SUASANA di dalam kereta itu tenang dan nyaman. Hazel duduk di sebelah Nufail, sesekali dia merenung ke luar jendela. Menikmati permandangan larut malam. Dia turut merasakan tenang di hati setelah menunaikan kewajipannya sebentar tadi.
"Hazel..." Suara Irene memecahkan keheningan.
"Kenapa?"
"Boleh tak...aku tumpang tidur rumah kau malam ni?"
"Aku bosanlah. Esok tak ada apa nak buat. Parents aku pergi kenduri kawan mereka esok. Malaslah aku nak ikut"
"Aku tak kesah. Lagipun tak ada sesiapa pun dekat rumah tu selain parents dengan orang gaji aku." Balas Hazel, dia tak kesah. Lagipun, ada baiknya juga Irene bermalam dirumahnya, taklah dia bosan sendiri.
"Kau dah tak ada rumah ke sampai nak tidur sana?"
"Biarlah saya nak tidur mana pun. Bukan masalah awak," seloroh Irene selamba.
"Aku tanya je, manalah tahu kau kena halau dengan parents kau ke. Boleh aku hulurkan bantuan, tunjuk dekat mana kau boleh tidur malam ni. Bawah jambatan ke, dekat masjid ke"
Pap!
"Woi sakitlah!"
Nufail mengadu kesakitan apabila sebuah kotak tisu dilempar kasar di kepalanya. Dia memandang di cermin, melihat Irene yang sudah merenungnya tajam.
"Kau ni memang tak kenang budi kan? Aku belanja kau burger Marrybrown tadi..kau boleh lempar tisu tu dekat kepala aku?!"
"Kalau kita kemalangan tadi macam mana ? Siapa nak tanggung kos baiki kereta aku? Kalau kereta yang rosak, aku tak kesah. Kalau kita bertiga yang terbabas?"
"Saya harap awak yang terbabas dulu! Biar jatuh dekat gaung. Baru tenang hati saya" lawan Irene. Dua-dua masih tak mahu mengalah.
"Ya...ya... kau tidur rumah aku malam ni. Dahlah jangan gaduh"
Hazel menekup telinganya sambil melihat diluar. Ini masalah yang selalu dihadapinya setiap kali mereka bertiga berada di satu kenderaan yang sama. Masing-masing tak mahu mengalah. Ada saja perkara yang mahu digaduh.
Suasana yang riuh tadi berubah sunyi, Irene sudah leka bermain dengan telefon pintarnya manakala Nufail masih fokus memandu ke hadapan. Tinggallah Hazel yang sedang mengelamun dengan perasaannya sendiri.
Tiba-tiba saja suasana yang tenang itu menjadi tegang apabila Hazel menegakkan tubuh. Memandang ke arah kepulan asap berwarna hitam yang tak jauh darinya.
"Hazel? Kau kenapa?" Tanya Nufail apabila melihat wajah gadis itu bertukar cemas.
"I...Itu rumah aku" Hazel menjerit panik. Suaranya serak penuh ketakutan.
Sebaik sahaja Nufail memberhentikan kenderaan, Hazel terus membuka pintu kereta lalu melompat keluar menuju ke rumahnya yang sudah dikelilingi oleh orang ramai.
Ketika sampai di depan rumah, tubuhnya mengeras bersama pandangan yang mulai kabur dengan air mata yang bergenang.
Rumah ini.....tempat dia dibesarkan, tempat dimana semua kenangan dia dan keluarganya disimpan kini sudah diratah oleh api yang mengamuk tanpa belas kasihan.
BAM!
Asap hitam mula semakin tebal dan keadaan di situ sudah semakin tegang. Orang ramai mulai berteriak panik apabila bunyi letupan berlaku.
"Umi...abah!" Tanpa berfikir panjang, dia terus berlari pantas ingin memasuki ke dalam rumahnya kerana apa yang penting disaat ini ialah...umi dan abah!
Belum sempat dia berlari masuk, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila ada tangan yang kuat menarik lengannya ke belakang secara paksa.
"Kau tak boleh masuk. Bahaya!" Nufail merangkul gadis itu dari belakang, cuba menahan Hazel yang meronta-ronta.
"Lepas...lepaslah! Umi dengan abah saya ada dalam tu...lepaskan saya!" Hazel meronta-ronta bersama air mata bercucuran di pipi. Namun hanya sia-sia. Pegangan Nufail terhadapnya semakin kuat.
"Ya Allah...." Rintihnya perlahan, hancur hatinya bila melihat api yang semakin marak.
