37

36 3 1
                                    

      "ONE Mocha Latte." Ucap pelayan itu. Dia meletakkan secawan Mocha Latte yang dipesan itu di atas meja. Telinga Hazel yang pantas menangkap suara itu bergegas menuju ke arah kaunter.

"Terima kasih."

Sesekali haruman kopi itu dihidupnya. Harum. Terpejam seketika menikmati aroma kopi kegemarannya itu.

"Argh!"

Tak semena-mena kopinya tumpah mengenai tubuh seseorang. Sesekali dia melihat ke arah kopi yang baru saja dipesannya itu.

Aduh...

Dia cepat-cepat mengangkat wajahnya. Apabila matanya bertembung dengan wajah itu, buatkan dia tergamam. Wajahnya turut memerah kerana malu.  Lelaki ini, lelaki yang tadi dilihatnya tu bukan?

Hazel menekup mulut. Memandang ke arah pakaian lelaki itu yang bertukar coklat.

"Oh god, i'm so sorry!" Seraya dia meminta maaf. Salah dia kerana tidak melihat ke hadapan tadi.

Lelaki itu masih diam. Tapi dia tahu. Di sebalik kacamata yang dipakai oleh lelaki itu, mesti ada mata yang memandangnya.

Hazel mengetap bibir.

"Err...saya boleh ganti baju awak. Berapa yang saya perlu bayar sebagai tanda permintaan maaf saya?"

Lelaki itu diam sebelum lengannya dirangkul lembut. Membawa mereka menuju ke kaunter semula.

"Err...encik. Rasanya tak perlu kut pegang-pegang saya," balas Hazel. Dia paling tak suka kalau mana-mana lelaki memegangnya sesuka hati. Tambah lagi, orang yang tak dikenalinya.

"One mocha latte" suara garau itu berbunyi. Pelayan yang mengambil pesanan itu hanya mengangguk laju.

Hazel mendongakkan kepala memandang lelaki ini. Kenapa suara ini, macam pernah dengar? Dia ada berjumpa dengan lelaki ni dimana-mana tempat kah?

Setelah pesanan lelaki itu siap, lelaki itu memberikan mocha latte kepada Hazel tanpa berkata apa-apa. Hazel teragak-agak. Tangannya kaku memegang cawan itu.  Rasa canggung untuk menerima kerana bukan salah lelaki ni. Dia yang sepatutnya bertanggungjawab.

"Tak payah susah-susah encik. Lagipun tu salah saya. Saya yang patut ganti rugi sekarang"

Diam.

Rasa canggung pula. Eii aku ni bercakap dengan orang ke dengan tiang?

"Te...terima kasih." Cawan itu diambil jua.

"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Tanpa sedar, soalan itu terbit di bibir.

"We did." Laju saja lelaki itu membalas.

Sekonyong-konyong lelaki itu berjalan melepasi dirinya. Meninggalkan Hazel yang masih berdiri di tempat yang sama. Entah mengapa dia rasa tubuhnya kaku.

Dia pernah jumpa aku?





LAMA betul Hazel keluar. Rasanya jarak antara jeti dengan bilik taklah jauh mana. Ini, mesti sebab berbual dengan Asyraf atau mana-mana orang yang terserempak dengannya.

Langsung Irene bangkit dari katil. Langkah diatur menuju ke luar balkoni. Sambil-sambil itu, boleh dia menikmati permandangan sementara menunggu sahabatnya.

Beberapa minit kemudian, kedengaran tombol pintu kayu dipulas.

Haa, panjang umur!

Irene terus mendapatkan Hazel yang sedang menanggalkan kasutnya. Sekejap, anak matanya terpaku ke arah pakaian Hazel yang kecoklatan. Nampak seperti kopi tumpah.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now