13

33 4 0
                                    

SONG FOR THIS PART:
ENCHANTED 💜 BY TAYLOR SWIFT

SAYUP-sayup Hazel dengar ada suara mengumam, buatkan lemahnya terganggu. Namun dia masih enggan membuka mata. Rasa penat masih belum hilang. Kepala pun rasa berkabus.

"No!" Jeritan kuat itu terus membuat matanya terbuka luas. Terus dia mengubah posisi kepada duduk.

Hazel menoleh ke arah Irene. Gadis itu sedang meronta-ronta. Suis lampu tidur itu dibuka lalu segera Hazel merapati tubuh itu.

"Irene. Irene," panggilnya sambil menggoncang bahu Irene.

"Mengucap Irene, jangan takut. Aku ada dengan kau!" Hazel kuatkan suara. Irene pula masih memejam mata sambil merayu. Mungkin kerana trauma.

"Irene Sofea!" Terus badan Irene digoncang lebih kuat. Akhirnya Irene membuka matanya. Dan bila melihat Hazel, terus tubuh gadis itu dipeluk erat.

"Hazel! Aku takut!" Irene menangis.

"Shh...kau selamat. Aku ada dengan kau," pujuk Hazel lembut. Belakang tubuh Irene ditepuk perlahan. Beberapa minit kemudian, akhirnya mata Irene kembali layu. Perlahan-lahan dia terbaring di atas katil lalu dibuai lena.

------

KEESOKANNYA, keadaan Irene sudah semakin membaik. Setelah mereka berdua berbincang, Irene memutuskan untuk tidak melaporkan kepada pihak polis tentang kejadian semalam. Irene tak mahu dia menjadi bahan umpatan orang ramai. Lagipun, Kyle juga tak sempat melakukan apa-apa yang tak senonoh kepadanya. Hazel sebagai kawan, hanya mampu angguk tanda menghormati keputusan gadis itu.

Tapi dalam masa yang sama, Hazel tetap tak berpuas hati sebab lelaki itu terlepas begitu saja. Dia hanya mampu berdoa supaya Kyle menerima balasan yang setimpal.

Tok tok!

Bunyi ketukan pintu itu menyedarkan mereka. Mereka berdua terus memandang ke arah pintu utama itu.

"Aku pergi buka," tutur Hazel lalu berjalan menuju ke pintu. Sebaik saja pintu dibuka, alangkah terkejutnya bila Theo dan Mika muncul bersama Kyle yang sudah separuh nazak.

Pakaian yang dipakai oleh lelaki itu juga mempunyai kesan darah dan koyak. Wajah Kyle turut mempunyai kesan lebam yang parah.

Theo mencengkam rambut Kyle kuat. Memaksa lelaki itu untuk berlutut.

"Apologize!" Serentak, Hazel dan Irene mengundur ke belakang. Irene pula terus menyorok di belakang Hazel. Wajahnya juga pucat.

Bila Kyle masih diam, Mika terus menendang tubuhnya sehingga tersungkur.

"Irene, i minta maaf! Please forgive me!" kata Kyle.

Kyle mendongak ke atas ingin memandang ke arah Irene namun terhalang kerana tubuh Hazel yang melindungi gadis itu.

Irene hanya diam.

"I did it. I apologize to her. So let me go!" Suara Kyle merayu-rayu.

Theo duduk mencangkung separas Kyle. Rahang Kyle dicekup kasar lalu didongakkan ke arahnya. Hazel dan Irene hanya mendengar yang lelaki itu sedang bertutur bahasa yang tidak difahami mereka. Mungkin Russia? Kerana Kyle berasal dari negara itu.

Suara Theo bernada biasa, tapi masih dapat rasa aura gelap. Penuh amaran!

Kyle terus angguk.

Apabila semuanya selesai, Mika tarik tubuh Kyle supaya mengikutnya. Irene pula sudah berlalu memasuki rumah.  Meninggalkan Hazel dan Theo di depan rumah itu.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now