19

30 3 0
                                    

   HAZEL mengorak langkah keluar dari balai ketibaan sambil membawa beg troli yang agak berat. Udara dihirup segar. Rindunya Malaysia setelah beberapa bulan dia menetap di Melbourne.

Rambutnya yang panjang sedikit beralun kerana angin penghawa dingin, wajahnya terserlah kepenatan tetapi ada senyum kecil di bibir. Setelah lama dia di Melbourne, akhirnya dia pulang ke tanah air.

Matanya liar mencari seseorang. Nufail Aryan, kawan baiknya sejak habis tamat sekolah menengah. Sudah janji nak ambil dia di airport hari ni. Tiba-tiba telefon pintar miliknya berdering, terus dia mengeluarkan untuk menjawab panggilan tersebut.

"Kau kat mana?" Tanpa salam, suara Nufail terus memetir di hujung telefon itu.

"Saya dekat dalam lagi, kejap saya datang"

Tidak jauh dari situ, dapat dia lihat sebatang tubuh yang sedang bersandar di sebuah kereta Lexux berwarna hitam. Nufail nampak tenang seperti biasa, tapi bila mata mereka bertemu, senyuman besar terukir di wajahnya.

"Hazel!" Nufail melambai, kemudian terus melangkah cepat ke arahnya.

Hazel ketawa kecil, mengangkat tangan menyambut sapaan.

Nufail sampai di hadapannya, berhenti sekejap untuk memandang Hazel dari atas ke bawah.

"Lama tak jumpa, Ian. Awak masih sama. Still the same." Hazel tertawa kecil.

"Kau pun sama, Hazel. Cuma now, degree holder." Nufail mengangkat kening, senyum nakal terukir.

"Yeah, finally. Macam mimpi je dah habis belajar."

Hazel menarik nafas dalam-dalam, cuba menghilangkan rasa penat setelah perjalanan panjang.

Nufail terus memimpin Hazel keluar dari airport. Dia dengan mudah menghulurkan tangan untuk menolak troli Hazel yang penuh dengan bagasi.

Nufail membuka but, dan dengan cekap dia mengangkat beg Hazel satu persatu. Hazel berdiri di sebelah, memerhati.

"Saya ingatkan awak lupa janji awak. Yela, sejak jadi ceo ni, selalu busy kan?" usik Hazel, cuba meringankan suasana.

"Of course. Bila lagi nak tunjuk jadi kawan yang baik kan?" Nufail tersenyum sambil menutup but kereta.

Setelah Hazel masuk ke dalam kereta, kenderaan itu mula meluncur keluar dari kawasan airport. Jalan raya di luar kelihatan sibuk seperti biasa, tapi Hazel hanya fokus pada tingkap, melihat pemandangan Kuala Lumpur yang dah lama dia rindui. Bangunan-bangunan tinggi dan papan tanda jalan semuanya membawa kenangan. Sangat berbeza dengan keadaan sewaktu dia di Melbourne dahulu.

"Thanks, Ian. Sebab sudi ambil saya"

"Eh, apa la sangat. Kau balik Malaysia ni, banyak benda aku nak tunjuk. Kita ada banyak nak kena buat lepas ni, so bersedia" kata Nufail yang masih fokus melihat ke jalan.

“So, apa plan kau hari ni? Balik rumah terus ke atau nak singgah mana-mana dulu?” tanya Nufail sambil memandang Hazel sekejap sebelum fokus kembali pada jalan.

Hazel termenung sekejap, memikir.

"Hmm… sebenarnya, saya malas nak balik rumah lagi. Mungkin kita boleh lepak dulu somewhere? Nak hilangkan jet lag and... you know, get used to being back."

Nufail angguk, faham.

"Sure. Macam biasa, kan? Kita pergi mamak dulu. Lepak sembang, minum teh tarik. Then, baru balik."

"Sounds perfect." Hazel ketawa kecil.

Tak lama kemudian, mereka tiba di restoran mamak kegemaran mereka sejak zaman sekolah. Terus dicari satu sudut kecil yang mereka selalu lepak dahulu.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now