SUASANA di hospital yang sibuk, Elnara sedang fokus memasukkan data pesakit ke dalam sistem komputer, memastikan setiap butiran dicatat dengan tepat. Sesekali, dia menoleh ke arah pesakitnya, memastikan semuanya dalam keadaan baik.
Tiba-tiba, seorang rakan sekerjanya, Sarah, menyandar di sebelah meja sambil tersenyum mengusik.
"So, how's married life?" tanya Sarah, matanya berkilau nakal.
Elnara terhenti sejenak, wajahnya sedikit tersipu. Dia tersenyum sambil menarik nafas.
"Well, it's...different! Ada cabaran baru, tapi seronok."
Sarah ketawa kecil, lalu menepuk bahunya.
"Glad to hear that. Nanti kalau ada tips, share lah, okay?"
"Tak ada tips. Susah rupanya hidup berkahwin ni. Dan agak penat." Keluhan dilepaskan.
"Kenapa tu? Penat... buat apa?" Sarah tertanya perkara yang membuatkan rakannya itu melepaskan keluhan. Sedangkan baru seminggu.
"Penat kena sentiasa mencantikkan diri di depan suami sepanjang masa. Kau tahu, disebabkan aku tak nak nampak selekeh depan dia sebaik dia celik mata dari tidur, aku kena bangun lebih awal dari dia. Sebab kena bercantik-cantik untuk dia. Then, barulah baring semula sebelah dia sementara tunggu dia sedar."
Kini, Elnara membalikkan tubuh menghadap Sarah untuk melanjutkan cerita dan perkara yang perlu dilakukan juga diharunginya.
"Urm... Semualah tentang peribadi. Fahamlah kan? Yalah. Aku bukannya boleh predict suami aku itu. Kutnya dia nak aku, waktu aku tak bersedia? Nanti dia kecewa, aku pula jadi isteri derhaka. Ha. Itu ajelah aku boleh cerita." Masih berhati-hati dalam berbicara dek bimbang terlepas perkara dalam kain yang tidak sepatutnya diberitahu pula.
Cuma hendak menyatakan bahawa secara zahir dan batinnya, ia agak sukar buatnya sebagai seorang isteri. Kerana dia sememangnya jenis yang berpikiran terlalu jauh. Disebabkan itu jugalah, dia agak lambat bernikah dari rakan yang lain.
Bukan kerana malas tetapi disebabkan keterampilan diri yang adakalnya sukar untuk dijaga sebaiknya disebabkan kelemahannya dalam mengatur jadual rutin harian.
"Ah. Faham. Tapi... cantik? Kenapa nak kena selalu nampak cantik? Sedangkan dia dah mengahwini kau, bermakna dia kena terima bagaimana pun keadaan kau," bahasa Sarah.
Memaksudkan bahawa Elnara tidak perlulah terlalu sering berusaha untuk sentiasa terlihat cantik di depan Hakim hanya untuk memuaskan lelaki itu dan tidak patut suaminya itu bosan dengannya disebabkan keadaannya yang adakalanya selekeh.
Sepatutnya, perkahwinan yang terjadi antara lelaki dan perempuan itu bukan sahaja terletak pada daya tarikan melalui rupa paras.
"Tapi kau tak make up ke apa, cantik aje. Selekeh sikit ajelah dengan spek bulat kau itu. Biasa dekat rumah sewa dulu, paling tidak kau cuma pakai sunscreen dan lip balm aje dekat rumah. Tak adalah selekeh mana," sambung Sarah lagi.
Gadis itu menyatakan bagaimana Elnara kelihatan ketika di rumah sewa kerana semestinya Elnara akan sentiasa memakai kanta lekap mata setiap kali bertugas. Penampilan gadis itu juga sentiasa kemas. Berbeza sedikit saja dari seperti ketika berada di rumah.
"Aku cantik ke, Sarah?"
Sarah memutarkan bola mata. Sudah tahu, ditanya lagi. Memang tidaklah dia mahu menjawab apabila rasa serumahnya dulu bertanya.
"Kau dekat rumah dengan dia, pakai spek?"
Terkemam bibir Elnara mendengar pertanyaan itu. Dia menggeleng.
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...