pigilah!

Hazel menghiraukan lelaki itu. Matanya memfokuskan ke arah lain.

"Janganlah sombong. I cuma nak berbual aje" Dato' Malik terus menerus memandang Hazel atas bawah. Nasib tak keluar biji mata.

"Can you stop staring at me?" Hazel bersuara tegas. Kalau tak difikirkan hubungan perniagaan yang perlu dia jaga itu, mesti dia sudah panggil staff untuk menghalaunya keluar.

"Excuse me?"

Haih orang tua ni. Silap-silap memang makan kaki orang ni. Tak makan saman betul!

"Janganlah marah. Jom teman i? " Lelaki tua itu terus menarik tangan Hazel.

"Apa ni? Tak naklah!" Hazel cuba menarik lengannya semula.

"Ala jomlah. Kejap aje." Lengan Hazel ditarik secara paksa.

"Encik.. Baik encik lepaskan sebelum saya panggil staff saya halau encik" Hazel menarik lengannya sedaya upaya. Apasal kuat sangat orang tua ni? Makan pil ke apa?

Setapak dia mengundur ke belakang, Hazel terlanggar seseorang menyebabkan gelas yang dipegang oleh orang itu tertumpah ke atas pakaiannya.

"Saya minta maaf Cik Hazel, saya tak sengaja" Gadis itu menundukkan kepalanya berkali-kali. Dia mencapai tisu yang berada di atas meja sebelum memberikan kepada Hazel.

"Never mind. You can go now." Hazel mencapai tisu tersebut.

Baru dia sedari yang air yang tertumpah itu terkena di bahagian dadanya. Terus dia melihat ke arah Dato' Malik. Meliar mata lelaki tua itu melihat bahagian dadanya.

Dia memandang sekeliling. Orang ramai terlihat tidak perasan akan kejadian itu. Mereka terlalu sibuk dengan urusan masing-masing. Irene dan Nufail pula sudah menghilang dari tadi.

Ya Allah...

"Kan bagus kalau you ikut i tadi? Tak adalah jadi macamni." Kata lelaki itu sambil mendekatinya.

Hazel mengundur setapak. Sabar Hazel. Sabar. Dia perlu menahan sabar demi menjaga reputasi syarikatnya.

Dan apabila Dato' Malik merangkul lengannya kembali. Serta merta wajah Hazel berubah dingin. Dia terus menepis lelaki tua itu kasar lalu gelas air yang berada di atas meja itu diambil dan dilemparkan ke arah Dato' Malik.

"How dare you do this to me, don't you know who i am?!" Marah lelaki tua itu. Kemeja berwarna putih yang dipakainya sudah dibasahi oleh air sirap itu.

Hazel senyum sinis.

"Kau belum kenal aku siapa..." Dato' Wahid mengetap rahang.

Hazel tidak menjawab sebaliknya dia hanya ketawa. Lucu melihat reaksi Dato' Malik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 17 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Theo Gabriel Where stories live. Discover now