"Kau kena kuat Hazel. Biar bomba yang selamatkan mereka. Bahaya kalau kau masuk dengan keadaan macam ni." Irene terus menarik tubuh yang lemah itu ke dalam pelukannya. Dia cuba untuk menenangkan Hazel yang sudah menangis teresak-esak.
Beberapa minit kemudian, muncul seorang wanita tua yang berjalan terhuyung-hayang keluar dari rumah, dibantu oleh orang awam. Dengan wajah yang sudah dicemari oleh debu dan mata yang berlinang air mata.
"M...Mak Nab."
Akhirnya pelukan mereka terlerai. Tanpa membuang masa, Hazel terus berlari ke arah Mak Nab yang sudah jatuh tersungkur di tanah dengan keadaan yang terbatuk-batuk.
"Ma...Mana umi dengan abah? Diorang dah keluar kan?" Bahu Mak Nab digenggam erat olehnya, masih berharap bahawa keadaan orang tuanya baik-baik saja.
"M...Mak Nab minta maaf, diorang masih dekat dalam dan bomba tak sempat selamatkan...." Belum sempat Mak Nab menghabiskan kata-kata, air matanya mencurah-curah keluar dan mengalir ke pipi.
"Mak Nab tipu! Diorang selamat keluar kan? Mak Nab, janganlah buat Hazel macam ni," Bahu Nek Limah digoncang berkali-kali. Dia langsung tidak memperdulikan wanita parah usia itu sudah menangis teresak-esak.
"Mak Nab..jangan buat Hazel macam ni. Mak Nab, tolong bawa Hazel jumpa diorang.... Hazel nak bagi umi dengan abah rasa sambal petai yang opah Irene masak Mak Nab"
Melihat Mak Nab yang menggeleng perlahan, dia terus mengundur ke belakang.
Kelam. Hanya itu yang dapat Hazel rasakan ketika ini. Tubuhnya terasa lumpuh dan seolah-olah dunia berputar di sekelilingnya. Kata-kata dari wanita itu terus bergema di telinga dan menghantam dirinya seperti badai.
"T...tak. Tak mungkin" bisiknya lemah, sebelum tangisnya pecah. Hazel meronta, mencuba mendekati rumah yang kini terus terbakar.
Nufail terus menahan gadis itu lalu dipeluk erat. T-shirt putih yang dipakai itu sudahpun dibasahi oleh air mata yang mengalir di pipi mulus gadis itu.
"Bagi saya masuk... saya nak umi dengan abah saya Ian. Saya nak diorang!" Marah Hazel. Belakang tubuh Nufail ditumbuk kuat. Namun lelaki itu hanya diam menahan sakit. Dia lebih sanggup menahan sakit seperti ini daripada melihat Hazel tidak dapat menenangkan diri.
"Sabar Hazel, ingat Allah. Allah ada dengan kau"
Dengan penuh sabar, Nufail terus memeluk tubuh Hazel erat dan menahan setiap pukulan di dadanya. Dialunkan bacaan selawat di telinga gadis itu.
"Umi...abah. Hazel dah balik.." Mendengar alunan selawat itu, perlahan-lahan Hazel berhenti meronta-ronta.
"Hazel nak peluk umi dengan abah. Hazel nak bagi umi dengan abah rasa sambal petai yang opah Irene masak untuk kita..." Rintihnya sayu sambil memandang ke arah rumah yang sudah sepenuhnya dijilat api yang marak.
"Allahuakbar" Tangannya terkulai lemah. Terus wajahnya disembamkan ke dada lelaki itu lalu dia menangis sepuas hati.
Kakinya tak dapat menampung tubuhnya lagi. Akhirnya, dia jatuh tersungkur perlahan-lahan ke tanah. Mujur saja, Nufail sempat menahan kepala gadis itu dari menghempap ke tanah.
"I...Ian, tolong kejutkan saya dari mimpi ngeri ni" dadanya dicengkam kuat. Rasa sesak mula menyerang di dadanya menyebabkan dia sukar untuk bernafas dengan baik.
"Hazel?" Nufail memandang cemas ke arah wajah yang kemerahan itu.
"Le...lepas." Perlahan-lahan, Hazel memejamkan matanya.
"Shit!" Nufail mula cemas lalu segera dia mencempung tubuh gadis itu dan mula berjalan pantas menuju ke kenderaannya.
"Aku bawa dia pergi hospital dulu, kau tunggu dekat sini. Apa-apa update dekat aku!" Jerit Nufail lantang kepada Irene. Setelah menerima anggukan daripadanya, lelaki itu terus masuk ke dalam kereta lalu memecut pantas menuju ke hospital.
Tamat.
(Joke.)