BERMULA dari menumpaskan penjenayah, hingga satu demi satu aksi yang menonjolkan kegagahan mereka sebagai unit elit Vat69 Komando dipertayangkan di pandangan mata umum. Semua beriak penuh kagum. Menepuk tangan dengan sungguh gemuruh.
Kecuali Elnara.
Matanya mengecil seraya tangan naik berpeluk tubuh. Tiada sedikitpun terlihat rasa kagum di riak wajah dan ekspresi bahasa tubuhnya.
Saat segala acara sudah tamat, mata Elnara menangkap gerakan tangan Hakim yang masih bertopeng itu, memanggilnya. Bagaimana dia yakin bahawa lelaki bertopeng hitam kemas itu ialah Hakim?
Kerana cuma dia yang masih berdiri statik di situ manakala yang lain sudah usir pergi. Lekas, dia mendekati arah sekumpulan anggota beruniform kemas tertutup itu.
"Kenapa?"
Hakim tersenyum senget seraya tangannya berura untuk menanggalkan sarung tangan.
"Kosong aje muka awak tadi. Tak rasa kagum ke tengok suami awak beraksi tadi? Sampai ramai anak dara menggelupur." Terletus tawa kecil Hakim.
Terutamanya apabila dia teringatkan susuk seorang gadis berbaju biru muda melompat kegirangan bagai orang hilang kawalan sebaik melihat para anggota Vat69 Komando tadi bergerak dengan pantas bersama senjata di tangan menuruni bangunan tinggi dengan penuh bergaya.
Macam-macam!
Dah gatal tu, jangan ditunjuk sangat!
"Tipulah kalau saya tak rasa kagum. Tapi sikit ajelah. Kecewa sikit bila kena terima hakikat yang pekerjaan jodoh saya rupanya paling saya tak mahu selama saya hidup. Saya tak suka yang kerja kena kongsi masa dengan negara ini."
Sontak, tapak tangan kanan Hakim naik menyentuh dada kirinya dengan mimik wajah menunjukkan sedikit kesakitan dan terasa dengan kata Elnara itu.
"Auch! Terasa. Tapi tak apa. Saya tahu, sebab saya jodoh awak jadi awak mesti akan terima." Sebelah kening dijongketkan disebalik kaca mata hitam taktikal yang dipakai.
Terletus tawa kecil Elnara.
Hakim tahu tempatnya di hati Elnara. Istimewa. Maka, dia cukup bangga dengan keistimewaan tersebut. Kerana dia tahu bahawa dia ialah lelaki pertama.
"Saya bangga dengan awak, sayang. Bangga sangat. Saya cuma tak suka tunjuk di public aje." Tulus luahan Elnara berikan bersama tatapan lembut diberikan pada encik suaminya itu.
Terjungkit terus sepasang kening Hakim sebaik mendengar gadis itu memanggilnya dengan panggilan manis itu. Pertama kalinya dia dipanggil sedemikian oleh seorang insan bernama perempuan.
Siulan nakal mula kedengaran di sekeliling mereka. Tapi pasangan darah manis itu abaikan saja.
Setapak, Hakim membawa langkah mendekati si gadis. Wajah menunduk sedikit. Senyuman di sebalik balaclava hitam yang menutupi wajah, tersenyum lebar.
"Sayang, huh?"
Hakim merenung Elnara tanpa melepaskan pandangannya, seolah-olah mahu merakam setiap detik mereka bersama.
Bibir lelaki otu tersenyum lebih lebar, seolah-olah panggilan "sayang" itu adalah sesuatu yang sangat berharga.
"Betul awak panggil saya 'sayang'? Tak tarik balik?"
Elnara pura-pura berlagak tidak kisah, walaupun sebenarnya wajahnya sedikit memerah. "Jangan perasan sangatlah. Sesekali aje."
Hakim ketawa kecil, matanya bersinar-sinar di sebalik balaclava hitam yang masih dipakainya. "Sesekali pun cukup, El. Saya tak kisah asalkan dari awak. Terima kasih sebab awak sentiasa bagi saya rasa dihargai."
Dia diam seketika, kemudian menambah dengan nada perlahan. "Saya janji... awak akan bangga dengan saya lebih dari hari ni. Tapi bukan sebab pangkat atau pakaian seragam ni. Sebab saya akan jadi lelaki yang sentiasa ada untuk awak."
Elnara tersentuh, namun dia cuba menyembunyikan perasaan itu dengan mengalihkan pandangan ke tempat lain.
Hakim hanya tersenyum, mengetahui gadis di hadapannya bukanlah jenis yang mudah mengaku tentang perasaan. Tapi dia tahu, sedikit demi sedikit, benteng hati Elnara sedang runtuh.
"Saya tahu awak jarang tunjuk perasaan di depan orang lain, dan saya hargai sangat-sangat bila awak luahkan apa yang awak rasa tadi. Awak tahu tak, panggilan 'sayang' tu lebih bermakna daripada apa-apa medal atau anugerah."
Elnara menundukkan pandangan, tetapi senyuman kecil muncul di bibirnya. Ada rasa nyaman yang perlahan-lahan menerpa hati. Lelaki itu mendekatkan wajahnya sedikit, tapi masih menjaga batasan kerana menghormati suasana di tempat awam.
"Kalau awak boleh bangga dengan saya, saya nak awak tahu saya bangga jadi orang yang awak pilih untuk kongsi hidup." Hakim menuturkan dengan nada suara yang tulus, lalu menambah, "Jadi, jangan risau... awak tak perlu tunjuk depan orang ramai pun, cukup tunjuk dekat saya seorang saja."
Kedua-duanya tertawa kecil. Satu rasa tenang menyelubungi mereka, seolah-olah dunia luar tidak wujud seketika.
"Sayang," bisiknya, suaranya dalam dan tenang.
"Awak mungkin tak sedar, tapi bila awak panggil saya 'sayang'... awak buat saya rasa macam saya lelaki paling bertuah di dunia ni."
Elnara tergamam, jantungnya berdegup kencang, tapi dia cuba menutupi perasaan itu dengan senyuman kecil.
Mulut didekatkan ke telinga gadis itu yang berlitup dengan tudung. Mahu bicaranya itu cukup didengari Elnara sahaja.
"Saya janji, saya akan buat awak bangga bukan sebab seragam atau status. Saya nak awak bangga sebab saya akan jadi lelaki yang awak boleh harapkan, dalam apa jua keadaan. Awak takkan pernah sendiri."
Elnara akhirnya tunduk malu, hatinya cair sedikit demi sedikit dengan keikhlasan lelaki itu.
"Kalau macam tu, jangan pernah lepaskan, ya?"
Hakim tersenyum penuh kasih, tidak perlu kata-kata lebih untuk menjawab.
"Saya tahu awak tak mudah percaya. Saya tahu awak pernah kecewa... Tapi percayalah, saya di sini bukan untuk buat awak rasa ragu."
Perlahan-lahan, Elnara mengangkat wajah, matanya memandang tepat ke dalam mata Hakim, seakan cuba mencari kebenaran di dalamnya.
"Hakim... jangan pernah berhenti buat saya rasa macam ni."
Hakim tersenyum, menariknya lebih dekat dan berbisik.
"Saya janji, gadis saya."
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...